Dalam dunia online, terutama dalam dunia blog Malaysia, ramai yang sudah nampak serta buka minda mengenai peluang untuk buat duit online menerusi blog. Siapa yang telah mendapatkan ebook Buat Duit Dengan Blog sudah tentu nampak cara dan kaedah yang pelbagai untuk jana income menerusi blog.
Lemah Semangat Kerana Persepsi Orang Lain
Saya tidak boleh nak persalahkan mereka. Itu persepsi mereka yang tidak berada di tempat di mana saya dan anda (blogger) berada sekarang. Mereka cuma faham apa yang mereka telah tahu sahaja. Minda mereka belum lagi disumbatkan dengan idea bahawa internet adalah lubuk duit yang tidak terbatas, malah boleh menjadi mesin duit jika betul cara dan jalannya.Ada antara kita yang lemah semangat kerana persepsi orang lain ini. Tidak boleh tidak, akan ada rasa kebimbangan dan rasa was-was. Namun, jika anda benar yakin kena tetap teruskan apa yang anda telah mulakan, kecuali anda telah berasa tersungkur dan terjatuh. Kita takkan tahu apa yang kita buat itu betul selagi tidak sampai ke tahap di mana ia akan menyedarkan.
Saya faham akan ada yang takut-takut, namun itu adalah kehidupan kini. Berani ambil risiko adalah satu laluan ke arah kejayaan. Lihatlah mereka yang kini berjaya, jalan mereka ke arah kejayaan bukan mudah, mesti kena lalui ranjau berduri. Mahu berjaya, kena rasai getir dan perit.... jika tidak takkan tahu apa yang benar, apa yang tidak.
Mana Datangnya Persepsi Negatif?
Orang yang melemahkan semangat ini kadangkala datangnya dari mereka yang kecewa, tidak kurang juga dari mereka yang tidak pernah mencuba. Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah berusaha ke arah kejayaan dengan usaha yang betul. Diri kena buktikan bahawa apa yang dibuat ini adalah benar dan bukan kerja sia-sia.Saya sering ingatkan diri, bahawa blog boleh menjadi sumber income seandainya kita didik diri untuk memberikan lebih daripada sekadar buat duit online. Blog perlu dijadikan tempat untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat. Pengetahuan dan ilmu serta info mengenai apa yang mereka tidak lagi faham.
Persepsi - Mana logik orang jana income online tanpa modal
Orang akan baca blog untuk tahu pengalaman kita, mereka mahu tahu bagaimana dan bagaimana serta bagaimana. Selagi mereka tidak tahu bagaimana, persoalan mereka tidak akan terjawab, dan seterusnya mereka akan kekal dengan persepsi lama mereka. Dan kerana persepsi orang lain inilah, mereka yang mahu bergiat aktif dalam dunia online boleh dirapuhkan semangat yang ada sehingga akhirnya putus asa dan kekal di takuk lama.
Mahu berjaya dalam dunia online, kena hilangkan persepsi ini.
macam bro titan cakap orang nak kan bukti terpapar depan mata
ReplyDeleteSebab tu dia mula tunjukkan income buat duit online di blognya, bukan untuk dabik dada atau bangga tapi nak senyapkan persepsi orang.
Deletebiarkan kata-kata negatif itu mengalir pergi....
ReplyDeletehye orang atas,, kata2 negative tu nak mengalir kemana? hahaha - kedaionlinemy.com
ReplyDeleteMengalir ke hulu orang dulu dulu kata..
ReplyDeleteMulut orang memang susah nak tutup, kalau mulut tempayan senang aja.
Bukan setakat orang ramai tak percaya, kerani bank yang kita nak cash out Google Adsense pun susah nak percaya hehe
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHurmm... hoho.. bagi aku lah kepercayaan itu datang dari dalam diri masing-masing. Kalau ikutkan pengalaman aku sendiri.. aku dah mula belajar buat duit dengan blog secara suka-suka sejak tahun 2007 lagi bermula dengan adsense. Nak kata gagal itu tidak juga.. berjaya pun.. tidak juga.. kira tengah-tengah lah..haha.. walaupun dah tak terhitung kegagalan aku.. tetapi sedikit pun aku tak terfikir nak salahkan sesiapa..mungkin kelemahan itu datang dari diri aku sendiri.. Sejak 2 tahun lepas barulah nampak hasil kerja-kerja 5 tahun lalu dan makin hari akan ada income yang masuk. Pada pandangan aku yang dangkal ini..usahlah cepat putus asa dan terus menyalahkan pihak lain atas kegagalan kita..mungkin nasib belum menyebelahi kita.. penting sekali kena sentiasa kekalkan momentum..dan beri semangat positif pada rakan-rakan blogger lain.. :)
ReplyDeleteYeah. Satu komen yang sangat positif. Terima kasih.
DeleteMenjadi seorang blogger itu adalah salah satu pilihan hidup. Jadi perlu adanya keseriusan di dalam menjalankannya.
ReplyDeleteorang Melayu je sebenarnya yang berfikiran negatif terlebih dahulu apabila melakukan sesuatu yang baru bagi mereka.Contohnya kalau nak berniaga online, perkara pertama yang mereka mengeluh..susah..leceh nak daftar itu ini.susah nak dapat customer, kena buat iklan semua...
ReplyDeletesemua tu alasan..dan satu cara nak hidup ke zon selesa semula.kalau bangsa lain, kebanyakannya akan cuba menyelesaikan masalah yang ada..bukan risau masalah yang tak lagi datang..itu yang jarang ada pada orang Melayu..terutamanya Malaysia..tak ramai yang berfikiran terbuka dan berpandangan ilmu diinternet itu luas...
persepsi negatif wajib mereka tanamkan dahulu disebabkan pengaruh orang terdahulu..
Ya, itulah yang berlaku di sekeliling, ada yang pandang sebelah mata bila gua pakai baju "I make money online" ... hoho.. depa ingat skim cepat kaya.
Deletebetul tu bang..susah nak argue dgn org yg sentiasa berfikiran negatif.. btw , takpe..kita tak perlukan pon support dr orang2 yg mcm ni
ReplyDeleteBlogger pun kena ada modal juga untuk bayar bil internet.
ReplyDeletehaa persepsi ni lah yang takkan boleh hilang. sobss
ReplyDeletelemah semangat tu tidaklah...cuma fuhh...kesat peluh sekejap tu adalah...biasalah...semua perkara ada masalahnya
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.