Malang tidak berbau. Esok lusa bukan kita boleh jangka. Samada kita sudah bersedia dengan tidak sahaja. Dan keperluan untuk memiliki kad perubatan terbaik adalah sesuatu yang perlu difikirkan.
Orang dulu-dulu ada umur yang panjang. Kesihatan memang terbaik. Ada yang boleh jangkau umur sehingga 100 tahun lebih, tetapi sekarang, belum tiba umur 40 tahun, sudah ada macam-macam penyakit datang menyinggah. Kesihatan kita rapuh dengan perubahan masa. Tidak kira tua muda, kecil mahupun besar, sudah terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya, malah ada penyakit yang sebelum ini wujud pun kita tak tahu.
Kad Perubatan Terbaik
Ok.
Mungkin ada yang sudah tahu tentang wujudnya kad perubatan berbentuk skim takaful. Namun, ada pula yang masih lagi blur ... yang tidak tahu dengan tepat, dengan lengkap, dengan betul mengenai kad perubatan takaful ini. Alhamdulillah, ada yang prihatin, yang mahu memberikan kesedaran akan kepentingan mempunyai kad perubatan ini.
Ketahui Mengenai Kad Perubatan Terbaik dari BijakTakaful.com
Bijaktakaful.com ada informasi yang diperlukan untuk memahami mengenai kad perubatan takaful ini.Saya sendiri agak tersentak dan sedikit terkejut betapa banyaknya perkara yang saya tidak tahu mengenai takaful, mengenai kad perubatan yang boleh dijadikan pelaburan jangkamasa panjang yang akan meringankan beban apabila tiba ketikanya nanti.
Dan saya baru tahu bahawa bayi pun sudah boleh ada kad perubatannya sendiri!
Bijaktakaful.com akan membantu anda untuk memilih kad perubatan terbaik. Ia bukan sekadar memberikan info yang perlu untuk anda tahu mengapa perlu adanya kad perubatan tetapi memahami bagaimana kad perubatan itu benar-benar dapat membantu di saat anda memerlukan. Anda perlukan pengetahuan ini.
Tiga Golongan Memerlukan Kad Perubatan Terbaik
Seperti saya katakan di awal tadi, malang tidak berbau. Ada 3 golongan yang memerlukan takaful ini.- Mereka yang tidak mempunyai manfaat perubatan selepas tamat kerja atau pencen.
- Mereka yang tidak boleh jamin kesihatan yang baik sehingga mati.
- Mereka yang tidak tahu atau kurang berupaya menjaga kewangan sendiri.
Belanja perubatan mahal sekarang ni. Tahukah anda, jika ada kad perubatan, anda boleh dapatkan servis perubatan terbaik dan manfaat kesihatan sehingga puluhan ribuan ringgit walaupun jumlah caruman dalam takaful tak sampai pun ratusan ringgit?
Bayangkan.
Apa akan berlaku jika tanpa kad perubatan terbaik, anda terkena penyakit yang perlukan rawatan sehingga ribuan ringgit? Adakah wang simpanan anda yang ada mampu untuk membayar kos tersebut sehingga anda benar sembuh? Berapa gaji anda? Bagaimana jika ambil masa berbulan-bulan? Bagaimana dengan keluarga anda?
Bayangkan.
Gaji anda yang sebelum ini untuk menyara keluarga, bayar bil air dan eletrik, telefon dan sewa rumah terpaksa digunakan untuk rawatan penyakit dan kesihatan anda? Habis, keluarga anda, anak-anak anda, persekolahan mereka, belanja dapur?
Fikir.
Ada yang mungkin tidak nampak kebaikan kad perubatan ini sehingga malang sudah pun menimpa diri. Siapa pun tak mengundang perkara buruk terjadi kepada diri dan keluarga, tetapi setidak-tidaknya kita sudah ada perancangan ke arah memastikan segalanya nanti akan dilindungi dan bebas masalah.
Mahu tahu lebih lagi mengenai kad perubatan terbaik, manfaat yang akan anda dapat, dan memberitahu pada diri bahawa inilah masa untuk anda menyediakan sesuatu untuk masa depan, maka saya syorkan anda untuk layari BijakTakaful.com. Dapatkan bantuan dari mereka yang arif mengenainya, fahami betul-betul supaya apa yang anda mahu, anda akan dapat sesuai dengan keadaan semasa anda dan keluarga.
Dapatkan pelan kad perubatan terbaik untuk diri dan keluarga anda di BijakTakaful.com; dan pastikan ia sesuatu yang bukan satu bebanan tetapi keuntungan untuk anda buat masa sekarang dan untuk esok, in Sha Allah.
Satu perkara penting yang saya belajar mengenai kad perubatan terbaik dari BijakTakaful.com ini .... iaitu jangan jadi mangsa keadaan!
ibarat sediakan payung sebelum hujan medikal kad ni. bila2 masa saja kita atau keluarga kita boleh sakit.
ReplyDeleteMemang benar satu keperluan malahan dah jadi wajib memilikinya kerana zaman sekarang ni mcm2 boleh berlaku kat kita tanpa diduga....
ReplyDeleteBaru tahu kewujudan kad ini :) Nice info ^^
ReplyDeletebanyak pilihan sekarang,semua terbaik untuk masa depan
ReplyDeletetapi kena teliti dahulu sebelum pilih kad mana yang beri kita banyak kelebihan
ReplyDeleteyeap takaful tu penting cuma perlu pilih n selidik agen. takut tertipu. zmn skrg ramai terdesak dan sanggup menipu utk wang atau meraih simpati.
ReplyDeletebukan saje kena perlu selidik agen, tapi takaful itu sendiri, jangan terkejut kalau saya katakan terlalu banyak produk takaful tapi sebenarnya di belakangnya adalah konvensional, penerimaan duit melalui sistem takaful tapi pengurusan adalah insurans konvensional, kena fahami dengan betul apa maksud sebenar takaful itu sendiri beza dengan konvensional, tapi di Malaysia ini yang berlaku.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.