Saya secara peribadi dan mewakili rakan blogger aktif di Kelab Blogger Belia (group blogger FB) melahirkan rasa sedih dan simpati atas apa yang berlaku. Siapa sangka kejadian malang ini boleh menimpa. Tiada apa yang tinggal, semuanya sudah menjadi makanan api.
Dari gambar-gambar yang dikongsikan oleh suami blogger ini, segala ruang sudah nampak kosong. Apa yang tinggal hanya benda yang sudah rentung. Alhamdulillah, Bachtiar Hidayah sekeluarga selamat dalam kejadian malang ini.
Sungguh saya kagum akan ketabahan yang ada pada seisi keluarga Bachtiar Hidayah. Walaupun diri dihimpit segala rasa sedih yang tidak terluah, hakikat ini semua adalah dugaan Allah S.W.T buat hambaNYA diterima dengan redha. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Cara Hulurkan Bantuan Sumbangan
Buat rakan blogger, pengunjung dan pembaca blog ini. Jika sudi dan bersimpati, marilah sama bantu apa yang terdaya. Hulurkan bantuan dan sumbangan mana yang termampu.Fairuz Hidayah binti Tah
Maybank 1628 3415 5035
Atau hubunginya sendiri beliau untuk bantuan yang lain yang difikirkan sesuai di talian 0123203035.
Atau anda boleh menyumbang dengan membaca entri dari rakan blogger Denaihati di sini - 1 Komen 1 Ringgit Didermakan.
Ramai rakan blogger telah menggerakkan usaha membantu blogger Bachtiar Hidayah, dalam pelbagai cara. Jika tidak dapat beri bantuan wang ringgit, maka slot komen di blog Denaihati mungkin salah satu caranya.
Jika tidakpun, berkongsi rasa dan sebarkan info kepada orang lain yang mungkin punyai kelebihan untuk membantu.
Firman Allah S.W.T ayat kedua dalam surah al-Maidah yang bermaksud:
"..Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."
subhanallah..dugaan Allah..semoga beliau tabah
ReplyDeleteTakziah buat beliau dan keluarga.. Semoga tabah menghadapi cubaan ini.
ReplyDeleteSesungguhnya Allah datangkan cubaan dan dugaan itu pada hambaNYA yang boleh tanggani ... dan mampu.
DeleteTakziah kepada beliau...
ReplyDeleteSemoga tabah hadapi ujian Allah...
Semoga tabah dengan dugaan ini ! Sha fobia dengan kebakaran dalam rumah sebab arwah opah sha terbakar dalam rumah jugak....
ReplyDeleteTakziah buat blogger bachtiar dan keluarga :(
Harapnya penulisan ini dapat sedikit sebanyak dijadikan satu bentuk bantuan juga untuk keluarga Dayah.
DeleteMoga blogger Dayah dan keluarga terus kuat.
ReplyDeleteSama-sama kita doakan yang terbaik buat keluarga dayah
Deletesemoga beliau keluarga tabah hadapi ujiannya ni. tanggungjawab kita beri bantuan sedaya kita, InsyaAllah.
ReplyDeletetakziah. sabarlah menghadapi,,,,
ReplyDeleteTakziah buat rakan blogger kita & keluarga. Sungguh besar ujian yg ditempuhi. Semoga Allah sentiasa memberi ketabahan & permudahkan segalanya... aamiin.
ReplyDeleteKita doakan yang terbaik buat seisi keluarga Dayah.
DeleteTakziah. semoga tabah!
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteSama-sama. Sekadar membantu atas kemampuan yang ada.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.