Ini merupakan salah satu teknik SEO yang saya gunakan, iaitu teknik Fetch as Google. Hoho ... mandai-mandai je saya berikan nama kepada teknik SEO ehh ... haha. Sebenarnya, apa yang akan saya kongsikan ini adalah salah satu cara untuk indeks entri blog secara cepat dan mudah.

Teknik SEO fetch as Google adalah teknik orang rajin yang ada banyak masa, dan ada iltizam untuk melakukannya. Walaupun teknik ini mudah, tetapi buat sesetengah orang terutama blogger yang tak banyak masa terluang, teknik ini agak renyah.

Saya sering gunakan teknik ini untuk tujuan tertentu dan tidak dilakukan setiap masa. Saya hanya akan lakukan andai ada keperluan sahaja. Namun, adalah tidak salah untuk dibuat sekerap mungkin buat blogger yang hyper-rajin... hehehe...

Teknik SEO Fetch as Google

Teknik SEO Fetch as Google

Mudah sahaja.


Apabila anda telah klik bahagian fetch as Google seperti ditunjukkan di bawah ini, maka masukkan url entri blog anda yang mahu disenaraikan di enjin carian.
Teknik SEO Fetch as Google

Anda boleh lihat beberapa optimasi yang disediakan - jenis seperti Desktop, Smarphone untuk mobile dan sebagainya. Anda perlu klik butang Fetch atau Fetch and Render untuk membolehkan blog anda digelintar oleh enjin carian Google. Pilih satu atau ulang untuk melakukan pilihan yang kedua.

Anda kemudian akan dipaparkan pilihan seperti di bawah ini.
Teknik SEO Fetch as Google
Jika di dalam entri tersebut ada URL lain seperti ke entri-entri sebelum ini, maka saya syorkan anda pilih pilihan kedua - Crawl this URL and its direct links; ini termasuklah URL blog ada dalam mode mobile.

Klik Go, dan kemudian anda akan lihat keputusannya di paparan seperti di bawah ini.

Anda kemudian perlu klik butang Submit to index yang tertera. Ia kemudian akan maklumkan seperti di atas apabila URL telah dihantar untuk indeks di Google.

Teknik ini walaubagaimanapun terhad untuk 10 URL setiap hari sahaja. Anda tidak boleh dengan selalu menggunakannya (walaupun awal tadi saya kata boleh buat banyak kali), untuk elakkan anda seolah cuba melakukan spam menerusi enjin carian.

Saya harap teknik SEO ini membantu ramai blogger baru untuk melihat entri mereka berada di halaman utama enjin carian untuk kata kunci tertentu.

Ia juga salah satu teknik untuk membolehkan entri blog berada di enjin carian dalam masa kurang 30 minit!

Semoga bermanfaat.

43 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Thank you for sharing. Senang-senang nanti nak cubalah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas panduan berguna

    BalasPadam
  3. Akan datang nak baca lagi ni HH sedang berada di luar rumah....tak sesuai nak baca lama..bising kat sini hehe

    BalasPadam
  4. kena teroki dunia blog..tak teroka maka siput ilmu..Etuza kena banyak belajar dan belajar terima dan terioma teguran

    BalasPadam
  5. Teknik seo fetch ini dulu sering saya lakukan, namun akhir-akhir ini sudah tidak pernah lagi. Terima kasih bro sudah mengingatkannya kembali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara teknik SEO yang sebenarnya mudah nak buat dan diamalkan, konsisten itu perlu bagi memastikan blog tidak mati walaupun tak ada update terkini.

      Padam
    2. nak tanya,, kalau SEO kita tinggi tapi kita tak update post,,, ranking alexa.com jatuh tak? - kedaionlinemy.com

      Padam
  6. hahahaaaa teknik ini sudah pecah lobang maaaa.. ingatkan takmo cerita, fetch a bing tak nak cerita ke bro? opsssss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya akan cerita .. in Sha Allah, sebab nak bagi bagi bagi dan bagi semua ... biar semua blogger Malaysia dapat tahu teknik2 ini yang sebenarnya mudah dan berkesan.

