4 cara dapat duit online yang dijangka akan meletop pada tahun 2015 adalah affiliate, dropship, jual produk sendiri dan juga blogging. Begitulah yang telah diperkatakan di WangCyber.com. Dan saya sangat bersetuju dengan pendapat tersebut. Antara 4 cara buat duit online yang telah diperkatakan, hanya satu cara sahaja yang belum saya buat ialah menghasilkan dan menjual produk sendiri secara online.

Menerusi blogpost ini, saya akan kongsikan pendapat dan pengalaman saya dalam 4 cara dapat duit online ini. Ia telah menjadi lubuk duit pendapatan online saya selama ini, dan seharusnya menjadi sumber pendapatan online buat anda juga, in Sha Allah pada tahun 2015 nanti.
4 Cara Dapat Duit Online 2015
Selama saya berada di dunia internet ini, sejak tercetusnya dan terbinanya MSC ilham Tun Dr Mahathir, saya sudah mula nampak betapa peluang sangat cerah untuk buat duit online ini. Saya tanpa tunggu, telah menjerumuskan diri dalam perniagaan online tanpa produk, dengan memasarkan produk-produk MLM. Ketika itu, bisnes MLM di Malaysia masih segar bugar dan potensi ia di dalam dunia online memang terbuka luas.

Namun, disebabkan sifat tamak sesetengah orang di dalam MLM (multi-level-marketing) dan banyaknya skim piramid yang hanya mengkayakan golongan tertentu, maka saya pasrah bahawa MLM adalah bukan dalam diri saya. Saya terus tinggalkan MLM, dan semakin berhati-hati dalam perniagaan sedemikian.

4 Cara Dapat Duit Online 2015

Menurut WangCyber.com, ada 4 peluang dan cara untuk buat duit online yang akan meletop pada tahun 2015. Dan kerana itulah, wahai rakan-rakan yang saya sayangi, rebutlah peluang yang ada ini kerana ia merupakan peluang untuk perbaiki ekonomi diri. Ia peluang untuk tidak lagi bergantung harap dengan segala janji yang tidak pasti. Ia peluang untuk merubah diri agar tidak lagi seperti kerbau yang dicucuk hidungnya.

4 cara dapat duit online 2015 yang akan menjadi popular adalah:

Affiliate

Ramai orang sudah mula sedar bahawa affiliate merupakan cara untuk buat duit online tanpa batasan. Semenjak saya sendiri promosikan belajar mengenai affiliate percuma, ramai yang sudah mula usaha jana income menerusinya.

Affiliate ni seronok sebab anda boleh jana income affiliate bukan hanya di Malaysia tetapi serata dunia. Anda boleh jual produk tanpa modal, dari ruang tamu rumah anda ke United Kingdom, Amerika Syarikat, India, China, Kanada, Singapore, Thailand malah ke negara-negara yang anda sendiri tidak pernah sebut pun dalam hidup anda.
Buat duit dengan affiliate
Buat duit dengan affiliate
Antara yang berjaya buat duit online serata dunia - Gobala Krishnan, pengasas Jomniaga yang kini dikenali sebagai Ashadee, Raja Kamil yang sememangnya Sifu Affiliate USD terbaik pernah saya kenali. Rakan saya sendiri, Faizi Shukor yang perkenalkan Keris Jutawan juga buat duit menerusi affiliate luar negara.

Sudah ada banyak platform buat duit menerusi affiliate diperkenalkan, antaranya dari Ashadee.com, KlikJer.com, Tim Infokerjaya, AgenAffiliate dan beberapa lagi daripada individu-individu yang bergelar Internet Marketer (IM). Saya sendiri sudah berdaftar program affiliate dengan lebih 20 produk dan platform termasuklah platform luar negara yang berikan komisen dalam bentuk USD.

Dropship

Saya sendiri telah berjaya jana komisen menerusi dropship produk Al Quran Digital. Walaupun jualan tidaklah memberansangkan, tetapi potensi dropship sebagai cara dapat duit online pada 2015 memang tidak boleh dinafikan.

Saya sudah nampak ada kerjasama dan sistem yang menyatukan dropship ini dengan affiliate, sebagai salah satu cara memaksimakan income online buat mereka yang mempromosikan dropship. Maka, jangan lepaskan peluang ini untuk buat duit online pada 2015.

Jual Produk Sendiri

Semakin ramai usahawan sudah bina jenama sendiri hasil penelitian produk-produk terlaris di pasaran. Saya telah lihat bagaimana rakan belajar saya menjadi jutawan hanya kerana buat kek coklat dari rumah. Jenama Anis Choc Moist telah menjadi sebutan ramai malah pasangan suami isteri ini telah mula menjelajah Malaysia untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka.

Produk seperti Jeruk Mangga Asam Boi yang viral di internet juga telah ramai yang keluarkan menjadi produk jenama sendiri. Malah kain pelikat yang menjadi seluar pelikat pants pun sudah ada rakan blogger yang pasarkan guna jenama sendiri.

Sekarang dah mudah, ramai yang sudah tahu cara nak buat blog atau laman web jual produk ni, kalau tak tahu, boleh cuba Pelan Lengkap Blog Kedai Online WordPress

Produk ebook pun dah ramai sudah pandai hasilkan. Mungkin disebabkan mereka sudah ada ilmu hasilkan sebuah ebook dan pasarkan cara online.
http://www.ashadee.net/go/50309/biz2014
Produk digital memang mudah nak jual, apatah lagi jika nama sudah dikenali di dalam dunia internet ini. Seandainya anda minat menulis seperti menulis cerpen, novel, tips dan panduan, boleh jadikan apa yang anda minat itu sebagai cara dapat duit online menggunakan Mesin Produk Digital.

Blogging

Platform buat duit online yang telah sekian lama saya praktikkan. Bukan setakat ia boleh mempromosikan produk affiliate, dropship dan produk sendiri, malah platform buat duit dengan blog ini termasuklah menerusi medium pengiklanan seperti Nuffnang, Komli, Innity, MediaWhite, Geniee dan 101 lagi medium pengiklanan blog yang boleh berikan income yang baik menerusi blog.

Salah satu cara blogging dapat duit pada 2015 ialah menerusi advertorial. Dengan adanya advertorial.my yang boleh daftarkan blog untuk mendapat job review, ia memberikan peluang untuk sesiapa sahaja yang ada blog mendapat income menerusi job review atau penulisan berbayar. Blogger hanya perlu daftarkan blog di Advertorial.my untuk dapat peluang tersebut.
Cara dapat duit online menerusi blogging

Jana Income Online 2015 Dengan Ilmu

Begitulah 4 cara yang akan menjadi sumber income online pada tahun 2015. Saya sendiri yang telah sekian lama berada di dunia online memang tidak nafikan 4 cara dapat duit online 2015 ini merupakan kaedah terbukti. Jika anda mahu buat duit online, maka fikirkan 4 cara tersebut dan dapatkan ilmu berkaitan mengenainya.

Dengan ilmu dan pengetahuan, baru anda akan dapat tahu cara betul, teknik sebenar yang telah diamalkan oleh ramai yang berjaya buat duit online termasuklah diri saya sendiri. Percayalah, saya sebelum ini sangat was-was mahu mendapatkan ebook, video tutorial serta sistem buat duit online sehingga satu tahap saya tidak percaya boleh buat duit dengan internet ini... sehinggalah saya mula mendaftar dengan Ashadee.com dan mendapatkan produk-produk berkaitan pemasaran internet dari mereka yang telah berjaya.

Mahu berjaya, kena ada ilmu. Nak ilmu, maka cari. Dah cari, dah dapat ilmu, maka jangan tunggu, terus laksana, kerana semakin anda tunggu, maka peluang akan semakin mengecil kerana orang lain telah bermula terlebih dahulu dari anda.

Semoga anda sukses di tahun 2015.
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement