Ada sahaja cerita sebegini ditayangkan, lepas satu ... satu. Sampai kadangkala boleh menimbulkan permasalahan pada anak-anak yang turut menonton. Ibu bapa kena jadi pemantau dan lakukan pemerhatian rapi agar kepercayaan soal akidah anak-anak tidak terpesong. Jadi, berhati-hati bila menonton filem dan drama genre begini. Selain boleh akibatkan pemahaman yang mengelirukan, pastikan anda tiada sakit jantung atau dalam keadaan 9 bulan 10 hari yang menanti masa.
Siri Bercakap Dengan Jin Tamar Jalis
Ok. Itu kisah sekarang. Hmm pernah dengar nama penulis ini - Tamar Jalis? Nama ini cukup sinonim dengan karya-karya seram penuh mistik, melibatkan penceritaan alam ghaib yang misteri. Saya sendiri pernah membaca beberapa novel tulisannya, dan kisah novelnya adalah bersambung-sambung dan dikenali ramai sebagai Siri Bercakap Dengan Jin.Sesapa sezaman dengan saya, tentu sedia maklum akan buku ini. Tak tahulah saya samada masih ada lagi cetakan dibuat untuk keluaran siri ini. Saya setakat ini belum terjumpa lagi. Mungkin di sesetengah tempat, buku ini masih boleh diperolehi. Kalau tidak silap sayalah, di Pasar Karat ada dijual lagi buku novel Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis ni.
Blog Tamar Jalis Sudah Tiada
Pada tahun 2011, saya ada promo satu blog ni, yang memang ditulis kembali cerita Siri Bercakap Dengan Jin, tetapi sudah dah tak aktif lagi. Ada sejumlah jilid dibuat; dari jilid 1-8, dengan punyai lebih kurang 100 lebih bab. Uhh memang puas membacanya. Membaca secara online mungkin tak seseram bila anda baca buku originalnya di malam hari di dalam bilik keseorangan ... tapi ... memang best.Siapakah Tamar Jalis?
Mungkin ada yang tidak berapa kenal siapakah Tamar Jalis ini. Tamar Jalis atau nama sebenarnya Ahmad@Mohd Radzi bin Mahmud telah menghasilkan lebih 284 Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ), 16 daripadanya sudah dibukukan. Siri ini telah dijadikan salah satu siri popular di dalam majalah Variasari. Populariti Siri Bercakap Dengan Jin ini telah melariskan majalah Variasari terbitan Variapop sehingga pernah diterbitkan sebanyak 120,000 nashkah pada era tahun 80an.Jualan novel SBDJ menurut kajian seorang profesor iaitu Prof Adnan Nawang adalah melebihi sejuta naskhah. Siri novel SBDJ memang dah lama ada, sejak saya sekolah rendah lagi dah ada. Ia sudah popular sejak tahun 1981 hingga 2005.
Hebatnya Tamar Jalis, ia popular dengan nama pena selama lebih 30 tahun. Sebelum tu, tiada siapa yang benar tahu siapakah Tamar Jalis. Tamar Jalis adalah nama samaran Ahmad Mahmud yang diambil daripada satu nama jin yang terdapat dalam Hikayat lnderaputera yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu lama.
Identiti Tamar Jalis Didedahkan 2011
Identiti Tamar Jalis didedahkan kepada umum pertama kalinya semasa diadakan satu wacana bertajuk “Memperkasakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor” pada 20 Jun 2011 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak, di Ipoh.Kalau yang mungkin tidak arif mengenai buku novel Siri Bercakap Dengan Jin ini, mereka akan anggap ia sebuah kisah tahyul berkisar dunia makhluk jin, walhal ia lebih dari itu. Novel ini sebenarnya bersulam cerita mengenai dunia perubatan Melayu, malah ada beberapa tips perubatan masyarakat lama diselitkan termasuklah petua orang Asli dari Tok Batin.
Jika anda pernah membaca siri novel SBDJ ini, anda juga akan perasan yang novel ini turut menyertakan sejarah, ilmu persilatan, psikologi, kosmologi masyakarat Melayu lama. Malah diselitkan jampi serapah, ayat-ayat pelindung dan diberikan juga petua-petua lama untuk memerangi dan menewaskan iblis dan syaitan daripada menganggu manusia.
Tok Awang Ngah?
Mungkin ada yang tidak tahu, selain dari Tamar Jalis, ada lagi seorang penulis novel seram yang boleh saya katakan popular dan novelnya juga laris seperti Siri Bercakap Dengan Jin. Orang yang saya maksudkan ialah Tok Awang Ngah.Beza dengan SBDJ, karya Tok Awang Ngah nampak lebih realistik kerana ia didakwa bersandarkan kepada pengalaman penulis sendiri. Jadi, jalan cerita dia agak menarik sedikit dari padangan sayalah. Malah, anda akan nampak beza paling ketara ialah selitan ayat-ayat Al Quran bagi hapuskan dan hindari gangguan Jin dan Syaitan, yang banyak sekali ditulis.
Ada sesiapa sini minat siri-siri cerita seram Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis dan juga novel dari Tok Awang Ngah? Boleh komen kongsikan rasa.
Sumber dan Kredit: Forum Cari
buku kegemaran juga ni pada zaman budak2 dulu
ReplyDeleteSaya siap sorok bawah tilam ni .. tak nak sepupu rembat.
Deleteakak antara peminat buku Tamar Jalis..peuh almari koleksi buku2 dia,tapi oleh kerana ramai yang meminjam tanpa memulangnya...kini hanya koleksi Majalah keluarga dan majalah Mastika je yang menghiasi sudut almari buku akak
ReplyDeleteTamar Jalis....Siri Bercakap Dgn Jin,karya terbaik novel sepanjang zaman,,
ReplyDeleteAntara novel bersiiri paling lama dan paling panjang diterbitkan di Asia Tenggara, malah di Asia sendiri.
Deletememang minat betu baca & kumpul buku ni....sejak maktab lagi..bila balik k rmh stlh tamat pengajian..bawak balik smua buku2..
ReplyDeletetp skrg tinggal kngan...buku2 koleksi dah x de..d pnjm xd plgkan...x tahu sapa..sbb dulu btugas d tmpt lain...
skrg kena pulak cari on9..setakat ni..saya dah print out smpai 3 buah buku..mmg ink printer guna sekali saja...
anyway..mmg minatlah dgn TJ & Tok Awang Ngah...
kalau sesiapa yg tahu lmn web on9 siri2 cerita kedua2 penulis ni..blh tlg bagitau..x nak ktinggalan...tq
Ada laman web yang sediakan pautan pada novel2 ni .... kena pandai cari. Saya sendiri dah muat turun 4 siri pertama novel ni.
DeleteSaya memang peminat Tamar Jalis dari sekolah lagi sekitar 1987...lagipun cerita beliau memang benar...knapa saya kata benar...kerana kisah beliau byk berlaku di daerah kg saya..sempadan Pahang dan N S.seperti di Mentaus.Jejawi. Manchis,Pelangai...lagipun memang byk berlaku perkara aneh di sekitar tersebut
ReplyDeleteNovel ni dah di reissue balik oleh Nafiela books.saya pun kumpul balik siri bercakap dengan jin ni.tapi yg terbitan semula tu baru sampai jilid ke 4 je..tengah tunggu jilid ke 5 pulak
ReplyDeleteWahh benarkah ini? Menarik ni untuk peminat2 novel seram. Dah tahu ada yang buat balik ni.
DeleteDonlod kat playstore...taip seram...ada siri 1 - 16....
ReplyDeletesaya peminat cerita seram tamar jalis dan tok awang ngah cuma yg ingin saya pastikan adakah cerita ini berdasarkan pengalaman mereka ataupun hanya rekaan semata2..apakah nama sebenar tok awang ngah..
ReplyDeleteSaya peminat tegar Tok Awang Ngah dan Tamar Jalis, kebanyakan buku yg pernah diterbitkan pernah jadi koleksi saya tapi hilang setelah kami pindah rumah, puas saya cari di kedai2 buku lama tapi dah tak jumpa, ada juga bloggers yang mengeluarkan sebahagian dari cetakan dalam buku2 TAN tapi kurang menarik spt kita membaca buku itu sendiri, buku2 TJ dan TAN byk membantu saya memahami alam ghaib sebagaimana kita tahu jin dan syaitan mmg wujud dlm pelbagai rupa dan cara utk menyesatkan kita, besar harapan sy jika ada pihak yg mencetak dan menerbitkan semula buku2 dua org tokoh ini
ReplyDeleteDengarnya dah ada yang cetak balik .. sebab Tamar Jalis bukan penulis sebrang .. ia penulis diiktiraf antara yang hebat di Malaysia.
DeleteSaya juga peminat SBDJ pernah beli novel bersiri yang paper print tapi sekarang kekawan pinjam tak pulang pulang... ada ke penerbit untuk mecetak semula siri ni..
ReplyDeleteIbu saya seorg pembaca tegar SBDJ hampir semua siri mak.saya baca..saya pun dh terikot dgn mak..apa yg dpt saya kongsikan pengalaman saya apa bila mmbaca SBDJ...seolah2 saya berada sama di alam itu suasana itu..meremang-remang2 bulu roma apabila ikot sekali membaca mentera2 di dalamnya sukar nk di katakan perasaan ketika membaca buku SBDJ yg pasti memang menyeramkan..tapi sayang semua koleksi buku semua dah hilang kena rembat..
ReplyDeletesangat femes zaman tu, bagus buat filem tapi olah balik supaya tak keterlaluan kot...
ReplyDeletePlaystore nak taip apa yer..pastu online website apa bleh baca ngn print yek?
ReplyDeleteNak cari balik koleksi2 ni.tp tak tau kat mana.favourite gile
ReplyDeleteTak ada ke ura2 nak terbitkan semula buku/novel SBDJ ni.. memang best gila.. ada banyak dulu buku ni.. tp sekarang da tak ada.. tak tahu mana la perginya buku ni.. sedih.. ;-(
ReplyDeleteminat betul dengan novel SBDJ... tapi semua buku ni dah hilang... sedih nye....uwaaa... :'(
ReplyDeleteKt play store type seram..ada byk siri tamar jalis kt situ..saya dh download smpi jilid 9.. Kt mph ada jual tp mahal la..
ReplyDeleteOhh ada jual lagi kat MPH rupanya.
Deleteayah saya juga ada simpan buku ni lagi tapi saya tk sempat baca.. nak kene baca ni :-)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.