Jika tengok dan baca nama resepi, anda sudah boleh agak apa bahan-bahan utama yang akan saya gunakan. Resepi cukup mudah bagi saya. Sebabnya bahan utama iaitu Lala, tak perlu nak susah payah nak sembelih, nak siang, nak bersihkan. Beli terus dari pasar, basuh goncang-goncang, kacau-kacau .. siap dah boleh masak.
Sebagai househusband, bila terasa nak memasak, saya akan pergi ke pasar. Selalunya kalau dah ke pasar, akan macam-macamlah saya bawak balik. Hoho .. semangat lo.
Resepi Lala Tumis Halia Berlada
Ok, berbalik pada resepi tadi. Cara memasak Lala tumis halia berlada style saya mudah je. Seperti biasa, amalan campak-campak bahan digunapakai untuk menunjukkan betapa profesionalnya saya .. hahahahaha .... awas, aksi saya ini tidak boleh ditiru oleh anak dara, kerana ia akan menghilangkan keayuan.Bahan-Bahan Mentah
- Sekilo Lala segar bugar
- Sejari halia yang dipotong panjang-panjang
- Cabai masak
- Cili api - lagi pedas lagi bagus
- Bawang besar
- Bawang putih
- Serai yang dititik
- Sos tiram
Masukkan serai dan halia yang dipotong, dan kemudian sos tiram. Lepas tu, baru masukkan Lala tadi. Gaul segala bahan yang ada dalam kuali tu sampai sebati. Masak sehinga lala tu menguap .... kiranya dah terbukalah mulut dia. Nak cepat masak, tutup kuali.
Dalam kes saya kali ini, sos tiram tak ada dalam simpanan. Yang ada hanyalah kicap mee dan kicap lemak manis Jalen. Jadi, tukarkan sos tiram tadi dengan kicap mee atau kicap lemak manis ini, cuma tak masukkan semasa tumis. Masukkan selepas Lala tu dah menguap ... :)
Tips Tambahan Resepi Lala Tumis Halia Berlada
- Jika nak masak kering, Lala kena toskan dan buang airnya. Jangan masukkan air ke dalam masakan. Lala sendiri akan keluarkan air semasa menumis.
- Jika nak elak masak Lala busuk (yang ada lumpur), rebus dulu Lala dalam 10-15 minit. Mana Lala yang terbuka dan nampak lumpur tu bolehlah diasingkan.
Ok. Siap dah resepi mudah dari saya, resepi Lala Tumis Halia Berlada. Saya masak kering je .. ada kuah tapi sikit.
Inilah masakan mudah dari saya. Siapa-siapa pun boleh mencuba. In Sha Allah, masakan ini sedap buat seisi keluarga.
Gua suka gambar lesung batu mu....
ReplyDeleteLu nak? Gua boleh pos kat lu .. hoho
DeleteSedapnyeee.... lapar pulak perut rasa tengok lala yang dimasak tu.
ReplyDeleteKalau saya tambah daun kunyit bagi Wangi.
ReplyDeleteSedap ni
Boleh je Fuza . rincik halus-halus dan tabur bila nak hidang pun ok ..:)
Deleterutin harian sha makan ayam & ikan je... lama sungguh tak makan siput lala ni...
ReplyDeleteMak ai meleleh air liur tengok..nak carile esok...
ReplyDeleteterliur tengok gambar, pasti sedap bila di makan. ada masa beli bahan suruh isteri masak
ReplyDeleteAnak saya dua pinggan nasi la jugak sbb ada LALA ni .. :)
DeleteYang penting resepinya sedap hehe..
ReplyDeletewah..4 bintang tu... mremang buat buat terliur tengok...heee
ReplyDeleteBiasalah anak-anak memang suka masakan bapak dari emak .. hehehee.. :P
Deletesangat menyelerakan, nampak mudah je nnt akan cuba praktikkan heheh btw thx
ReplyDeleteSedapnya lala masak tumis berlada ni, selalu bikin sup saja
ReplyDeleteAha .... cubalah, isteri saya pun dok kagum gak tu .. hehehehehehe :P
DeleteBestnya blog ni. all in one. macam-macam info dalam ni. Resepi ni paling best.hehehhe. Nice blog keep writting.
ReplyDeleteserius nampak sedap, saya memang peminat lala
ReplyDeleteHeh. Jika sedap, bolehlah cuba resepi Lala ni .. senang je nak buat nih ...
Deleteliz xblh mkn lala tp boss liz suka sgt lala ni. kalau p dinner kt luar mst dia suh tmn p cari lala
ReplyDeleteaduhai sedapnyaaaaa...tapi sayangnya mak jemah memang mabuk kalau makan lala taktau kenapa. kalau kerang takde masalah tapi kalau lala pasti hhai hai bai bai...
ReplyDeleteSaya lak tak leh makan kepah, pernah dua kali makan ... dua kali tu jugak fail!
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.