Saya sebelum ini ada kongsikan mengenai 12 Tips Memilih Pengasuh. Maka, kali ini giliran pengasuh pula untuk memilih pelanggan. Pelanggan yang saya maksudkan ini ialah ibu bapa. Maaf cakap, memang terdapat segelintir ibu bapa yang ambil sikap lepas tangan dalam soal penjagaan anak sendiri. Nak mudah je ... yelah, nak sibuk dengan hal kerja, mana ada masa sangat nak fikir tentang perkara anak yang dihantar ke rumah pengasuh atau pusat jagaan kanak-kanak.
Adakala Saya Fikir Salah Siapa Sebenarnya Anak Kena Dera Pengasuh?
Ada ibu bapa ambil sikap sambil lewa. Jadi, nak salahkan pengasuh pun tak boleh juga. Seperti entri 12 tips memilih pengasuh tu, tanggungjawab ibu bapa harus lebih prihatin dan aktif untuk pastikan mereka hantar anak-anak ke pengasuh yang benar-benar boleh jaga anak semasa mereka keluar bekerja mencari rezeki.
Pengasuh Anak Bukan 'Hamba' Ibu Bapa
Saya tertarik nak kongsikan pandangan pembaca blog ini yang saya fikir mungkin seseorang yang sediakan servis jaga anak-anak, atau dengan kata lain, dia mungkin seorang pengasuh. Harus ingat juga, pengasuh pun bekerja cari makan macam ibu bapa tadi...
Pengasuh disuruh jaga anak ibarat menatang minyak yang penuh, tetapi kita, ibubapa yang hantar anak-anak ini ... lepas hantar lupa dah kat anak ..... cuma ingat balik bila time nak ambik je, itupun kadangkala lewat ambil, sampaikan si pengasuh kena duduk depan pusat jagaan bersama anak kita yang dah kebulur makan dan minum.
Saya sering dileteri isteri kalau saya lewat ambil anak dari Pusat Asuhan atau dari rumah pengasuh. Jika janji ambil 5:30 petang, maka jam 5:15 mesti nak kena ada tunggu anak disiapkan untuk pulang.
Komen yang diberikan:
"Kedekut / hadkan susu anak-anak kononnya susu mahal/nak ajar anak berhenti menyusu.Bila anak merengek kebulur susu sebab tak cukup susu bekalan, pengasuh kene kongsikan pulak susu/makanan di rumahnya. Bukan berkira, tapi itu HAK pengasuh. Upah dibayar kerana menjaga anak."
"Malas sediakan makanan/bekal untuk anak-anak..mintak pengasuh sediakan bubur/makanan untuk anak tapi upah tetap tak masuk kos penyediaan makanan."
"Mintak pengasuh toilet trainingkan anak.. tapi kat rumah pakaikan pampers.. gaji tetap sama…"
"Guna istilah ‘TUMPANGKAN’ anak-anak (bukan jagaan pengasuh).. ambil kesempatan.. GAJI TETAP SAMA…"
"Buat pengasuh macam pembantu peribadi…boleh panggil guna bila-bila masa, last minit… macam pengasuh taka da kehidupan sendiri.. BERAPA BAYAR? GAJI TETAP SAMA.."
"PEMALAS.. DASAR MEMANG TAK SUKA JAGA BUDAK KECIK.. semua serah pengasuh.. dari pagi buta, sampai isyak baru ambil.. sebab balik2 terus tido kononnya… "
"Jika anak sakit perut, cuba cari salah pengasuh… tapi rupa-rupanya susu tak sesuai.. sebab kedekut susu, pengasuh bagi susu murah . ye lah… pengasuh gaji rm300.. mana mampu beli susu S-26."
Ok. Sekarang anda fikir, ada tak kebenaran kepada komen yang diberikan tu. Saya fikir memang ada, memang wujud ibu bapa yang ambil kesempatan dari kebaikan pengasuh.
Inilah. Bila dah ada pengasuh yang bagus, ibu bapa ambil kesempatan. Bila Tuhan uji pengasuh tu tak mampu nak jaga dah anak kita, kena cari orang lain, pengasuh lain .... kena dera, kita salahkan pengasuh yang jaga anak kita.
Ibu bapa kena bersyukur ada manusia yang sanggup jaga basuh, berak, makan, pakai anak kita yang baru nak kenal dunia. Bertimbang-rasalah, seperti ada yang komen .. "Pengasuh pun cari makan juga".. jadi jangan jadikan pengasuh sebagai hamba anda. Nanti mereka jadikan anak anda hamba mereka ... haaa nak kata apa?
