Setakat ini, alhamdulillah, ada permintaan anak yang difikirkan tidak berlebihan saya akan turuti. Ada rezeki sedikit dari hasil blogging, guna income buat duit affiliate menerusi blog, mainan anak yang harga bawah RM30-RM50 in Sha Allah, boleh dituruti. Nasib baik tinggal di Parit Buntar yang syok boleh dapat barang-barang harga murah. Ada Mydin, ada Ten Ten, ada Hari Hari, ada kedai Longwan ada kedai RM2 yang boleh dapat barang mainan murah.
Barang mainan murah ni, walaupun ada yang kata kualiti tidak bagus, namun jika anak-anak dan ibu bapa pandai jaga, in Sha Allah akan tahan lama. Kena didik anak-anak untuk hargai barang milik mereka. Cara saya, saya suka mereka untuk usaha dapatkan sesuatu.
Anak sulong saya, dia dapat beli helikopter mainan, dapat beli kereta kawalan jauh, mainan yang memang canggih-manggih, beli murah di Padang Besar. Baru-baru ni dapat beli kad Buddy Fight semua adalah hasil duit simpanan sendiri.
Anak kedua saya agak lain sikit. Seorang anak yang aktif tetapi dalam bab simpan menyimpan ni dia kurang, tetapi dia tahu menghargai barang milik dia.
Anak Perempuan Saya, Katanya Nak Jadi Seorang Doktor
Anak perempuan saya ... hoho .... manja, mainan dia usia tak lebih seminggu. Malah ada mainan, hari ini beli, esok dah tak boleh main dah, sib baiklah ada kedai RM2 yang dia tak kesah beli mainan murah. Pernah anak perempuan saya nak beli set doktor-doktor ... katanya esok besar nak jadi doktor, kalau saya sakit, nanti boleh dia periksa dan bagi ubat. Dia kata nak bagi ubat cepat sembuh... sekali makan terus baik, jadi abahnya ini tak perlu nak sakit-sakit lama-lama. Kalau sakit lama-lama, nanti dia tak ada kawan nak main-main doktor.Alahai anak.
Seronok ada anak. Anugerah Allah S.W.T tiada tolong bandingnya.
p.s: Ada anak kawan saya, dia beli mainan Padang Besar dan jual semula online. Kecil-kecil dah pandai buat duit online menerusi mudah.my.
Comelnye spect dy :D
ReplyDeleteHehehe... spec tipu2 je tu ..hoho
Deletesemoga anak-anak kita membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah berjasa..cita-cita hebat tu nak jadi doktor
ReplyDeleteAnak-anak perlu diajar utk ada cita-cita hebat.
DeleteSemoga besar nanti adik berjaya jadi Doktor. Insyaallah.. AMin... Rajin-rajin belajar ya.
ReplyDeletesweetnya..bile anak dah pandai bercakap. Tak sabar nk menunggu si kecik bercakap.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.