Tugas house husband ialah tugas profesional. House husband ialah suami dan bapa. Dan semasa saya hadiri Konvensyen The Bidadari 2014, saya belajar mengenai sesuatu, iaitu bapa adalah satu tugas profesional. Dan bapa adalah CEO untuk keluarganya.

Golongan seperti saya, yang bekerja dari rumah, apatah lagi menjadi blogger sepenuh masa, dan pada waktu yang sama sebagai seorang house husband memang mencabar. Bukan mudah nak handle rumahtangga, lebih-lebih bila ada 3 anak-anak yang sedang membesar.

Tugas House Husband Tugas Profesional

Tugas seorang house husband dikira sebagai tugas profesional, sebagaimana apa yang telah dinyatakan oleh Ustaz Paharol dalam seminar School of Sahabah. Sebagai seorang bapa, seorang suami, seorang house husband seperti saya, perlu banyakkan bersabar, perlu lemah lembut, perlu ada sifat kasih sayang dan juga kesederhanaan.
Seorang house husband kena dan perlu melihat peredaran masa dengan teliti, dan melihat keperluan yang perlu disediakan.

Bagi saya, contohnya; kena sedia awal untuk anak ke sekolah, jika isteri saya tiada, kena sediakan sarapan untuk anak-anak; jika hari yang sejuk, perlu sediakan air panas untuk mandian, siapkan pakaian dan sebagainya. Lagi mencabar bila ada anak kecil bersekolah tadika yang memang liat nak bangun pagi.

Selepas hantar ke sekolah, tugas seorang house husband akan tertumpu di rumah. Bagi saya, yang perlu menghadap blog untuk mencari sesuap rezeki, pastilah penumpuan masa itu sangat penting. Jika ada pakaian perlu dibasuh, perlu dibereskan sehingga ia tersidai di ampaian. Jika isteri tidak memasak pada hari itu, kena buat keputusan samada saya sendiri masak untuk makan tengahari atau beli sahaja di luar.

Nampak seperti sangat-sangat sibuk, tetapi percayalah jika tahu manage dengan baik, segalanya akan berjalan dengan terancang. Alhamdulillah, saya ada isteri yang cukup hebat yang membantu saya menjadi seorang house husband bertaraf profesional (kononnnnnn je). Dan saya bahagia ada isteri yang tidak pernah mengeluh mengenai tanggungjawabnya, dan peranan saya.

Jika anda mahu menjadi seorang house husband yang bagus, nasihat saya ialah kena ada disiplin yang tinggi dan kena pastikan isteri anda sanggup menghadapinya bersama-sama.

Dan contohilah cara Rasulullah S.A.W; jika tidak dapat banyak, sedikit pun ok, dari tidak mencontohi baginda sesuatu apapun; kerana Baginda Rasulullah S.A.W adalah CEO terbaik bertaraf antarabangsa.

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. suami, walau kerja apapun, dia tak boleh lupa nafkah zahir dan batin ;)

    ReplyDelete
  2. Mesti seronok menjadi blogger sepenuh masa. ;)

    ReplyDelete
  3. walaupun belum menjadi blogger sepenuh masa...tugas menjadi house husband sudah saya buat sedikit demi sedikit

    ReplyDelete
  4. Memang mencabar jadi house husband..saya pula belum lagi kategori full time house husband..cuma masa isteri on call atau kena stayback di tempat kerja sahaja..serius cakap, memang mencabar..

    ReplyDelete
  5. yg ptg si bapa / suami menjalankan tanggungjawab memberi nafkah yg sempurna kpd keluarga ...

    ReplyDelete
  6. Aku pun jadi House Husband, 2 org anak bersama aku, dan seorg lagi bersama Isteri. Hujung minggu je berjumpa. Aku dan isteri bekerja di tempat sama tapi disebabkan jarak dan faktor geografi terpaksa berjauhan. Aku tahu rasanya, cuci pakaian, sidai pakaian, masak, beri mandi anak, basuh berak anak....dan macam2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bukan mudah sebenarnya untuk mereka yang baru nak merasa, tapi itulah kata orang tua-tua, bila dah alah .. in Sha Allah semua itu biasa je dah.

      Delete
  7. BUkan mudah untuk menjadi house husband

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement