Saya pasti ramai yang berkeluarga akan hadapi masalah anak-anak yang suka menonton tv secara dekat. Maka, timbul persoalan, adakah bahaya menonton tv secara dekat? Saya pun mencari-cari jawapannya sebab anak-anak saya, dua daripadanya iaitu yang tengah dan yang kecil memang suka menonton tv secara dekat.

Zikri, anak saya yang kedua ... suka betul duduk depan tv, malah ada ketika menonton tv macam nak masuk dalam tv tu. Saya kerap melarang, tapi saya sebenarnya tak ada hujah dan fakta pun yang boleh dijadikan alasan untuk melarang anak saya itu dari menonton tv secara dekat.

Bahayakah Anak-Anak Menonton TV Secara Dekat?

Saya mula memakai cermin mata semasa di tahun kedua saya belajar di IPT. Saya rabun jauh.
mitos menonton tv dekat punca rabun
Faktanya ialah, ketika kecil saya memang suka menonton tv secara dekat, hatta bila berada di rumah orang sekalipun. Al maklumlah, keluarga saya bukan keluarga senang. Tak ada tv di rumah. Jika saya mahu menonton tv apatah lagi cerita animasi Mobidick atau Toriton; saya akan pergi ke rumah jiran tetangga. Saya akan berdiri di hadapan tv menghalang orang lain untuk tukar channel lain. Dulu, mana ada remote control, semua main pulas dan tekan je.

Jadi, kalau ikut logiklah. Saya sepatutnya rabun dekat, dalam umur 12-13 tahun atau paling tidak semasa di sekolah menengah. Tetapi ia tidak berlaku.

Sejak Dulu Lagi Ibu Bapa Larang Anak Tonton TV Secara Dekat

Sejak turun-temurun, di mana-mana sahaja bila ada situasi anak berada dekat dengan tv, pasti akan ada ibu bapa yang melarang. Mereka kata nanti mata jadi rabun, tetapi sebenarnya apa yang ibu bapa tu buat ialah supaya anak-anak tidak halang orang lain untuk menonton tv!

Larangan Menonton TV Dekat  Adalah Satu Mitos!

mitos menonton tv dekat punca rabun

Menonton tv secara dekat datangkan masalah rabun sebenarnya adalah satu mitos!

Ia tidak benar. Ia cuma taboo dan trauma masyarakat dunia terhadap satu keluaran tv oleh General Electric sekitar tahun 1960an.

Ketika itu, memang wujud tv yang boleh merosakkan mata. Pada tahun 1967, pihak General Electric telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan apabila mereka berkata tv warna keluaran mereka telah tersilap produksi yang mengakibatkan tv warna keluaran mereka mengeluarkan pancaran sinar-x secara berlebihan.

Namun begitu, pihak General Electric akhirnya menemukan penyelesaian dengan menempatkan perisai kaca bertimbal di sekitar tabung atau tiub sinar tv.

Walaupun masalah itu menemukan penyelesaian, pihak kesihatan Jepun ketika itu tidak menggalakan orang ramai untuk menonton tv dalam jarak yang dekat, kerana masih lagi khuatir bahawa radiasi itu masih lagi boleh membahayakan.

Kebimbangan Yang Menjadi Budaya

Dan kebimbangan itu telah menjadi satu budaya, yang akhirnya menyerap ke dalam budaya masyarakat Malaysia kini yang ramai melarang anak-anak dari menonton tv secara dekat.
mitos menonton tv dekat punca rabun
Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa jarak penglihatan seorang kanak-kanak adalah berbeza dengan seorang dewasa, terutama sekali bayi. Bayi tidak dapat melihat anda dari kejauhan melainkan anda berada dekat betul-betul di wajahnya. Bila hampir, barulah bayi atau anak kecil dapat interaksi dengan lebih baik.

Jika anda seorang ibu bapa, kerapkan diri anda untuk bermesraan dengan anak-anak dalam jarak dekat. Bukan bersembang dari satu sofa ke satu kerusi yang lain. Amalkan pelukan dan duduk rapat dengan anak-anak. Serius, ia membina keyakinan anak serta kemesraan juga terjalin utuh.

Sekarang jelas, tak ada masalah pun anak-anak menonton tv secara dekat, malah mereka perlu menonton dekat disebabkan oleh keterbatasan mata mereka untuk melihat dan memahami sesuatu. Bukan setakat menonton tv, ketika anda pergi bersiar di taman pun, mereka akan ajak anda untuk melihat sesuatu dengan lebih dekat.... tak percaya cubalah eksperimentasi sendiri.

Menonton tv secara dekat yang bahaya mungkin kerana anda menonton terlalu lama atau di dalam keadaan cahaya yang tidak mencukupi. Keadaan ini boleh menyebabkan mata anda letih. Mata akan cepat letih jika kita menonton ketika baring atau mendongak, jika dibandingkan dengan berada menatap lurus tv berkenaan.

Semoga entri ini bermanfaat.

Sumber: HowStuffWorks

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Inilah dunia digital...lagi dekat lagi sakit...saya plak dah pakai spec umur 10 tahun lagi sepatutnye...tapi baru pakai umur 14 tahun...

    ReplyDelete
  2. baru tahu je ni. tapi rasanya elok juga tak ajar anak tengok tv memanjang

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum HH...yer la mmg mak abah dulu tak bagi kita tengok tv dekat sangat takut rabun katanya...jadi mmg betul la tu kn...perkongsian yg baik...

    ReplyDelete
  4. kalau anak2 tengok tv dekat2, kita tak nampaklah tv. tv lcd/led kurang sangat rasiasi kot banding CRT.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement