Saya dan isteri memang teruja nak lihat Maira naik pentas graduasi tamat belajar Tadika Islam Perak. Nak lihat samada Maira berani naik pentas terima hadiah dan sijil atau sebaliknya. Sebelum ni, saya dan isteri ada pengalaman tak best dengan anak kedua, Zikri yang dah dua tahun tak naik pentas terima sijil tamat belajar Tadika Perpaduan.
Zikri anak kedua saya dua tahun belajar prasekolah di Tadika Perpaduan tajaan Jabatan Perpaduan Negara (JPN).
Hoho, memang saya sengaja letakkan mereka beza-beza sekolah tadika ni. Hasilnya memang agak ketara - antara masukkan anak ke Tadika Islam Perak dengan Tadika Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan Negara.
Beza Tadika Islam Perak dengan Tadika Perpaduan JPN
Saya tak mahu nak cerita lebih-lebih sebab ada pro dan kontra. Cuma nak highlight beberapa perkara, bersandarkan pengalaman peribadi saya dan wife hantar anak-anak ke tadika; dan dalam soal ini antara Tadika Islam Perak dengan Tadika Perpaduan JPN (bukan KEMAS).Tadika Islam Perak
- Maira lebih mudah bergaul dan senang bertegur sapa dengan orang sekeliling.
- Maira dah boleh tahu mengenai sholat, aurat dan baca doa dengan lancar.
- Maira boleh hafal ayat-ayat lazim Al-Quran dengan lancar.
- Maira tak segan nak ucap terima kasih, dan lebih berani tampilkan diri.
- Sifat menghargai, ehsan pada orang lain tinggi pada diri Maira.
Ketahui rahsia menjadi anak anda pintar dan cergas sebelum masuk ke Tadika - Tips Untuk Anak Pintar Cergas
Tadika Perpaduan JPN
- Zikri jadi penyegan.
- Zikri lebih atletik.
- Zikri pendiam di sekolah tetapi bising di rumah.
- Zikri agak kasar sesuai dengan karektor dia sebagai lelaki.
- Zikri panjang akal, ada sahaja benda yang dibuatnya yang buat saya geleng kepala.
- Pandai mewarna dan melukis.
- Lebih suka buat observation dari membuat tindakan.
Saya senaraikan yang benda-benda baik, yang kurang baik itu adalah kontra antara keduanya. Hoho, pandai-pandailah anda fikir dari point-point di atas.
Kenapa saya tulis entri ini? Ini adalah panduan am untuk anda yang mungkin akan masukkan anak ke prasekolah tahun akan datang. Pandai-pandailah pilih mana yang sesuai untuk anak-anak kerana didikan awal ini yang akan nanti mencorakkan peribadi anak dalam masyarakat.
Ini tanggungjawab ibu bapa, menyediakan jalan terbaik untuk kebaikan mereka dunia akhirat.
p.s: Tahun ni ketiga2 anak saya jadi orang pertama dalam kelas mereka naik pentas terima hadiah.
Comel anak-anak HH.... :D
ReplyDeleteanak2 HH ada berapa semua? - kedaionlinemy.com
DeleteWah menarik sekali perkongsian dari encik.
ReplyDeleteAnak2 memang suka observe, kemudian tabiat mereka akan terikut dengan persekitaran mereka, terutama ibu bapa..
ReplyDeletesalah satunya juga kadang perbezaan antara anak lelaki dan perempuan..
ReplyDeletebagus bro ada buat perbandingan seperti ini untuk panduan
ReplyDeletegood share...ida pun insyaallah akn hantar ank ke sekolah yayasan agama nnti..
ReplyDeleteBanyak faktur yang membezakan karektur anak-anak, bukan kerana Tadika Islam atau tadika JPN...
ReplyDelete... Jangan keterlaluan.
zaman sekarang parents dah kena mula fikir sekolah apa nak masukkan anak2. pilihan pun dah banyak. ^_^
ReplyDeletesalam nak tanya.yuran yang di kenakan semasa pendaftarn di tadika islam perak berapa ye
ReplyDeleteSetiap Tadika Islam bawah kelolaan Pejabat Agama Islam adalah berbeza yurannya. Puan boleh berhubung dengan mana-mana pejabat agama Islam Perak di kawasan puan untuk dapatkan butiran lanjut. In Sha Allah, ia tidak membebankan.
Deletesya baru nak hntr anak sulung ke tadika islam perak di kamunting...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.