Big Bad Wolf 2014 merupakan pameran dan jualan buku yang membariskna sebanyak 3.5 juta buku pelbagai judul dengan diskaun sehingga 95 peratus. Big Bad Wolf diadakan di MIECC, The Mines, Seri Kembangan bermula 5 Disember 2014 tanpa henti selama 278 jam siang dan malam. Pameran dan jualan buku Big Bad Wolf akan berakhir pada 9 malam 16 Disember 2014.
Pengalaman Menarik Big Bad Wolf 2014
Saya juga baru tahu yang rumah blogger hebat Denaihati berada berdekatan dengan lokasi pameran. Cuma saya tidak kesempatan sahaja untuk teh tarik dengan blogger hebat Denaihati Ilhamku. Jika ada yang mahu ke sana, dan tidak tahu cara-cara, boleh rujuk entri Denaihati mengenai Big Bad Wolf 2014.
Tips Beli Buku Big Bad Wolf 2014
Saya nak kongsikan sedikit tips untuk beli buku-buku hebat yang dijual diskaun sehingga 95% di Big Bad Wolf 2014.- Bawa beg sendiri untuk mudah anda pilih buku-buku kegemaran anda - beg pakaian beroda disyorkan atau bakul beroda. Kotak ada disediakan tetapi sukar nak angkat nanti bila buku sudah banyak dipilih.
- Lihat tag harga sebenar buku yang mahu dibeli di belakang, jangan sampai anda terbeli buku yang harganya jauh lebih murah daripada harga tag Big Bad Wolf 2014. (Saya terkena dah..)
- Pilih buku-buku yang kulit keras kerana buku-buku ini kualiti terbaik.
- Pilih buku-buku dengan cermat, dan semak setiap muka surat untuk lihat sebarang kecacatan.
- Buat pemilihan kali kedua supaya anda tidak terbeli buku-buku yang tidak akan dibaca. Hanya pilih buku yang anda yakin akan baca sehingga habis.
- Jangan tamak, supaya anda tidak membazir.
- Bandingkan harga antara buku dan kualiti, walaupun harganya serendah RM5 senaskah.
- Datang awal pagi atau datang selepas jam 10 malam untuk elak kesesakan ke lokasi.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan, in Sha Allah.
Pasti banyak buku yang menarik..
BalasPadammemang terdapat banyak pilihan di BBW dan memang setiap kali berlangsungnya BBW ianya tidak mengecewakan...
BalasPadambetul tu bang... beli buku yg sure kite akan abes baca... sebab masa pesta buku awal tahun lepas, kemain beli buku banyak.. bacanyee tidakk..heeee...
BalasPadamMungkin akan ke sini lagi nanti
PadamMungkin akan ke sini lagi nanti
Padamtak dapat nak pergi walaupun sebelah rumah je. adohai.
BalasPadambanyak pilihan buku kat situ. Kena buat pilihan betu-betul ni
BalasPadamkalau aku mungkin ambil masa untuk memilih sebuha buku..kena teliti gaya bahasa yang kita minat dan yang penting isinya
BalasPadamwahh memang dah lama dah teringin nak pergi sana, tp tak dapat jugak T-T
BalasPadamRugi saya tak dapat datang situ.... sebab saya hantu buku tapi syukurlah anak saya yang belajar di Bangi berkesempatan ke situ dan belikan saya buku2 yang saya suka... katanya murah!
BalasPadamMemang rambang mata dibuatnya. Serius rasa macam nak beli je semua buku yang ada tapi tgk bajet ... kena tangguh dan pilih mana yang benar2 nak baca.
PadamSaya pun pasti tidak melepaskan peluang untuk mencari buku buat anak-anak serta diri sendiri. Nak grab banyak-banyak buku pasal kesihatan, senang nak update blog nanti.hehe
BalasPadamada kat Ipoh aritu, tapi tak sempat nak pergi..ada hal lain plak
BalasPadamTak pernah lagi dapat pergi kat sini. Teringin. Nak borong komik bebanyak. Huaaaaa
BalasPadamHaha. Dok dekat pun tak gi ke? Saya mai dari Penang ni ... :P
PadamDah lepas le pulak...bile dan bagaimana nak tahu info pameran atau karnival mcm ni lagi ye...
BalasPadamRambang mata ni, dah lama tak berkunjung ke pameran buku..
BalasPadamDekat rumah je. puashati cari buku kat Big Bad Wolf.
BalasPadamterimaksih tip dan backlink tu.
encik denaihati duduk balakong ke?hehehe..main agak-agak je ni..
Padamsaya tak sempat lagi ke sana...mudah2an kali ni sempat la nak ke sana...^_^
BalasPadamPasti banyak buku yang penuh ilmu yang menarik :)
BalasPadamKalau pompuan yang giler novel, memang leh gila datang Big Bad Wolf ni .. hahaha
Padambelum berkesempatan hendak ke sini lagi.
BalasPadamBestnya kalau tinggal area sana. T_T
BalasPadamyang suka baca buku mcm saya ni mmg kecewa sgt sebab tak dpt pergi.
BalasPadamPenat jalan cari makan. Sedih makanan pun habissss.
BalasPadamTeringin nak pegi ngan hubby... tp die xminat buku-buku nih! Nak pegi ngan adik yg tgh study, die sebok ngan project degree aje! Adoii... saya sgtlah gila buku!
BalasPadambanyak buku novel je, buku bisnes bahasa melayu tk byk. Kalau beli buku mat salleh memang tk terbaca la...
BalasPadamKalau sy menaiki ktm..stesen yang terdekat sy boleh turun stesen ape eaa..
BalasPadamSaya rasa Sri Kembangan kot .. leh Google Map tu ... :)
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.