      Padam
    2. Kalau ikutkan, saya dah pernah ceritakan sebelum ini, semasa Google perkenalkan Google Webmaster Tools .. hoho

      Padam
  7. teknik menarik walaupun selalunya kemalasan nak buat, tolong rajin mak jemah!

    BalasPadam
  8. alamak bro sudah kasi pecah lubang...kalau buat nie..tak sampai seminit pu boleh terus keluar dekar SERP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. adeh. Percaya pada ketentuan Allah. Google manusia buat. Itu saja saya nak cakap .. :P

      Padam
    2. bila manusia yang cipta sesuatu,, pasti ada kelemahan disebalik ciptaan tu,, tq bro :-)

      Padam
  9. thnkz share,,ida thu psal ni tp lum ada masa nak godek..pening..heheheh

    BalasPadam
  10. Buat pertama kalinya say asudah mencuba tips bro HH...yes saya sudah berjaya buat...terima kasih HH...saya akan teruskan buat sekali sekala teknik seo ni...terimaaa kasih tidak terhingga...ilmu baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. senang hati saya bila tips SEO yang saya berikan menjadi pada blogger lain .. tahniah tahniah .. teruskan baca dan dapatkan tips lain daripada blog saya ni ... saya halal ilmu ini kerana datangnya dari Allah S.W.T

      Padam
  11. wah... teknik yang mudah diamalkan... terima kasih atas ilmu berguna dan bermanfaat ni ;)

    BalasPadam
  12. Banyak lagi benda kita boleh buat dengan webmaster tools nie. Antaranya Disavow Tools. Banyak webmaster dapat perbaiki ranking dorang lepas kene penalti algoritma Google dengan pakai tool nie. Bagus untuk monitor kalo ada orang cuba nk negative SEO blog or website kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada baca mengenai Disavow Tools ni .. tapi belum cuba lagi.

      Padam
  13. Saya tak jumpa pulak bahagian crawl tu.

    BalasPadam
  14. Bro HH!! tq so much.. sgt membantuu.. hehehe.. x pernah guna pon natang tools ni.. tq skali lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa apalagi, cubalah teknik dan tips SEO ni .. mana tahu nampak kesan positif pada blog.

      Padam
  15. Ilmu lama yang ada blogger masih tak tahu..:)

    BalasPadam
  16. Sesekali guna juga, hanya untuk entri-entri tertentu sahaja.

    BalasPadam
  17. nak mencuba ilmu baru ni..tp laptop wat hal..hihi..apapun tq share info ni bro hh

    BalasPadam
  18. Jarang juga gunakan fetch as google ni kena lah kerap gunakan ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerap sangat pun tak boleh, Google tu pun tak bagi ... haha .. tapi gunalah submit sitemap tu .. bagus tu ... submit setiap kali ada buat perubahan pada blog . seminggu sekali atau dua kali sebulan buat lah ...

      Padam
  19. Baru tahu. Tak sabar nak guna webmaster tools nih.

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum tuan,

    Terima kasih dengan perkongsian SEO strategy ni, saya tak tahu pun. Alhamdulillah bertambah ilmu baru.

    Saya sebelum ni, bila nak dapatkan first page dalam carian google, selalunya saya update artikel dan masukkan keyword yang berkaitan dengan niche artikel dan paling banyak jumlah carian.

    Dari perhatian saya, ianya memang ada kesan, tetapi ambil masa juga. Saya nak praktikkan ilmu yang tuan kongsikan ni, sebab 30 minit tempoh yang cepat juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh terima kasih atas tips yang diberikan tu .. leh cuba jugak tu nanti.

      Padam
  21. Askm. Terima kasih diatas tips blogging ini.

    Kenapa ya result not found under column status tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog dah daftar ke dengan Google Webmaster Tools ni?

      Padam
  22. apa maksud partial dan complete tu tuan?

    BalasPadam
  23. wah... bagus ni...selalu tick kat crawl this url je...bagus info ni

    BalasPadam
  24. ilmu baru. nanti nak buat jugak. thanks sharing dgn kami

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Yumida .. leh juga buat untuk entri2 lama yang tak berjaya masuk dalam Google.

      Padam
  25. memang saya praktikkan kan fetch as google kat google webmasters ni setiap kali lepas publish entri baru... :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement