Setakat yang saya ketahui, belum ada mana-mana badan berwajib yang keluarkan angka kematian dan korban keseluruhan secara rasmi, begitu juga dengan jumlah kerugian akibat banjir. Asasnya ialah angka-angka terkini tersebut tidak dapat diumumkan memandangkan belum ada statistik dan laporan rasmi untuk mengesahkannya.
Berapakah Angka Sebenar Korban Keseluruhan Banjir Disember 2014?
Buat masa ini, angka korban di Kelantan yang diumumkan secara rasmi menerusi media massa:KOTA BHARU - Seramai sembilan orang disahkan mati lemas manakala empat lagi masih hilang ekoran banjir yang melanda negeri ini sejak dua minggu lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, tiga mangsa yang belum ditemukan dilaporkan hilang di Kuala Krai termasuk seorang bayi berusia setahun lapan bulan yang pernah dilaporkan media sebelum ini manakala satu di Pasir Mas melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun.
Katanya, sembilan mangsa yang sudah dijumpai dan disahkan mati lemas berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun dengan Kota Bharu melibatkan tiga mangsa, Pasir Mas (3), Tumpat (2) dan Kuala Krai (1). - KOSMO!
Angka korban di tempat lain seperti di Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Perlis saya tak dapat nak pastikan.
Sedia maklum, setiap kematian atau korban perlu dilaporkan kepada pihak berwajib samada pihak PDRM mahupun kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara. Ini adalah prosedur dan langkah biasa yang diambil seandainya terdapat kematian sah.
Ramai Sebar Angka Korban Banjir Menerusi Aplikasi WhatsApp dan Laman Sosial
Ramai yang menyebarkan informasi mengenai jumlah kematian dan korban banjir menerusi aplikasi WhatsApp serta laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Namun, angka-angka tersebut dan jumlah korban yang dinyatakan hanyalah angka yang dinilai daripada pemerhatian mangsa-mangsa banjir. Kesahihannya belum dapat dipastikan walaupun ramai yang mendakwa ia adalah benar.Saya ada terbaca beberapa status rakan-rakan di laman sosial yang menyatakan angka korban banjir di Kelantan dan Terengganu sangat tinggi dan menyedihkan. Saya tidak mahu paparkan di blog ini kerana khuatir ia boleh membawa kepada maklumat yang salah dan tidak sahih. Adalah tidak wajar bagi saya melakukan perkara demikian buat masa ini.
Saya pasti kerajaan sedang melakukan sedaya upaya mereka untuk mengatasi masalah ini.
Bencana banjir kali ini memang sesuatu yang tidak diduga. Ramai mangsa terlibat banjir sendiri mengakui bahawa mereka seolah tidak percaya apa yang telah berlaku. Anda boleh tonton video kemusnahan salah sebuah kampung di jajahan Gua Musang yang diambil sebaik sahaja air bah di kawasan tersebut mulai surut di sini - Video Kesan Banjir di Gua Musang Disember 2014
Melihatkan video tersebut, maka main kuatlah tanda tanya mengenai berapakah angka sebenar korban banjir yang berlaku sejak pertengahan Disember 2014 ini. Keadaan selepas banjir surut di beberapa kawasan terlibat ibarat dilanda tsunami besar sehingga rumah kediaman ada yang ranap, pokok tumbang, kenderaan terbalik dan hempap sesama sendiri.
Apapun, informasi terkini mengenai bencana Banjir 2014 ini boleh diikuti menerusi akaun Twitter Portal Bencana dan juga Facebook Informasi Bencana oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dan secara peribadi, saya sangat mengharapkan kepada pihak berwajib untuk segera umumkan angka korban keseluruhan sebenar banjir Disember 2014 untuk pengetahuan umum. Sesungguhnya ramai rakyat prihatin yang mahu tahu.
Kepada rakan-rakan semua, mari sama-sama tunjukkan prihatin kita kepada mangsa-mangsa yang terlibat; dan juga hormatilah mereka yang sedang menjadi sukarelawan dan pihak-pihak yang sedang bertungkus-lumus dalam operasi membantu, mencari dan menyelamat mangsa-mangsa banjir.
banjir kali ini memang antara yang terburuk dalam sejarah negeri kelantan dan Malaysia juga
ReplyDeleteyup memang teruk,,, saya tgok pun takot - kedaionlinemy.com
DeleteIM pun tertanya-tanya. Pengalaman kawan yang lalui banjir kat sana, dia kata maybe lebih pada angka yang disiar kat media.
ReplyDeleteAlhamdulillah sempat juga menyumbang sekadar yang termampu...
ReplyDeleteharap2 tak ramai...
ReplyDeletesalam takziah buat mangsa2
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.