Saya tidak sangkal, ada pelanggan yang membeli belah online di Lazada Malaysia yang alami pengalaman kurang menarik, apatah lagi bila Lazada Malaysia buat sales, jualan besar-besaran yang mengakibatkan stok produk di laman web tidak dikemaskini dengan baik.
Jadi haru biru, apabila ada pelanggan mohon penjelasan dari pihak Customer Service, dan penjelasan yang diberikan ibarat melepas batok di tangga. Maka, tercalarlah reputasi yang selami ini telah digah bina oleh sesetengah blogger yang promosikan Lazada di blog, terutama sekali diri saya.
Lazada Malaysia Patut Lebih Tahu Kehendak Pelanggan Mereka
Saya tak mahu menyebelahi mana-mana pihak, tapi saya juga pelanggan Lazada...hoho .... jadi, apabila ada pengalaman tak berapa menarik dikongsikan oleh rakan blogger mengenai Lazada, tentulah saya mahu ambil tahu. Saya semestinya tidak mahu ia berlaku pada diri saya.Dan entri ini adalah untuk seboleh baiknya memberitahu bahawa Lazada Malaysia perlu lebih tahu kehendak pelanggan mereka.... seperti saya, seperti yang lain-lain.
Saya mempromosikan Lazada Malaysia atas dasar pengalaman yang cukup cun dengan servis pembelian dan penghantaran produk dari Lazada Malaysia. Jadi, kerana itu, saya tidak teragak untuk menyertai affiliate Lazada Malaysia atas reputasi yang baik - dari pengalaman sendiri.
Situasi Tidak Bagus Untuk Affiliate Lazada Malaysia
Tetapi, agak malanglah bagi saya apabila ada yang berkongsi cerita pengalaman yang kurang menggembirakan bila berurusan dengan Lazada Malaysia. Justeru itu, saya tidak mahu sesekali menampakkan berat sebelah seolah Lazada Malaysia tiada cacat cela dan semuanya bagus belaka.Antara kekurangan Lazada Malaysia yang ramai luahkan (terutama pelanggan):
- Ketiadaan Stok. Di laman web ada indikasi samada stok itu ada atau tidak ada. Yang jadi masalah ialah apabila indikasi tersebut tidak dikemaskini dengan sempurna. Tertulis ada stok (in stock/stock available) tetapi hakikatnya ia sudahpun tiada dalam simpanan. Pelanggan menunggu barang, tetapi barang yang dijanjikan tiba 1-2 hari jadi 3-4 hari atau 7-8 hari. Lagi malang, bila produk langsung tiada stok dan tidak dapat diberikan langsung kepada pembeli!
- Lambat Update Stok Barang. Sama seperti kes ketiadaan stok. Pihak Lazada mestilah efisien untuk update stok yang ada, jika ada 10, maka tulis 10 ... jika ada 100 maka tulis 100. Jika tiada stok - jangan promosikan di laman web, kerana ia membazir waktu pelanggan mencari produk untuk belian.
- Barang Sampai Lewat Dari Dijanjikan. Lazada Malaysia perlu lebih kawal-selia bab penghantaran barang. Bukan terus lepas tangan kepada penghantar produk bila barang telah dibeli dan dibayar - dalam kes ini GDex dan Ta-Q-Bin. Sepatutnya pihak Lazada harus peka bahawa mereka adalah penjual, dan tanggungjawab penjual mestilah sehingga barang itu diterima oleh pembeli.
- Customer Services Tidak Efisien. Ditanya lain, dijawab lain. Ditanya soalan A, dijawab dengan jawapan untuk soalan F; maka tidak kenalah. Customer Services Lazada Malaysia perlu lebih peka dengan kehendak pelanggan mereka. Apa sahaja masalah diutarakan mestilah dijawab dengan lancar, tepat, mesra dan pantas. Harus diingat, pelanggan membayar bukan sekadar untuk dapatkan produk semata.
- Kod Diskaun Tidak Berfungsi. Benda ni pernah berlaku pada saya ketika mahu beli online di Lazada Malaysia. Saya kemudian hubungi menerusi email bahagian pemasaran Lazada Malaysia, dan alhamdulillah, dapat kod voucher diskaun Lazada yang baru.
Cadangan Baiki Mutu Lazada Malaysia
Mesti Ada Human Touch. Saya suka dengan aspek ni. Salah satu sebab saya promosikan Lazada Malaysia sebab ada 'human touch' dalam komunikasi antara saya dengan pegawai pemasaran Lazada. Maka, seharusnya aspek ini kena ditekankan juga di laman web Lazada Malaysia, mahupun ketika pelanggan klik bayar atau confirm pembelian. Salah satu cara dicadangkan ialah, Lazada Malaysia SMS atau telefon pelanggan untuk sahkan pembelian, dan beritahu info mengenai pembelian. Lagi bagus jika setiap pembelian dari pelanggan itu ada customer service sendiri yang uruskan.Apa yang saya paparkan ini adalah dari aspek saya sebagai pelanggan, jika saya penjual atau pemilik Lazada Malaysia, mungkin lain ...mungkin ada sebab. Itu saya tidak tahu, jadi saya tidaklah tulis.
Saya harap +Lazada Malaysia dapat baca entri ini dan berikan respon terbaik bagi segala permasalahan pelanggan mereka.
Lazada Malaysia Berhenti Promosi - Dengar Apa Kata Pelanggan Anda!
Mungkin Lazada Malaysia perlu berhenti sekejap mempromosi harga diskaun dan potongan harga di laman web beli belah online Malaysia - dan cuba cari satu hari atau satu bulan untuk sesiapa sahaja berikan komen dan cadangan untuk Lazada Malaysia perbaiki mutu servis dan produk mereka. Jika Lazada Malaysia pentingkan pelanggan dan mutu servis terbaik, ini mungkin cadangan yang patut mereka fikirkan."Hari ni bengang yang amat dengan LAZADA... saya memang dah banyak kali beli barang dengan LAZADA.. tapi selama ni saya buat COD... nak dijadikan cerita, 9/11(ahad) baru ni saya order lagi 1 barang... SIAP BAYAR ONLINE... tapi barang tak dapat... hari isnin & selasa kami dah berbalas emel... LAZADA hanya mintak maaf & bagitahu ada masalah penghantaran so tak dapat hantar seperti yang ditetapkan 1-3 hari bekerja... Bila saya cakap suruh bagi date bila barang boleh hantar, terus pihak LAZADA tak balas emel saya.... Ok, saya sabar lagi hingga ke hari ini, tapi tetap jugak LAZADA tak emel saya bagi no tracking... Last2 saya call LAZADA... tau apa alasan dia, TAKDA STOK....!!!!! Ok..... saya rasa sangat geram... kenapa di website dia tulis ADA STOK...!! Kenapa, ketika kami berbalas emel hari Isnin & Selasa tu tak terus je bagitahu saya yang stok takda... !! Saya fedup terus cakap saya nak duit saya kembali... katanya, DIA BOLEH KEMBALIKAN DUIT SAYA DALAM TEMPOH 5-7 HARI BEKERJA... WHAT???!!!! Bertambah hangat hati saya.... dahla barang tu orang punya... saya yang tolong beli sebab saya promote dekat hamba Allah tu... Alih2 jadi camni... huwaaaa... barang tu dah la urgent... MALU MUKA SAYA dekat HAMBA ALLAH tu... Menyesal promote LAZADA dekat orang...!!!!!" - Customer Lazada Malaysia yang kecewa.
Oh ya, satu perkara saya perasan, masalah timbul bila Lazada Malaysia buat sales diskaun gila-gila. Jika pembelian dibuat pada hari biasa, rasanya ok je. Namun, tidak bermakna Lazada Malaysia perlu tutup sebelah mata. Benda kecil boleh jadi benda besar kalau bila ditegur tidak dibuat tindakan susulan.
p.s: Jika Lazada janji baiki servis, dan ambil iktibar - pasti ramai yang akan gembira. Tapi, benda luka pasti ada parut.
Kali pertama beli barang dengan lazada, ok sangat servis die..cuma citylink y lambat hntar..kali kedua memang out terus rasa nak marah sangat2..dekat 2 minggu tunggu. tiap2 hari call die cakap belum keluar lagi..da dekat 2 minggu baru die cakap stok xde..gerammmm sangat2..
ReplyDeleteSee ... they did not jaga apa yang telah ada. Patutnya pelanggan setia macam puan patut mereka jaga. Itulah kelemahan mereka.
DeleteBiasalah bisnes ORANG KITA'..
ReplyDeleteorang kitakah?
DeleteBaru je terbaca pasal lazada ni punya servis tak berapa okay kat blog rakan blogger yang lain. Teragak-agak pulak rasa nak beli belah kat lazada ni T_T
ReplyDeleteSaya pun terkena pasal kod diskaun tu..dah beli bayar semua alih2 kena tunggu sebab kod diskaun tak sah...hmmm
ReplyDeletetue la x leh fk untung shj
ReplyDeletelepas baca komen yg ada, tiba2 rasa macam teruknya lazada... bila tak pernah jadi dekat diri sendiri, kita tak tahu kan... macam saya promote je pasal lazada setiap kali beli... alih2 kene batang hidung sendiri... mmg takkan beli dah la.... dah hilang sorang customer lazada ni....
ReplyDeleteservis lazada memang agak kurengg sikit..so far membeli dgn lazada takde lagilah masalah..cuma barang lambat 2 minggu tu normal la kot..sbb lazada ni..mcm groupon jugak..banyak seller dlm satu company..cenggitula maksudnya
ReplyDeleteBetul tu Nadia, kena lihat info berkaitan produk tu ..
Deletebaru berkira-kira nk membeli time sale semalam :)
ReplyDeleteassalamualaikum hh...betul tu kalau dah terkena sekali mmg dah x mahu la bersoping online dgn Lazada kalau jadi mcm ni...
ReplyDeletekes ni 9Nov ke,...macam baru sangat lagi kes ni. kalau betul mesti kena baiki lah... ada barang terus dr pembekal. komunikasi kena pantas.
ReplyDeletesemoga apa yang dapat diperbaiki dapat diperbaiki...
ReplyDeletebelum pernah beli online dgn lazada lagi la...
ReplyDeleteharap pihak lazada dapat memperbaiki mutu perkhidmatannya...
Saya dah banyak kali beli, setakat ini puas hati. CUma agak tidak tenang bila fikir ada yang tidak senasib baik dengan diri saya.
Deleteaku pernah beli sekali je ngan Lazada ni..biasa postage memang tak laju..teringin gak nak beli lagi, tapi tengok review dari ramai orang macam tak best je..hentikan niat tu..hampir nak terbeli lense kat situ..entah betul ke tak harga tu..ohoho..
ReplyDeleteAda yang beli lens kat Lazada ok je bro ... :) cuma Google balik tgk siapa yang beli lens kat situ, akubiomed ada beli rasanya.
DeleteHmm... terima kasih dgn perkongsian ini, tuan. Diharapkan pihak yg berkenaan bukan sahaja 'ter' ataupun 'mem' baca entri ini... malah turut mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah ini.
ReplyDeleteHaha.. in Sha Allah .. mereka akan baca dan ambil iktibar .. saya agak pasti tentang perkara tu . :)
Deleteharga yang dia beri memang nampak menarik, tapi servis kurang memuaskan.
ReplyDeletesetakat ni, takde masalah.
ReplyDeletesemua yang aku beli..sampai. yang kena import dari hong kong pun sampai akhirnya.
bab lambat tu, normal.
bab stok tu pun normal.
tapi memang lazada kena pantas dan alert. kalau stok habis, kena set sistem kasi cepat bagitau kat dalam website.
aku tak salahkan lazada. sebab benda ni..bukan automatik. Kita terpaksa kena faham. Apapun, kena buat manual. Sebab yang dok bungkus barang korang tu, manusia..bukannya robot. Yang gi ambil barang..yang gi hantar barang..semua manusia. Akan ada kekangan dan lambat tu akan berlaku.
Jadi, bawak bersabar ajelah kalau barang lambat atau tak sampai.
Kalau terpaksa, minta refund. Habis cerita.
Saya setuju dengan pendapat Titan mengenai Lazada ni.. ada penyelesaian terhadap perkara dan isu ini... in Sha Allah.
Deleteterkejut juga saya baca entry LAZADA PENIPU tu,baru aje nak sertai lazada,dah jadi macam ni.Tapi bila saya baca entrynya,ianya mungkin berpunca dari kelemahan sistem pengurusan penjualan sahaja,bukan penipu.Tapi kalau nak berniaga tu,customer first and always true.Harap masalah ni dapat diperbetulkan supaya tiada lagi masalah sama berulang.
ReplyDeletesama dengan en titan so far masih tiada masalah lagi dengan pembelian di Lazada semua barang diterima termasuk barang dari hong kong..tapi lazada perlu la juga setelkan masalah deng efisien bila terjadi perkara macam sahabat kita tersebut
ReplyDeleteSaya selalu gak shopping kat Lazada ni. Walaupun masa first time order ada masalah, tapi saya tak serik. Still shopping lagi kat Lazada.
ReplyDeleteYang latest ni saya beli deep freezer. Order hari Jumaat, Isnin pihak Gdex dah hantar. Yang lagi best, masa saya nak bayar guna credit card, ada lagi extra discount 15%. Bertambah bestlah saya shopping masa tu.Hihi...
Kalau tak ada stok memang Lazada akan refund. Mcm saya baru-baru ni order pampers, tup tup dapat email dari Lazada, order saya cancel. Bila call br tau yg pampers tu tak ada stok dan Lazada refund ke acc saya.
Apa2 pun Lazada blh ambil iktibar dgn kes2 macam ni. Cari solution utk tingkatkan mutu perkhidmatan.
alhamdulillah saya dah beli hampir 10x xdak masalah...semuanya sampai tepat pada masanya...xtau lah pada masa akan datang...huhuhu
ReplyDeleteRamai yang ok dengan Lazada ni. Memang ada beberapa masalah tetapi boleh dibawa dengan penyelesaian terbaik, in Sha Allah.
Deletesetakat ni saya beli kat lazada ok shj.. pengalaman orang berbeza... penting buat statistik kepuasan pelanggan untuk lihat sejauh mana lazada beri kebaikan kepada online shopper.. ye tak?
ReplyDeleteBetter lagi lelong la...seller smua verified...pe2 hal blh report
ReplyDeleteStok dan penghantaran bukan team lazada sendiri. Mereka cuma advertise dan marketing product sahaja. Stok pun mereka x simpan. Lepas tu cara komunikasi mereka demgan merchant pakai email.. tu yang jadi lambat dan macam macam masalah.
ReplyDeletebagi saya, saya pun pembeli lazada,,bnyk jugak barang saya beli.. so far selama ni mmg servis baik. kod kupon berfungsi dengan baik.. tp manalah tahu dalam banyak2 tu kan.
ReplyDeleteada la sehari tu sy beli baju.. tup2 sebulan baru sampai.. mula2 pahas gila hati tp cek2 balik rupanya baju tersebut di import dari china.. masa hari ke-7 saya call lazada saya tanya dia jawab ok cuma 3x call baru angkat.
dan kita kena ingat, lazada ni hanya menyediakan tapak iklan, atau ruang utk supplier letak barang dalam tu. so separuh dari produk yang bebanyak tu bukan dari stor lazada, tapi segala update mak nenek bagai tu supplier yang akan uruskan sendiri. saya rasa xheran sangat kalau barang lambat sampai.
TAPI yang PLAING SAKIT HATI bila masalah ni berlaku bila tengok pada barang tu from LAZADA (bukan dari supplier lain)
saya kalau nak beli pun tengok produk tu sold by azada, not sold by other company..
huhu apa2 pun thaks kepada yg meluahkan..sedikit sebanyak saya dapat taw kelemahan.dan saya akan beringat sebelum beli......
aku dh terkena hari ne .. diurg ckp ada stok .. so, aku pun tggulah sampai 7 hari bkerja .. alih2 diurg email barang tk bleh antar .. 1st time aku berurusan dgn Lazada ne .. mgkin ne kalilah pertama dan terakhir sbb Lazada npk mcm tk profesional..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.