Ini entri susulan selepas saya bercerita pasal rebus daging jadi hangit tu. Memang saya rebuskan daging nak bagi empuk untuk dijadikan daging masak kicap. Nasib baik daging tak terkena rasa rentung hangit periuk saya, kalau tak habislah resepi daging masak kicap Jalen sempoi yang saya nak hidangkan untuk keluarga.

Rentung hangit periuk, daging selamat je. Maka, saya pun cucilah daging dan toskan airnya. Boleh teruskan dengan resepi daging masak kicap yang saya nak buat. Saya gunakan kicap Jalen, sebab area Parit Buntar ni memang popular kicap Jalen ni, tak macam kat kampung saya yang dulu obses dengan kicap tiga ayam S.M.Noor, dan sekarang dengan kicap Tamin yang kilangnya kurang 5km je dari rumah mak saya.

Resepi Daging Masak Kicap Jalen Sempoi

Resepi Daging Masak Kicap Jalen Sempoi
Bahan-bahan untuk resepi Daging masak kicap ni memang sempoilah dari saya. House husband macam saya ni mana nak reti masak benda kompleks ni. Semua masakan yang saya kongsi resepi dalam blog ni semuanya masakan sempoi buat punya. Lelaki mana-mana pun, bujang ke .. dah kawin beranak lima ke, dah kahwin isteri lebih dua ke boleh ikut resepi saya tulis. Tak faham boleh je tanya, tak ada hal punyalah.

Bahan-Bahan Resepi Masak Kicap Sempoi

  • 600 gram Daging lembu atau kerbau; import ke fresh ke boleh je layan.
  • Kicap Jalen lemak manis.
  • 2 Biji Tomato.
  • 3 Biji Bawang Besar sederhana besar.
  • 3-4 ulas Bawang Putih.
  • 1 inci halia.
  • 3-5 Bunga Lawang.
  • 3-5 Bunga Cengkih.
  • 3-4 Biji Pelaga.
  • 1 kulit Kayu Manis panjang 2 inci.
  • 2-3 biji Cili Masak.
  • 2 biji Cili Hijau.
  • 5-10 biji Cili Api.

Cara Memasak Daging Masak Kicap Jalen Sempoi

  1. Potong daging bentuk yang anda suka, memanjang boleh, kiub boleh .. asalkan ia boleh muat ke dalam mulut. Jangan beso-beso sebab susah nak kunyah 40 kali. 
  2. Rebus daging sehingga empuk. Kalau tak nak rebus dulu pun boleh. Sehingga rebusan daging mendidih dan daging pun dah rasa cam nak empuk je, masukkan segala bahan-bahan ini ke dalam rebusan tadi.
  3. Bawang Besar yang telah dikupas kulit dan dipotong ikut suka hati anda.
  4. Bawang Putih yang dipotong kecil.
  5. Halia dipotong kecil.
  6. Bunga Lawang, Bunga Cengkih dan kulit Kayu Manis.
  7. Ada orang masukkan halba, tetapi sedikit je la ...
Resepi Daging Masak Kicap Jalen Sempoi
Biarkan ia masak dengan api sederhana. Lepas mendidih, masukkan cili api dan tomato. Cili api ni ikut suka, kalau nak pedas, masukkan banyak, kalau tak nak, hanya masukkan cili masak atau cili merah. Masukkan juga cili hijau.

Kemudian, masukkan kicap Jalen Lemak Manis. Sila rasa masakan anda, jika rasa kurang masam, saya syorkan letakkan sekeping asam keping atau asam gelugor. Masukkan garam secukup rasa.

Siap. Mudah tak mudah, saya siapkan resepi Daging Masak Kicap Jalen Sempoi saya dari daging 'hangit' saya je ... hoho .... amacam? Anda pun leh buat punyalah ... anak dara kena ikut dan faham, bukan semua benda hangit itu tak leh makan ye ... jangan dibuang membazir makanan, Allah S.W.T marah tau ....

Cara sama juga boleh dilakukan untuk masak ikan bawal masak kicap Jalen dan ayam ... cubalah ye.
Resepi Daging Masak Kicap Jalen Sempoi

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah wah... kalah sha punya masak kicap... just tumbuk halia, bawang putih & cili api je.... hahahhaa

    BalasPadam
  2. Wah hebat tuan...ni mesti dapat advertorial dari kicap Jalen ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... mana ada, tak ada kaitan .. ini bukan entri advertorial ... seronok gak jika dapat, leh la ada bekalan kicap setahun

      Padam
  3. Siap gambar nampak asap tu yg tak boleh tahan tu...heeee. cicah roti pun sedaplah...

    BalasPadam
  4. kemain gelap hitam melekat bile tengok, agaknye kalau rasa mesti sedap jugak kan

    BalasPadam
  5. Selamat daging hangit tu ya..saya tengah nak masak ni gas habis pulakkkkkkk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adeh .. gas habis tak dapat la nak nulongnya dah ..... tapi ok, masak kicap leh main sambung2 tanpa masalah .. hehehehe

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement