Kisah malam pengantin. Hehehe... nak rilekskan minda, terjumpa entri lama ini dalam draft. Mungkin cerita ini pernah anda baca sebelum ini, tapi tak mengapalah kot. Saya sekadar nak isi slot lawak blogger, yang mungkin ada sesuatu yang tersembunyi yang cuba disampaikan.

Mula baca tak perasan sangat. Tapi bila dah dua tiga kali baca, baru faham apa yang ingin disampaikan .... hoho ... jom layan, dan ambil iktibar dari kisah ini yang mungkin tak berlaku pada diri, tetapi mungkin dalam masyarakat yang ada dewasa ini.

Buat bakal-bakal pengantin, mungkin cerita ini boleh dijadikan 'tips' mengenali pasangan anda. Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W dalam bab memilih pasangan. Jangan ambil mudah, kerana pasangan kita yang akan berikan zuriat untuk kita.
Kisah Malam Pengantin

Kisah Malam Pengantin

Seorang lelaki bernama Megat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Faez.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Megat.

"Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Faez ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Faez terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Megat menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"


.... hmmm .... lelaki baik untuk wanita baik .... ??

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul lah tu. lelaki baik untuk wanita baik dan sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. hehe,rezeki dia tu...ambil pedoman ajelah agar kita sentiasa menjadi pasangan yang baik untuk pasangan yang baik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement