Nampaknya sudah semakin ramai blogger Malaysia yang bijak menulis entri menggunakan teknik SEO ini. Saya sendiri kagum. Malah untuk beberapa kontest SEO yang menggunakan kata kunci tertentu, saya nampak ramai blogger yang makin mahir dan berjaya menempatkan entri di halaman utama enjin carian.

Syabas dan tahniah.

Buat anda yang masih lagi merasa ragu-ragu kepentingan SEO dalam penulisan entri di blog, anda seharusnya kini sedar bahawa SEO (Search Engine Optimization) adalah penting untuk tiga perkara berikut:
  1. Bolehkan informasi, ilmu dan pengetahuan yang tepat serta benar mengenai sesuatu perkara  dapat disampaikan.
  2. Menjana trafik ke blog secara berterusan.
  3. Membolehkan blogger jana income menerusi blog.
3 Kesilapan Teknik SEO Blogspot
Namun begitu, saya juga melihat bahawa kecenderungan untuk menawan rank terbaik di enjin carian telah menyebabkan sesetengah blogger melakukan kesilapan dalam teknik SEO mereka, terutama sekali buat mereka yang menggunakan platform blogspot.

Awas, jangan sampai entri dan blog anda kena 'denda' oleh enjin carian sehingga meletakkan entri yang dahulunya berada di tempat teratas enjin carian, terperuk di page ke lapan ... ke sembilan mahupun page kedua enjin carian.

Apabila ianya berlaku, 3 perkara atas tadi tidak akan anda perolehi dan informasi yang benar lagi tepat tidak dapat disampaikan ke golongan sasaran yang mahukannya. Bukankah anda menulis sesuatu di blog adalah untuk dibaca oleh seseorang?
Kesilapan Teknik SEO Blogspot
Saya sukacita nak maklum bahawa enjin carian mempunyai algorithma tersendiri yang peka akan setiap teknik dan taktik SEO yang anda lakukan. Jika nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena atau lari dari kebiasaan, ia akan melabelkan entri dan blog anda sebagai sebuah entri 'sampah' yang tidak sepatutnya berada di laman utama enjin carian.

3 Kesilapan Teknik SEO Blogspot

Apakah kesilapan teknik SEO blogspot tersebut?

Perkara utama sekali ialah cara anda menggunakan teknik itu. Ia tidak sepatutnya dibuat secara berlebih-lebihan. Ada sesetengah teknik jika tersilap melakukannya, akan memberikan impak negatif pada entri dan blog.

Teknik-teknik tersebut yang saya maksudkan ialah:
  1. Pengulangan kata kunci atau keyword dalam entri. Jika terlalu banyak pengulangan, enjin carian akan anggap anda cuba memanipulasi kata kunci secara tidak original. Ia melabelkan entri blog anda hanya sebagai sebuah entri untuk menjerat enjin carian semata, dan bukan sebagai penyampaian jitu yang sebenar mengenai keyword yang digunakan.
  2. Bold. Ramai yang kata dengan menggelapkan keyword atau perkataan yang ada keyword carian akan memberikan impak positif. Walaupun, ada pakar SEO mengatakan teknik SEO ini benar, namun dari satu sudut, jika terlalu banyak variasi kata kunci digelapkan, ia akan memberikan impak seperti mana kes pengulangan tadi.
  3. Terlalu banyak link dalaman dalam entri. Secara amnya ianya bagus untuk bina satu backlinks ke dan dari entri tersebut. Namun, ianya tidak boleh dilakukan secara berlebihan, Google akan anggap anda cuba 'ternak' backlinks menerusi satu entri. Pendekatan dofollow dan nofollow links amat penting dalam membina backlinks dalaman ini.

Jangan Lupa Pembaca Itu Manusia Biasa

Maka, pastikan anda menulis entri anda dengan rasa dan akal yang bijaksana, tidak berlebih-lebihan dan jangan terikut sangat dengan SEO sehingga anda lupa bahawa anda juga menulis untuk manusia yang membacanya.

Jika pembaca suka apa yang anda tulis, entri tersebut mungkin akan terima LIKE dan Google+1 yang bagus, yang nyata akan ada impak tersendiri untuk 3 perkara saya sebutkan di awal entri tadi.

Sekali lagi, elakkan melakukan kesilapan teknik SEO blogspot ini. Blog anda adalah untuk seseorang membacanya, jadi pastikan pengalaman membaca yang mempesona tidak hilang dalam menulis entri menggunakan teknik SEO ini.

25 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ohoo.. tak boleh letak trlalu bnyk keyword dlm satu entri eh.. ok understood

    BalasPadam
  2. akan belajar dari kesilapan yang dibuat, terlalu banyak tekniknya sehingga boleh lakukan kesalahan. Ilmu ini amat bagus. terima kasih kongsikan bersama

    BalasPadam
  3. sy masih belajar.tq yer mr.HH.gud info

    BalasPadam
  4. terbaik bro tips! bukan blogspot je rasanya. wordpress user pun kena ikut guideline ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Khairul Asrol, nampaknya ramai blogger yang baru pun dah mula nak ambil tahu mengenai SEO ini.

      Padam
  5. memang terbaikla tips ni...banyak kali ulangan keyword leh wat google tensen.hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, bila Google tension, abislah entri tu terkebelakang ... hoho .. marah nanti derang ni .. hahaha

      Padam
  6. Ohhh...kesilapan no 2 tu biasa buat sebab ingat tu antara tips yg pakar duk bagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia memang tips dari pakar SEO, tetapi harus jangan dilupa, benda yang dibuat secara berlebih-lebihan sesiapapun tak suka.

      Padam
  7. terima kasih bro...untuk tips nak peringatan ini

    BalasPadam
  8. Terbaik ilmu SEO yang saya dapat di blog HH ni..kena menulis dari hati sebab yg membacanya adalah manusia bukan enjin..FAHAM dah :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) ya, harus ingat ... kita menulis entri dan kongsikan dalam blog bukan semata untuk enjin carian, tetapi yang utama ialah untuk pengunjung dan pembaca blog kita

      Padam
  9. terima kasih untuk tips yang berguna ni..masih belajar lagi ni.

    BalasPadam
  10. Tips yang berguna. Masih banyak yang perlu dipelajari ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, saya harap apa yang dikongsi ini akan berikan nilai lebih baik buat blogger lain, terutama blogger baru yang nak berjinak dengan teknik SEO ini.

      Padam
  11. info berguna, jangan sekali diabaikan. mudahan ramai dapat manfaatnya.

    BalasPadam
  12. terlupa pasal keyword spamming..aku pun ada dah kena..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nyesal tak? hahaha.. aku pun dah kena banyak kali dah ....

      Padam
  13. nice sharing. kengkdg saya ada terbuat kesilapan di atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan Yumida sahaja, saya pun ada gak silap ..

      Padam
  14. Assalamualaikum, Abang HH, boleh tak ina nak tanya sikit.. "Pengulangan kata kunci atau keyword dalam entri." tu macam mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Katakan kita target entri kita tu keluar di Google bila taip "Perempuan Paling Cun" maka di dalam entri tidak boleh ada banyak sangat "perempuan paling cun" .. ia akan nampak cuba manipulasi keyword. Jika dalam adsense, blog boleh kena banned sbb dianggap cuba melakukan penipuan keyword atau pengarahan keyword untuk iklan keluar.

      Nak gunakan keyword tu ... kena variasikan ia ... dan panjangkan perkataan tadi ..
      contohnya:
      Perempuan cun
      Wanita paling cantik
      Senarai gadis cun
      gadis yang cantik

      Dan macam-macam lagi .. kena kreatif sedikit.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement