Ini sebab saya takut nak jadi pelumba lari, apatah lagi jadi sprinter. Masa sekolah dulu ada la masuk 4x400, tapi tak tergamak nak masuk 4x100 atau 100 meter - walaupun sebenarnya tak berapa nak layak. Bila kena pecut, tubuh badan akan segera salurkan seluruh kekuatan dan tenaga pada kaki. Jadi, badan boleh jadi ringan, dan larian pecut boleh jadi laju.

Wife saya atlet masa kat sekolah. Dia memang sprinter. Wakil rumah sukan kalau tak silap. Saya lak mula jatuh hati dan mula kenen kat wife masa larian marathon, kalau time sekolah selalu dan biasa dipanggil sebagai Merentas Desa.
Kisah
Hoho .. ingatan jelas lagi kat kepala, mana saya tolong wife saya ikat tali kasut. Uhh .. tolong ikat tali kasut nak mengorat .. hahahaa... errr actually, bukan tolong ikat tali kasut, tapi cuma temankan dia je. Ingatkan bila selesai, bolehlah lari-lari anak sama-sama .... tapi rupanya saya dok jauh ketinggalan ke belakang. Yelah, rumah sukan berbeza, pastilah dia nak ke depan nak dapatkan markah lebih untuk rumah sukan dia; dan saya .... memang masa tu dah pasrah sebab rumah sukan saya dah memang berada di tempat tercorot pun .. hahahaa...

Zikri Legasi Keluarga Pantas Berlari

Sukan tabika perpaduan daerah kerian
Sukan tabika perpaduan daerah kerian
La ni, dalam famili, saya lihat anak saya nombor dua, Zikri (angah) yang lari laju. Laju sampaikan masa waktu sukan sekolah tadika, semua acara yang babitkan larian, dia yang tapau.... hoho. Rasanya, ini memang legasi dari pak mertua saya yang memang suka berlari.

Pernah sekali pak mertua saya minta ambilkan borang untuk Larian Jambatan Pulau Pinang - tapi saya tak izinkan .. hahaha...leh gitu? :P
Sukan tabika perpaduan daerah kerian
Tengok gambar di bawah ini, ngeri tak tengok .. hoho ...kadangkala benda inilah yang saya risau-risaukan bila tengok orang berlari. Saya pun sering fikir bukan-bukan. Lari laju-laju, takut tersadung kaki sendiri dan muka tersembam ke tanah. Bukan takat sakit, malu pun kena tanggung juga.

Gambar di bawah datang kepada saya menerusi email. Biasalah bila dah langgan macam-macam majalah online ni.... tu salah satu sumber untuk saya menulis entri. Jika nak cari idea menulis entri blog, saya akan tengok email-email langganan saya. Anda pun patut buat gitu kalau rasa mahu perkayakan hasil penulisan dalam blog.

Cer tengok gambar di bawah, ngeri tak?
aksi 100 meter yang mengerikan
aksi 100 meter yang mengerikan
aksi 100 meter yang mengerikan
Perghh terpeleot tu ... sakit ke tak, hanya Allah S.W.T je yang tahu. Uhh .... cer tengok, ater macamana nak digambarkan ehh? Iskk ngeri siot....

23 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pengsan tgk...seriyau

    BalasPadam
  2. klu lari laju bhy jgak tu...huhuhu..

    BalasPadam
  3. takot tgk...tp klakar pun ade jugak...hehehe

    BalasPadam
  4. terlampau bersemangat waja sangat..hekhek

    BalasPadam
  5. ya Allah...aduiiooo..sampai macam tu...memang ngeri

    BalasPadam
  6. perghhhh..takutnyer..sampai cmtu ek..

    BalasPadam
  7. ngerinya. hidup ke tak lah ni atau ccat seumur hidup. kemalngan ada di mana mana.. hati hati

    BalasPadam
  8. Saya tak pasti, sakit ke tak ...huhuhuhu

    BalasPadam
  9. @Fitri Senin Bukan seriyau dah ni ... nih dah kes ngeri ... mesti yang tgk live tu terlopong mulut, terbeliak mata ...

    BalasPadam
  10. @iemah Kena lari pelan2 la jawabnya .. hehehe .. tak gitu?

    BalasPadam
  11. @cik anna Takut dhn kelakar je?? Tak kesian ke?

    BalasPadam
  12. @mas saari Mana tak sakit, sampai kaki udah ke depan ... kita ni terseliuh pun dah meraung ...

    BalasPadam
  13. suka lari jugak masa zaman sekolah....

    BalasPadam
  14. jarang jadi macam tu... 1/sejuta kot...heee. aktiviti sihat ok lah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement