Pernah dengar atau pergi makan angin ke Kenyir Elephant Village atau KEV di Tasik Kenyir? Ia sebuah tarikan terbaru di Hulu Terengganu. Ramai yang mungkin tidak tahu kewujudan Perkampungan Gajah Kenyir ini, memandangkan ia baru sahaja dibuka untuk pengunjung. Saya dan keluarga telah berkesempatan ke Kenyir Elephant Village (KEV) semasa bercuti seminggu di Kuala Terengganu.

Oh ya, sebelum itu ... saya nak set minda anda, Perkampungan Gajah ini bukan terletak di dalam kawasan Tasik Kenyir, tetapi ia terletak sebelum pintu masuk ke Tasik Kenyir. Anda akan jumpa lokasi ini dengan mudah sekiranya anda datang ke Kuala Terengganu menerusi jalan Felda Aring dari Gua Musang.

Walaupun tempat ini baru dibuka, namun ia telah tersedia pelbagai tarikan menarik untuk pengunjung. Kemudahan di KEV juga serba lengkap walaupun terdapat beberapa pembinaan kecil sedang dilakukan. KEV adalah satu tempat yang menarik untuk anda kunjungi terutama buat mereka yang mahu melihat kehidupan kumpulan gajah secara dekat.

Kenyir Elephant Village (KEV) Kenyir Terengganu

Kenyir Elephant Village (KEV) Kenyir Terengganu
Kenyir Elephant Village ini terletak di Sungai Telemong, Tasik Kenyir Hulu Terengganu. Ia merupakan kawasan yang dibina di atas tanah seluas 256.0 hektar, dengan kebanyakkan stuktur dikekalkan bagi memperlihatkan keadaan semulajadi hutan tropika.

Kawasan ini mula dibina pada April 2012, dan masih lagi dalam proses memperlengkapkan kemudahan yang telah sedia ada; terutama bagi menjadikan KEV satu perkampungan gajah yang lebih menarik untuk dikunjungi orang ramai. Ia mula dibuka sekitar Jun 2014.
Kenyir Elephant Village (KEV) Kenyir Terengganu

Kemudahan di KEV

Apa yang ada di KEV ini? Secara amnya di KEV ada:

  • Jambatan gantung yang panjang
  • 5 menara tinjau
  • 5 platform persinggahan
  • Bangsal gajah
  • Padang pertunjukkan gajah
  • Kolam mandi gajah
  • Wakaf berehat pengunjung
  • Ruang kedatangan
  • Kaunter informasi
  • Surau
  • Kafe
  • Restoran
  • Tandas awam

Waktu Buka dan Aktiviti KEV

KEV dibuka setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang, manakala Jumaat ada rehat pada jam 12:30 hingga 2:30 petang.

Antara aktiviti bersama gajah yang boleh pengunjung sertai antaranya memberi makan gajah, bergambar bersama gajah, menaiki gajah dan melihat gajah-gajah mandi bersama pelatih.

Ada juga pertunjukkan pendidikan berkaitan gajah diadakan.

Jika mahu ke Kenyir Elephant Village, anda perlulah berada di dalam keadaan kesihatan yang baik dan cergas kerana di sini ada jambatan gantung yang cukup panjang serta menara tinjau yang cukup tinggi. Kalau ikutkan ketinggiannya setara dengan bangunan 3 tingkat. Ini bermakna anda perlu turun naik tangga sebanyak 5 kali bangunan 3 tingkat semasa berada di sini.

Kena ada keperluan bekalan air mineral atau air minum untuk melegakan tekak yang kering ketika meniti jambatan gantung yang ada di sini.

Jangan risau, ada cafe dan hentian rehat yang dapat membantu melegakan tekak akibat dahaga; seandainya anda tidak bawa sebarang bekalan air minuman.
Perkampungan Gajah Tasik Kenyir Perkampungan Gajah Kenyir Sungai Telemong
Perkampungan Gajah Kenyir Sungai Telemong Perkampungan Gajah Kenyir Sungai Telemong
Anda boleh melihat kehijauan dan pemandangan yang menyamankan dari menara tinjau ini. Ia juga spot terbaik untuk anda mengambil gambar kawasan ini yang memang luas.

In Sha Allah, di entri lain saya akan kongsikan lagi cerita percutian Kuala Terengganu dan beberapa gambar menarik semasa berada di Kenyir Elephant Village (KEV) ini.
Perkampungan Gajah Kenyir Sungai Telemong
Perkampungan Gajah Kenyir Sungai Telemong Perkampungan Gajah Kenyir Sungai Telemong

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement