Saya tak kesah dipanggil apa pun, asalkan ia panggilan yang baik sesama manusia, sesama umat. Panggilan nama yang baik diibaratkan satu doa juga. Itu sebab buat ibu bapa yang baru mendapat kelahiran cahayamata baru kena berikan nama yang baik untuk anak. Usah biar diri penat fikirkan nama anak yang panjang berjela semata mahu keunikan, adalah lebih baik anak diberikan nama yang ada maksud dan sedap didengar serta disebut.
Erkkk .. terpesong topik pula.
Aku Sedar Aku Dah Tua ....
Berbalik kepada hal diri saya yang sudah pun semakin tua di tahun 2015. Kata orang makin tua makin menjadi - apa yang menjadi saya pun tak tahu, mungkin menjadi-jadi gelenya la kot .. hahaa... tapi itulah, diri semakin tua akan lebih bagus jika diisi dengan ilmu dan amal. Agak satu pembaziran pada umur yang semakin tua jika ilmu tidak bertambah, dan amal tidak berganda-ganda.
Tua - dunia kata pergi, kubur kata mari. Tinggalkan dunia, tinggalkan keluarga, tinggalkan anak-anak... tinggalkan semua. Harapkan ilmu ditinggalkan dan doa anak yang soleh.
Hakikat menjadi seorang blogger tua yang dikagumi bukan mudah. Mahu dikagumi ramai kena sedia terima teguran dan nasihat orang lain. Mahu dikagumi kena lupa soal untung dan rugi dalam dunia blog Malaysia. Mahu dikagumi kena mesra dengan segenap lapisan jenis blogger yang ada. Bukan senang nak hadap karenah dalam dunia blog ini. Serius .. ia adakala sangat menikam jiwa dan kalbu. Akan ada yang tidak puas hati dengan blogger Malaysia.
Blogger datang dan pergi. Saya telah kehilangan ramai rakan blogger. Ada setengah darinya merupakan inspirasi buat diri saya. Malah, ramai rakan blogger saya kenal sejak 2009-2010 yang telah hapuskan identiti blogger mereka di dunia maya ini.
Terima Kasih
Saya sedar saya dah tua. Terima kasih atas mereka yang memberikan pujian kepada saya. Terima kasih kepada mereka yang sudi menegur kesilapan dan khilaf saya. Terima kasih kepada mereka yang berikan gelaran Sifu Blogger kepada saya ... walhal gelaran itu tidak selayaknya buat saya yang sudah tua ini.Doakan sahaja yang terbaik buat saya dan keluarga, itu sudah sangat cukup bagi diri saya. Gunapakailah ilmu dan pengetahuan yang dikongsikan di blog ini untuk kebaikan semua. Elakkan diri terbabit dalam unsur negatif yang membinasa, dan jadilah blogger bertanggungjawab buat agama, nusa dan bangsa. In Sha Allah, semua itu akan dinilai di akhirat kelak ...
usia bukan ukuran umur.Tiada siapa yang tahu berapakah jumlah umurnya.Rasanya tak salahpun gelaran bro HH sebagai tanda respect kepada seorang hero blogger Malaya.Lepas ni saya nak tukar gelaran apa ya?takkan nak panggil pakcik juga.sebab saya pun dah masuk era penghujung dunia.haha...
ReplyDeletetak suka panggil pakcik! saya pangil abg HH jer sampai bila2 - kedaionlinemy.com
DeleteHaha.. silakan .. silakan ... :) uhh andailah anda seorang awek jelita, mau saya tersenyum simpul sorang2 bagai orang gila .. haha
Deletehahaha tapi malangnya saya seorang lelaki tulen yang berasal dari selangor hahahah - kedaionlinemy.com
DeleteSaya suka sebut bro HH maksudnya saya hormati anda...bukan bermakna bro itu merujuk kepada muda atau tua...tp lebih kepada kata panggilan hormat...saya respek cara bro HH beri hujah dan pedoman dalam masa depan blogger....wpun saya masih jauh...tp saya suka buka entry lama2 bro baca jdkan sandaran utk saya perlahan2 menjadi seperti bro...mana tahu saya pun leh berhenti kerja jana pendapatan sepenuh masa dgn berblog niaga...amin
ReplyDelete:) salam bro
ReplyDeleteAssalammualaikum... bro HH,
ReplyDeletemselim3 kena panggil bro HH.. sebagai menghormati bro HH. Good luck bro dalam dunia blog... sifu SEO Malaysia.. moga terus berjaya dan terus berjaya blog nie... Amin.
mselim3
walaupon usia semakin mdningkat tapi ilmu still bertambah...
ReplyDeleteSemakin meningkat usia kita, semakin dekat kita dengan kematian. Sama2 la kita mendekatkan diri denganNYA dengan membuat amal kebajikan sebabnya kita tak tahu bila ajal maut. Semoga bermanfaat...
ReplyDeletemoga baik baik saja pakcik..:D
ReplyDeleteBuat tahun 2015 yang bakal menjelang, Ana doakan Sifu HH sekeluarga menjadi Keluarga harmonis, keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah... aamiin...
ReplyDeleteMoga terus berjaya ye Tuan HH ;D
ReplyDeleteNampaknya... Tua saya lagi berbanding tuan HH...
ReplyDeleteItulah, dah tua2 ni baru dapat peluang nak kenal dunia blog...hoho!
Badan memang makin tua, tapi kalau fikiran kita muda, kita selama-lamanya muda :) Cik Iman panggil Encik Hasrul je. Pak cik tu pak sedara boleh la.
ReplyDeletesalam...selamba jela HH...tgk aqu biasa je ttp muda remaja wlpun umur dah 41...he3...tgk fb aqu itu mmg yg terkini...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.