Beringat sebelum kena. Mahu orang buat baik, kita kena buat baik dulu.
Dan pesanan buat pengasuh dan mana-mana pusat jagaan anak-anak.... sekiranya tak mampu nak jaga, mohon jangan terima walaupun ada ibu bapa merayu-rayu suruh anda jaga anak mereka. Lihat kemampuan diri dan pusat jagaan ....
p.s: Anak-anak di Pusat Pengasuh kena dera sampai akibatkan kematian atau kecederaan serius .. memang tak wajar, mana sifat manusia anda, mana sifat keibubapaan anda?
betul la tue
ReplyDeleteMalangnya itulah yg sering berlaku. Belum lg bab jadikan mak bapak sendiri jd hamba jaga anak..
ReplyDeleteMasalahnya..orang kitq ni..cukup suka cari salh orang lain..
ReplyDeleteSalah sendiri..tak nak ngaku.
Hmm .. itulah pasal, ramai yang berasakan mereka itu betul, walhal dalam banyak perkara, ada juga tiris ....lebih2 lagi ibu bapa muda yang jiwanya masih mentah hal anak ni ..
Deletehurm.. mcm2 isu sekarang ni... mgkin betul apa yg disuarakan tu. tp mcmne pun,mcmne kite nak org jaga anak kite tu dgn baik, ibubapa pun kene la bersikap baik jugak.tp sy jenis ibu yg tak suka biar anak lama2 kat umh pengasuh.hehe..setiap pagi mesti sediakan bekalan makanan utk anak wlupun pengasuh ckp tak pyah bwk mknn..bila sy MC,selagi larat jaga anak,sy pun tak htr anak ke pengasuh sbb nak hbskan masa dgn anak.bagus kan pengasuh sy dpt majikan mcm sy..hehe...
ReplyDeleteApa yang dikatakan MAY memang betul. Sebagai ibu bapa, tanggungjawab tak boleh dilepaskan walaupun anak diserahkan untuk penjgaan pengasuh. Bila ibu bapa ambil sifat lepas tangan nilah yang jadi macam2 .. fikir kerja lebih dari anak2
DeleteBagi saya...siapa yang menjaga anak tu, sama2 ambil tanggungjawab. Jika dijaga oleh pengasuh sekalipun, ibu bapa mesti dipersalahkan juga kerana salah memilih jika berlaku penderaan ke atas anak2. Mesti cari jalan utk kenali pengasuh. Sama ada secara terang2 atau tidak langsung...
ReplyDeleteBetul tu ....
Deletekenali pengasuh tu aku setuju sangat..kene siasat macam mane perangai pengasuh tu..tengok keadaan anak kita bila kita ambik anak kita dari rumah pengasuh
Deletebetul tu.Sebagai ibu bapa,bekerjasamalah dengan pengasuh.Jangan terlalu harapkan pengasuh sehingga kasih sayang anak lebih kepada pengasuh.Masa berkualiti dengan anak-anak adalah sangat penting.
ReplyDeletetu lah, kalau rasa tak sesuai dgn kita, carilah lain sebelum benda tak elok jadi. kalau dia marah kat kita kat belakang dia dera anak sbb dendam, kita juga yg susah akhirnya. ramai juga yg dapat pengasuh baik dan buat macam anak sendiri.
ReplyDeleteNak cari duit lebih dengan cara mudahkan..tu jadi mcm tu...blhje 20 org pun tapi kalau layanan sebegitu rupe..em alahai...menjawable korang di akhirat nanti...
ReplyDeleteJadi, kena pilih pengasuh dan pengasuh juga ada tanggungjawab untuk katakan TIDAK jika fikir tidak mampu, dan merasakan ibu bapa tu tidak sesuai ..
DeleteKadangkalan pengasuh baru ni janji dah tak nak amik lagi tapi dia kesian punye kesian dari 3 baby hingga ke 9 baby blh dia jaga serentak..ishk2..bila minta tlg jaga ari sabtu dah tak larat...tu le pasal...nak cari penjaga bayi di luar bandar ni sepatutnya mudah tapi ramai tak nak dah jaga bayi2 ni...rata2 nak ambik budak 5 ke 6 tahun ke atas...
DeleteSaya sokong sebab ada kalanya ibubapa juga ada yang bersifat 'kedekut' kalau bab susu dengan pampers ni. Lepas tu hantar anak pagi buta, sampai senja pun belum tentu datang ambik anak kalau tak di telefon. Ini pengalaman yg saya tengok sendiri bila makcik jaga anak orang
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.