Dua hari semalam bukanlah waktu yang panjang untuk meneroka tempat-tempat menarik yang ada di Tasik Kenyir, Terengganu. Walaupun saya dan keluarga tempoh hari selamat merasai percutian di Tasik Kenyir, namun waktu yang singkat tidak memungkinkan kami untuk jelajah keseluruhan Tasik Kenyir.

Penginapan kami di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Tasik Kenyir sudah cukup menyelesakan, apatah lagi di situ sahaja sudah ada pelbagai aktiviti bersama keluarga yang boleh dibuat. Di RPP Tasik Kenyir ada Taman Rusa yang membolehkan anak-anak bermain dan beri makan kepada sekumpulan Rusa yang jinak.
RPP Tasik Kenyir
Aktiviti kayak di Tasik Kenyir
Ada kemudahan untuk melakukan rekreasi air seperti berkayak. Ada tempat untuk memancing ikan.... dan juga kawasan yang luas untuk aktiviti bersiar-siar dan 'berkenalan' dengan hutan khatulistiwa yang menghijau dan menyegarkan.

Kemudahan taman permainan kanak-kanak juga ada di RPP Tasik Kenyir.

Walaupun tak sempat nak jelajah kawasan Tasik Kenyir yang serba luas dan terbentang, saya dapat juga korek beberapa maklumat untuk pengetahuan anda semua. Manalah tahu kot-kot mahu datang bercuti dan bersantai ke Tasik Kenyir.

Tempat Menarik di Tasik Kenyir Terengganu

Mungkin ada yang tidak tahu, Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar. Ia juga merupakan empangan elektrik-hidro yang dilitupi konkrit terbesar di Malaysia. Apabila kawasan ini dibanjirkan, kebanyakan bukit berada di atas paras air lalu membentuk kira-kira 340 pulau buatan manusia.
Tempat Menarik di Tasik Kenyir Terengganu
Tempat Menarik di Tasik Kenyir Terengganu
Di Tasik Kenyir, selain anda menginap di beberapa resort dan chalet yang ada, anda juga boleh menempah untuk tinggal di rumah bot. Sepengetahuan saya, sebuah rumah bot boleh memuatkan beberapa keluarga, dan kadarnya juga berbeza-beza ikut pakej yang kita mahukan. Ia bukan sebuah rumah bot biasa, tetapi siap dengan kemudahan tempat tidur, dapur, tempat sholat, kemudahan tv satelit, tandas dan sebagainya.
Rumah bot Tasik Kenyir
Kadar sewa yang paling minima daripada apa yang diberitahu adalah RM1000 untuk 3 hari 2 malam. Rumah bot ini akan membawa anda bersiar sehingga ke Taman Negara yang berdekatan dengan Tasik Kenyir ini. Tasik Kenyir turut menjadi laluan masuk ke Taman Negara melalui Tanjung Mentong.

'Syurga' Pemancing Ikan Air Tawar

Ada banyak tempat menarik di Tasik Kenyir yang kebanyakkan orang tahu adalah tempat para pemancing. Dari kata penduduk tempatan, Ustaz Harun Din antara yang selalu bercuti di Tasik Kenyir. Mungkin disebabkan keadaan di sini yang damai dan bebas daripada sibuk kotaraya, beliau memilih tempat ini untuk bersama keluarga dan rakan-rakannya untuk bercuti.
Tempat Menarik di Tasik Kenyir Terengganu
Hutan hujan yang mengelilingi kawasan tasik mewujudkan pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan. Ini termasuk termasuk paku-pakis, orkid eksotik, burung kenyalang, gajah, dan harimau kumbang. Ia turut menjadi rumah kepada lebih dari 8,000 spesis bunga, 2,500 spesis tumbuhan dan pokok,800 spesis orkid dan 300 spesis kulat.

Banyak Kawasan Air Terjun Tidak Terusik

Tasik Kenyir ada banyak kawasan air terjun. Ada air terjun Saok, Lasir dan Lata Terap. Di sini juga ada kawasan gua dan gunung yang boleh dijadikan tempat rekreasi dan riadah untuk jungle trecking. Ada Santuari Kelah jika anda mahu bermain-main dengan spesies ikan air tawar termahal dan terancam ini. Ada Taman Herba di Pulau Sah Kecil, dan ada Santuari Gajah.
Tempat Menarik di Tasik Kenyir Terengganu
Bagi mereka yang lebih advertorous, boleh sahaja menyewa khemah dan berkhemah di kawasan kaki bukit dan gunung yang terdapat di sekitar Tasik Kenyir. Ada Gunung Gagau, Gunung Padang, Gunung Bongsu dan juga Gunung Gajah Terom.

Ia adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi oleh hutan hujan tropika tebal.
Tempat Menarik di Tasik Kenyir Terengganu
In Sha Allah, saya mungkin akan datang lagi ke Tasik Kenyir, kali ini merasai pengalaman menginap di rumah bot pula ... teringin nak teroka kawasan-kawasan lubuk memancing yang banyak di tasik buatan terbesar ini.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement