Anonymous yang komen di blog-blog blogger Malaysia adalah pengecut. Saya takrifkan mereka sebagai manusia yang hanya tahu baling taik dan kemudian lari sembunyi tangan. Tak tahu samada jantina lelaki atau perempuan, jadi boleh ditafsirkan sebagai seorang tanpa kemaluan.

Kenapa perlu takut mendedahkan kebenaran menerusi topeng tanpa identiti? Jika pengomen berniat baik, dia tidak akan menyembunyikan identitinya, malah seandainya saya membaca komen tersebut yang tidak berpihak, in Sha Allah .... saya tentu akan highlight untuk pengetahuan mereka yang masih tidak faham (terutama saya). Tapi mereka sendiri kurang yakin akan fakta dikemukakan.

Pengomen Anonymous Adalah Pengecut

Pengomen Anonymous Adalah Pengecut

Saya katakan kurang yakin sebab mereka tampil secara anonymous. Itu tanda ia tidak pasti bahawa kebenaran berpihak padanya.

Saya faham pengomen anonymous ada hak untuk berkata sesuatu, saya tidak nafikan, malah saya sangat-sangat alukan komen-komen yang punyai fakta dan sumber nyata lengkap lagi sahih. Saya manusia ... tentu ada khilaf dalam pengisian blog post saya.

Hmm ... jika saya nak bersyarah pasal pengomen anonymous ni .. memang sehari suntuk takkan habis.

Saya mahu menghormati setiap komen yang ditinggalkan, tetapi bila muncul sebagai manusia pengecut tanpa jantina ni ... saya hilang segala respek.

Jadi Anonymous Sebab Tidak Yakin

Kebanyakan anonymous yang suka tinggalkan komen selalunya akan memberikan komen bersifat negatif, memang dasar mencalit najis .... sampai lupa najis sendiri sudah banyak terpalit pada diri. Serius, saya adakala hilang sabar dengan pengomen anonymous ini.

Namun, saya bukanlah orang yang menidakkan fakta atau kebenaran jika ada diberikan di dalam komen yang ditinggalkan oleh anonymous ini. Saya sering sahaja membiarkan komen-komen itu masuk walaupun ianya terlebih dahulu ditapis ... saya mahu pembaca dan pengunjung menilai sendiri.

Apapun, saya harapkan mana-mana individu samada ada telur atau tidak, berjantina atau tidak ... kalau boleh beranikan diri tampil dengan identiti, dan komenlah sepuas hati anda ... in Sha Allah ... saya akan terima seadanya dengan hati terbuka dan minda cergas .. hoho.

27 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sangat setuju..kalau nak komen...tunjukkan sekali sape empunya komen tu..tu pasal ramai keyboard warrior je lebih..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak faham kenapa mereka tak mahu tampil jika mereka yakin dengan kebenaran yang dibawa .. adeh.

      Delete
  2. klau nak tgok komen anonymous ni banyak kat blog artis,,, pasti banyak mengutuk - kedaionlinemy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm blog-blog biasa pun ada ... lagi2 blog-blog yang dah popular tu ... cuma pemilik blog tak tampilkan je.

      Delete
    2. tengok kat blog roti kaya,,, mmg sakit bila baca haha - kedaionlinemy.com

      Delete
  3. Kalau mengutuk itu pengecut dan kalau komen yang baik-baik je itu pemalas..:)

    ReplyDelete
  4. kenapa nak takut lak.. tunjuk ja diri sndri tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Berani berkata-kata ... di ruang orang lain, kenalah bertanggungjawab .. ye tak?

      Delete
  5. begitulah En. Hasrul, manusia ni berbagai ragamnya..pelbagai sifat dan fesyennya..kita doakan semoga Anonymous ni diberi hidayah dan petunjukNya..

    ReplyDelete
  6. saya x open ruangan anonymous. pasal malas nak tapis komen termasuk komen spam yg begitu byk. dulu sy ada chatbox, di situ anonymous luahkan perasaan kexpuasan hati. kengkdg komen anonymous mmg annoying. haha. malas nak layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm, pernah tak buka untuk annon, akibatnya kosong je entri tak ada siapa nak komen .. hahaha

      Delete
  7. Anonymous ramai di blog-blog niche politik.
    Contoh di blog Paneh Miang
    Yang lebih menarik blog owner lepaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owner lepaskan mesti ada sebab .. macam saya juga .. ada sebab saya benarkan komen annon ini di dalam blog.

      Delete
  8. Memang pengecut kan! ;D

    ReplyDelete
  9. inilah yang di katakan baling batu sorok tangan. sebenarnya berbalik kepada niat. majoriti yang komen anonymous ni lebih kepada untuk timbulkan provokasi atau sekadar pelengkap untuk jadi batu api. tapi tak di nafikan ada juga yang bagi pendapat yang bernas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada pengomen annon yang bagus, saya sendiri pernah terima banyak komen yang bagus, berikan tips terbaik dalam blogging dan cara buat duit online.

      Delete
  10. biasalah tu, ada je yang tak puas hati..

    ReplyDelete
  11. Exactly!... couldn't disagree on this... kalau dah terror sangat tunjuk la muka & nama sebenar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm .. betul tu. Rasanya ramai yang begini adalah orang yang suka bercerita tapi takut nak hadap realiti.

      Delete
  12. dekat blog aku pun benarkan encik anon nie berikan komen..tetapi setakat ini lebih banyak yang berikan komen positif..dan kalau ada yang berikan komen negatif tanpa simpati gua padam je

    ReplyDelete
  13. Anon nie bukan setakat tak yakin, tapi diorang tak mau orang condemn diorang balik kalau pendapat diorang tak kena pada pandangan kita. Memang tak berani nak berdepan dengan kritik orang lain. Dia kritik boleh, kita kritik, dia marah.

    ReplyDelete
  14. kebanyakan komen anonymous memang negatif...memang pengecut...geram je bila baca komennya...tapi blog saya open je untuk sesiapa komen...ada juga komen anonymous yang positif...tapi jarang la...kebanyakannya memang negatif je...

    ReplyDelete
  15. bese la..depa ni ni semua konon nak nampak bijak dan konon bangga sebab tak boleh dikesan..

    ReplyDelete
  16. sangat setuju . sesedap je komen macam2 , mentang2 oang tak tahu siapa dia

    ReplyDelete
  17. Sangat setuju.. LeYa sendiri pun kadang nak tahu siapa dorang ni.. selalu je komen ntah pape

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement