Sebelum ini saya ada ceritakan mengenai kecantikan Pokok Bunga Kemboja Cina yang ada pelbagai warna. Pokok ini boleh ditanam di halaman rumah walaupun getahnya beracun dan boleh mendatangkan mudarat kesihatan jika getahnya termakan.

Pokok bunga ini juga dianggap sebagai pembawa tuah bagi sesetengah orang terutama bagi kaum Cina yang banyak menjadikan pokok ini sebagai pokok hiasan tanaman bonzai. Jika anda tengok kat rumah jiran berbangsa Cina pasti akan ada pokok ini. Saya dah pun ceritakan bagaimana nak tanam pokok ini, dan ada kongsikan teknik untuk menjadikan ia sebuah pokok bonzai yang cantik.
Pokok Bunga Kemboja Cina
Ramai yang suka jadikan pokok ini sebagai pokok bonzai sebab ia mempunyai akar dan batang yang mudah dibentuk selain ada bunga yang cantik. Ia juga boleh dikacukkan untuk hasilkan sepohon pokok bonzai dari dua anak pokok berbeza. Jika kena cara, nilainya amat tinggi terutama jika pandai nak bentukkan ia menjadi sepohon pokok bonzai yang berciri unik.

Ulat Beluncas Musuh Pokok Bunga Kemboja Cina

Musuh utama pokok bunga ini ialah ulat beluncas. Ulat beluncas ini akan memakan daun pokok bunga ini sampai habis. Bila dah habis, ia akan berpindah ke Pokok Bunga Kemboja Cina yang lain - seandainya ada. Jika tidak, ia akan merayap ke kawasan lain yang ada pokok ini. Setakat apa yang saya perhatikan, ulat beluncas ini cekap mencari mangsanya.
Swallowtail Caterpillar Swallowtail Caterpillar

Saya tak pasti samada ia mempunyai musuh. Tak pernah lagi nampak ia dimakan burung atau haiwan yang lain. Ini mungkin disebabkan penyamaran ulat beluncas ini yang amat baik.

Anak saya kata .. ulat beluncas Pokok Bunga Kemboja Cina ini seakan rupa Iron Man .. tergelak saya dibuatnya. Tapi kalau tengok betul-betul, memang ada kebenaran kata anak saya tu.

Satu lagi yang jadi kehairanan saya ialah ulat beluncas ini tidak pula mati walaupun pokok bunga ini dikatakan mempunyai getah yang beracun. Mungkin ia dah alah kot dengan getah pokok ini.

Berkaitan ulat beluncas yang suka makan Pokok Bunga Kemboja Cina ini, yang serang pokok saya tanam ni adalah dari jenis Swallowtail Caterpillar. Rerama yang terhasil daripada ulat beluncas ini amat cantik.

Rasanya Tak Sedap Sebab Ia Hisap Toksik Pokok

Daripada carian saya, ulat beluncas ini dapat serap toksin dan toksik sesebuah pokok itu, jadi tidak hairanlah ia boleh layan makan pokok Kemboja Cina walaupun ada racun pada getahnya. Disebabkan itu, rasa ulat beluncas ini dikatakan sangat tidak sedap, maka ia tidaklah disukai oleh haiwan pemangsa seperti burung dan sebagainya untuk dijadikan makanan.

Kitaran Hidup Swallowtail

Pemeringkatan ulat beluncas dari jenis Swallowtail ini untuk menjadi seekor rama-rama ambil masa lebih sebulan juga. Peringkat telur dari 4 hingga 9 hari untuk menetas, semasa larva dari 10-30 hari, dan kemudian ke pupal dalam tempoh 18 hari. Walaubagaimanapun, ia bergantung dengan suhu serta keadaan kelembapan sekeliling. Ia juga bergantung dengan pokok yang dijadikan tumpangan untuk menukar menjadi rama-rama.

Selain dari Pokok Bunga Kemboja Cina, ia juga suka menjadikan pokok sawi, pokok lobak dan beberapa pokok lain sebagai tumpangan dan makanannya.

proses transformasi rama-rama swallowtail caterpillarproses transformasi rama-rama swallowtail caterpillar
Anak-anak saya cuba nak melihat proses pembesaran dan transformasi ulat beluncas ini menjadi rama-rama cantik. Tak pasti samada eksperimen mereka berjaya. Jika berjaya, nanti saya akan ceritakan.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. all the best untuk experiment tu bro :D

    ReplyDelete
  2. waa..lama tak tengok ulat beluncas ni secara real.. tercari cari dalam gambar tu.hihi

    ReplyDelete
  3. Kalau anak sayalah tak sempat jadi arwahlah ulat beluncas tersebut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement