Bahaya makan jeruk dan asam. Tentu ramai yang sedia maklum, makanan seperti jeruk dan asam adalah berasid tinggi. Ia bahaya kerana asid bersifat menghakis dan boleh memudaratkan perut. Ia boleh dimakan, tetapi seharusnya pengambilannya bukanlah secara berterusan. Jeruk dan asam boleh dikategorikan sebagai makanan tidak sihat, kerana secara amnya tiada khasiat secara langsung.

Jika anda pernah pergi ke Muzium Jeruk Madu Pak Ali, anda mungkin berkesempatan melihat bagaimana proses membuat jeruk dilakukan. Jika diamati, buah-buahan adalah segar ketika dihimpun untuk diproses menjadi jeruk. Namun, dek kerana proses menjeruk, khasiat semulajadi yang ada pada buah-buahan ini akhirnya akan hilang.

Bahaya Makan Jeruk Asam Secara Berlebihan


Bahaya Makan Jeruk Asam
Bahan asas untuk menjeruk adalah gula dan garam. Kandungan kedua bahan ini adalah sangat tinggi untuk hasilkan jeruk yang sedap, tanpa diketahui bahawa kandungan asid yang terhasil dan terkumpul boleh memberikan kesan terhadap hati dan jantung. Kekerapan memakannya pula akan beri akibat jangkamasa panjang. Ia juga sejenis makanan yang tidak elok untuk pesakit diabetes atau kencing manis.

Ada pula laporan yang mengatakan memakan jeruk boleh membawa akibat kepada meningkatnya risiko kanser. Selain itu, pengambilannya juga dikaitkan dengan punca alahan, kecacatan bayi, dan kurangnya daya tahap imun badan.

Petua Orang Lama Makan Jeruk Hilangkan Loya

Ramai pula kata, antara petua untuk ibu hamil hilangkan rasa loya ialah dengan makan jeruk dan asam. Saya tak nafikan, petua ini memang ada betulnya dari segi pengalaman sendiri. Namun, pengambilannya tidaklah perlu secara berlebihan kerana ditakuti akan beri kesan kepada janin dalam kandungan.

Ada pakar yang menasihati ibu-ibu mengandung - jika mahu hilang rasa loya dan muntah-muntah, cuba ambil Yogurt kerana ia mengandungi khasiat yang lebih baik jika nak dibandingkan dengan jeruk serta asam. Malah, disyorkan ibu mengandung lebih ambil buah-buahan yang boleh dijadikan rojak untuk makanan seharian sebagai ganti buah-buahan yang dijeruk.

Asid Benzoik Dalam Jeruk

Sebenarnya jeruk dan asam yang merbahaya ini adalah jeruk asam yang dibuat di kilang, yang kemungkinan dicampur dengan bahan pengawet seperti Asid Benzoik secara berlebihan.
Bahaya Makan Jeruk Asam

Berbeza dengan Jeruk Madu Pak Ali, ia tidak menggunakan bahan pengawet seperti Asid Benzoik, tetapi menggunakan Cuka Epal untuk proses menjeruk. Bahan-bahan juga diproses mengikut piawai yang telah ditetapkan.

Jeruk dan asam mungkin ada bahayanya seandainya pengambilan makanan kegemaran ibu mengandung ini diambil secara berlebihan. Bagi saya, semua makanan jika diambil tanpa had, tanpa pemantauan adalah berbahaya.

Untuk cara paling selamat nak makan jeruk dan asam ialah dengan melakukan atau membuat sendiri. Kita tahu sukatan gula dan garam, dan kita tahu apa yang kita masukkan ke dalam jeruk kita ... ye tak?

Sekarang ini dok fenomena pasal jeruk mangga asam boi. Semua orang dok perkatakan jeruk ini. Saya pun tak tahu kenapa ia menjadi satu fenomena, dan siapa yang memulakannya. Yang pasti, ia telah menjadi resepi viral di laman sosial terutama Facebook!

Rujukan: Bahaya Makanan Jeruk - Syarifah Jariah Farid (USIM)

17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Makan benda-benda yang masam boleh melemahkan daya ingatan sebenarnya...itu yg ustaz kata masa belajar dulu2...apapun jgn mkn berlebihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betullah tu. :) kena makan lebih manis dari sumber haiwan dan tumbuhan untuk otak yang cergas - seperti Madu Lebah, Kismis, Kurma ... :)

      Delete
  2. Makan tu boleh rasanya, tapi janganlah over sgt, x gtu bro?

    ReplyDelete
  3. Bersederhanalah apabila melakukan apa pun..:)

    ReplyDelete
  4. jeruk memang tak bagus kalau makan selalu. sesekali tak apa la...

    ReplyDelete
  5. makan boleh tp jgn la over sgt smpai hari2 nak makan..hehheh

    ReplyDelete
  6. mkn boleh... tp ...jgn selalu sangat n bg yg ade semput tue... jgn mkn .... sya sendiri dah berhenti mkn jeruk

    ReplyDelete
  7. mmg jadi persoalan dan tnda tnye siapa yg memulakan viral jeruk asam nie kan..mujur la nur x terliur tngk hehehe kalau utk kurangkan rasa loya2 tu nur kunyah je chewable c alternatif pengganti asam..lebih sihat Alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
  8. kalau beli siap biasanya kuat rasa asidnya, ada pilihan Jeruk Madu Pak Ali bagus sangatlah.

    ReplyDelete
  9. Saya suka makan jeruk tapi masa mengandung terus suka mangga manis.. nasib baik bby seleranya lain..

    ReplyDelete
  10. Em memang sedap jeruk ni...dengan aku2 sekali mengeliur dibuatnye...tule dah tau ada kaitan dengan kanser, takpelah, mengeliur ajele, tak perlu mkn sgt...

    ReplyDelete
  11. makan jangan berlebihan, rasa sudah cukup.

    ReplyDelete
  12. Better buat sendiri la kan, bukannya susah sangat nak buat pun!

    ReplyDelete
  13. baru tahu guna benzoic acid..ada banyak kat tempat keje aku ha..huhuhu

    ReplyDelete
  14. ye.. memang terliuq dok tengok gambar² jeruk mangga kat FB nih..
    saya pon dah terjebak membeli.. tapi satu bitil kecik aje le
    memang sedap.. tapi takde la sampai nak makan macam ibu² ngandung yg mengidam tu
    nak buat sendrik.. ada penyakit 'm' sikit.. hihih.. apa²pon, betul.. makan tu biarlah sederhana.. :)

    ReplyDelete
  15. fyna memang tak suka benda masam-masam.

    ReplyDelete
  16. berasid sebab buah masam kan HH..tapi nilah makanan kegemaran ramai

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement