Ia juga bermaksud jumlah bytes yang perlu diproses satu-satu komputer di dalam pelayar internet anda untuk loading blog. Semakin besar nilai bytes, dan semakin banyak kod HTML di dalam blog,maka semakin lambatlah blog anda untuk loading. Loading bermaksud memuatkan blog anda di pelayar internet seperti Internet Explorer, Crome mahupun Firefox.
Page Weight Teknik SEO Asas
Kadar loading blog yang pantas adalah satu kelebihan dari segi teknik SEO. Mana-mana blog yang jumlah bytes nya kurang daripada 500 KB adalah yang bagus, dan paling terbaik adalah di bawah 150 KB. Itu sebab bila mula-mula buat blog sendiri dengan blogspot, rangka atau template blogspot anda simple je, yang memang sudah terbaik dari segi page weight ini.Bagi blog baru, sangat penting ambil kira bab page weight ini jika mahu blog berada di dalam enjin carian Google. Ia merupakan teknik SEO asas - memastikan blog anda ringan dan mudah dicapai.
Antara faktor yang menyebabkan saiz blog besar ialah penggunaan gambar, jumlah pautan luar (http), jumlah javascript yang digunakan (selalunya widget) dan juga cara koding HTML anda disusun di dalam template blogspot anda.
Saya pernah beritahu sebelum ini, pastikan ruangan di dalam HTML blogspot anda tidak ada ruang kosong. Mampatkan ia selagi boleh. Jika di dalam Wordpress, ada plugin tertentu boleh digunakan, tetapi untuk blog blogspot seperti blog ini (www.hasrulhassan.com), kena buat cara manual ini - hilangkan ruang kosong.
Guna SEO Centro untuk Analisis SEO Blogspot
Cuba anda periksa page weight blog anda di sini - SEO Centro - SEO Analyzer dan lihat hasilnya. Cuba fahami apa yang disyorkan untuk mantapkan blog dari segi SEO.Haha... jika anda curi2 tengok keputusan untuk blog ini, anda akan dapati bahawa blog ini alami nasib yang kurang baik kerana mendapat skor yang rendah dari segi kepantasan untuk loading blog.
Jadi, bagaimana blog ini boleh atasi masalah untuk berada top di enjin carian? Haa .. yang itu, anda kenalah rujuk entri-entri saya yang lain berkaitan teknik SEO. In sha Allah, anda akan dapat jawapannya, dan salah satunya ialah jumlah backlinks yang diberikan kepada blog ini. :)
Untuk mendapat backlinks yang banyak, salah satu caranya ialah kekalkan momentum blog, dan pastikan blog anda wujud seboleh-bolehnya sampai .... sampai bila-bila.
dah check,, page saya dapat 69 score jer :-( btw,, tq info ni yer - kedaionlinemy.com
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ilmu ini.
ReplyDeletenampaknya masih banyak yg perlu diperbaiki pada blog aku
ReplyDeleteBanyak nk kne blaja ni...terima kasih HH...
ReplyDeleteTerbaik sifu, dah dapat list backlink
ReplyDeleteScore 46 je..banyak lagi kena baiki nie..
ReplyDeletescore 69 je.. nk kene banyak blaja lagi ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.