Layakkah saya menjadi sifu blogger? Bukan gelaran diminta tetapi nampak gayanya kena pasrah jua. Hakikatnya ialah saya hanya blogger biasa seperti anda. Segalanya tidak dirancang. Saya harapkan yang lain, tetapi lain pula jadinya.

Sebelum ini, ada kata saya pakar SEO Malaysia, walhal diri saya hanya aplikasikan sahaja teknik SEO yang pakar sebenar kongsikan. Mereka anggap saya begitu bila sudah kerap melihat entri dan blog post yang ditulis di blog ini berada di top rank Google. Walhal ramai lagi blogger hebat yang juga berjaya menempatkan entri dan penulisan blog mereka di top carian Google, malahan di Yahoo Search.
Layakkah Menjadi Sifu Blogger?

Layakkah Menjadi Sifu Blogger?

Ilmu berkaitan SEO ini luas dan tidak berpenghujung. Ia dinamik dan sentiasa berubah. Hari ini mungkin anda akan nampak entri yang saya tulis berada di top enjin carian, tetapi esok lusa mungkin hasil penulisan orang lain pula. Berada di atas mudah, nak kekalkan ia di atas itulah yang sukar.

Kejayaan saya menang beberapa kontest SEO bukan kerana saya seorang pakar SEO Malaysia, dan bukan juga kerana saya dianggap sebagai Sifu Blogger. Tetapi disebabkan ilmu yang saya cari diamalkan tanpa jemu, dan dengan konsisten saya terapkan menerusi blog yang dimiliki.

Alhamdulillah, berkat ilmu yang ada, saya bantu orang lain untuk dapat habuan daripada teknik yang saya gunakan. Entri advertorial yang saya tulis untuk beberapa usahawan online alhamdulillah, memberikan mereka senyuman, sehingga saya sendiri tidak sangka.

Ramai yang telah meminta saya menulis review dan advertorial berkaitan jenama dan produk telah berpuas-hati dengan hasil tulisan saya.

Layakkah saya menjadi sifu blogger? Buat masa ini perjalanan masih jauh untuk saya dilabel sebegitu dan jadikan ia satu jenama buat blog ini. Saya sudah sangat bersyukur bila blog ini sudahpun memiliki branding sendiri dengan pendekatan Panduan Blogger dan Panduan Blogger Blogspot. Dengan lebih 5000 entri berkaitan tips blogging, panduan SEO dan sebagainya, in Sha Allah, saya harapkan ia sedikit sebanyak bantu ramai lagi blogger Malaysia berjaya.

Blog Bukan Sekadar Panduan Untuk Blogger Blogspot

Mungkin ada yang kurang tahu, bahawa saya juga menulis entri berkaitan diri saya sebagai seorang house husband. Saya juga berkongsi pengalaman bercuti bajet ke sana sini di Malaysia, malah saya sering kongsikan resepi mudah untuk diikuti pembaca dan pengunjung blog ini. Semua itu adalah sebahagian dari kisah hidup saya sebagai blogger sepenuh masa.

Bukan mudah. Tetapi tidak mustahil.

Anda yang masih baru mungkin terkial-kial untuk menempatkan diri dalam dunia blog Malaysia, namun bersabarlah, waktu dan ketika untuk anda akan ada juga. Yang di atas tak selamanya di atas, mereka mungkin akan meninggalkan dunia blog ini satu hari nanti termasuklah saya.

Blog ini in Sha Allah akan terus hidup untuk memberikan sesuatu yang terbaik buat blogger Malaysia, tidak kiralah yang baru mahupun lama. Ilmu yang ada ini adalah ilham Allah Taala, dan in Sha Allah, selagi ada yang praktikkannya ia akan hidup dan beri manfaat pada mereka yang perlu.

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tapi memang layak pun... sebab banyak yang nadia aplikasi kan tutorial yg bro kongsikan kat sini dalam blog nadia..alhamdulillah menjadi

    minta halalkan ilmu tu ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, perkongsian adalah untuk semua. Saya hanya menyampaikan sahaja.

      Delete
    2. walaupun dah hebat,, tapi tetap rendah diri :-) - kedaionlinemy.com

      Delete
  2. memang layak... orang lain pun layak jugak... tapi anda sifu bagi segala sifu blogger ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk .. terkedu saya. Jauh panggang dari api tu.

      Delete
  3. Ye, mmg boleh menang sbb yg btul2 pakar tak ada masa nk join contest2 seo sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, contest ni hanya untuk newbie seperti saya untuk uji diri dan pengetahuan dalam bidang penulisan serta teknik SEO. Bila ada bukti, in Sha Allah, barulah boleh kongsi tips dan panduan ...

      Delete
  4. sifu bermakna guru
    setiap orang berilmu menjadi guru kepada yang tidak
    sifu tuan hasrol ... mengapa tidak?

    ReplyDelete
  5. memang layak pun jadi sifu,banyak kepakaran dapat dilihat dari tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepakaran disebabkan oleh pakar2 lain yang sudi kongsi ilmu mereka yang Allah S.W.T berikan.

      Delete
  6. Bro adalah antara idola blogger saya :-) memang banyak ilmu dapat jumpa dalam blog bro hasrul ni :-) best dan terbaik - kedaionlinemy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lalu terus ingatkan saya untuk bersara menulis bab-bab ini dalam blog.

      Delete
  7. yup..memang tak dinafikan..salute lu bro..:D

    ReplyDelete
  8. haaii abg HH, tunujuk ajarku sifu >_<

    ReplyDelete
  9. seorang guru yang mengajar kadangkala tidak dianugerahkan gelaran guru.Tapi kalau HH dah banyak mengajar kita tentang banyak perkara,anggaplah HH seorang guru juga.Tak gitu?

    ReplyDelete
  10. ni sifu teman ni.. tak lokek berkongsi pendapat, nasihat.. walau dah popular still layan soalan-soalan dari blogger baru dan lama .. tq sifu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement