Ok. Sebelum anda boleh mendapat tawaran job review daripada pengiklan, terlebih dahulu anda perlu daftarkan blog anda di Advertorial.MY. Jika tidak, bagaimana pengiklan nak berikan tawaran dan nilaikan kelebihan yang ada pada blog anda, ye tak?
Anda boleh daftarkan blog anda menerusi pautan ini - http://bit.do/daftar-advertorialMY
Tips Dapat Job Review Advertorial.MY
Selepas dah daftar, anda perlu masukkan butiran berkaitan blog anda. Untuk itu, anda perlu klik Submit Blog seperti ditunjukkan di bawah ini.Title - Umpan Pengiklan Untuk Klik
Masukkan Title yang anda fikir boleh menarik perhatian pengiklan, contoh:- Blog Tinggi Trafik Ramai Follower
- Advertorial Review Dijamin Ramai Komen
- Harga Menarik Advertorial Blog Trafik Tinggi
- Sekali Bayar, Jualan Berganda Berkali-Kali
Harga Minima Satu Job Review
Masukkan Price (RM) iaitu harga yang minima untuk bayaran sebuah entri advertorial atau review. Saya sarankan seandainya anda baru nak bermula, letakkan harga yang munasabah, sesuai dengan kekuatan blog anda yang anda sendiri yakini. Cadangan saya ialah biar lebih dari RM50 untuk dapatkan kembali modal anda untuk berada di featured listing.Pastikan anda masukkan info dan maklumat yang betul, seperti pagerank, unique visitors, jumlah pageviews dan sebagainya.
Bagi mengumpan pengiklan, anda perlu manfaatkan sebaiknya ruangan Photos dan Description. Untuk Photos, masukkan bukti kekuatan blog anda, contohnya papar jumlah pageviews, papar statistik blog, papar jumlah followers, papar jumlah komen, tunjukan testimonial pengiklan lain (jika ada), atau anda ambil entri blog lain (print screen) yang ada sebut mengenai kelebihan diri dan blog anda.
Elakkan Detail Description
Untuk description, saya syorkan anda cuma ceritakan lebih kurang dan tidak terlalu detail. Ini adalah untuk anda dapatkan nombor contact pihak pengiklan .. hehehe ... boleh cuba contoh ayat di bawah:5000 followers bakal melihat advertorial, dan saya jamin akan ada yang komen mahu tahu lebih lanjut mengenai jenama dan produk. Jumlah klik ke laman web anda juga akan meningkat dan fanpage anda akan dapat LIKE tanpa anda sangka.
Saya berikan harga tawaran serendah RM50 untuk satu post advertorial, yang akan menjadi statistik kepada lebih 1000 uv setiap hari! Hubungi saya untuk mendapatkan lebih tawaran PERCUMA lain bagi setiap job review yang telah diselesaikan.
Buat ayat yang akan membuatkan pengiklan hubungi anda. Ini sangat penting. Tak dapat job review tak mengapa, tapi yang penting ialah nombor kontek pengiklan itu, kerana ia ibarat lombong emas untuk jana income dengan blog pada masa hadapan.
Bila dah selesai, tekan proceed atau submit. Jika ambil featured listing, anda perlu bayar menggunakan akaun Paypal. Jika anda ambil listing percuma, maka anda akan dibawa terus ke laman seperti di bawah ini.
Butiran Pengiklan Lubuk Buat Duit Dengan Blog
Bila pihak pengiklan hubungi anda, anda akan dapat butiran pengiklan tersebut seperti nama, email dan juga nombor telefon. Maklumat ini penting untuk anda buatkan listing pengiklan bagi tujuan promosi iklan anda kepada mereka di kemudian hari.Haa .. nampak tak bagaimana job review Advertorial.MY ini akan beri manfaat lebih selain dari job review?
Cara inilah yang saya gunakan untuk beri tawaran pengiklanan lain seperti slot banner iklan di blog, atau iklan menerusi FB mahupun Instagram, dan dengan menggunakan sistem autoresponder percuma seperti Emelmatik, saya boleh hantar satu email ke semua pengiklan ini dan berikan tawaran berkaitan termasuklah mempromosikan produk affiliate saya.
:) Semoga bermanfaat.
Belum daftar dengan Advertorial.MY? Daftarkan blog anda sekarang, dan buat duit dengan blog lebih dari sekadar mendapat job review daripada pengiklan!
Menarik ;D Belum daftar lagi ni.
ReplyDeleteCubalah dulu sekali ... mana tahu ada rezeki, tips dah diberi ni ..
Deletesampai masa saya nak cuba juga nanti,, sekarang tumpu kat traffic dahulu hehe,, tu pun masih lemah :-) - kedaionlinemy.com
DeleteNak daftar tapi masih dalam dilema. Apa-apapun terima kasih di atas perkongsian ini, baru dapat gambaran lebih jelas mengenai Advertorial.my . Blog masih setahun jagung, page rank jgn cakaplah, hancus. Nnati boleh dipertimbangkan di masa akan datang.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sebenarnya ada je pengiklan yang tidak tgk pun pagerank ni sbb PR sudah tidak berapa relevan dah sekarang, Google sendiri dah tak update PR ni .. hoho ..
DeleteWAH! Tips yang berguna ni bagi mereka malas nak explore sendiri...hehe...
ReplyDeleteOppss alamak .. terberi tips la pulak .. haha
Deletewah,,, memang ada yang tak terfikir,, tq ye bro :D
ReplyDeletewah nice sharing... teruja nak join ni...tapi masi belum yakin
ReplyDeleteblog belum power untuk ditonjolkan kepada pihak pengiklan..
ReplyDelete:) camner tahu tak power? cubalah dulu .. letak harga servis yang berpatutan.
Deletefyna dah bookmark entri nih. insyaAllah lepas nih boleh register.
ReplyDeletesaya dah register, n dah pernah dapat job melalui advertorial.my ni, tapi tips2 kat atas ni sangat berguna untuk saya improve untuk renew lain kali... huhuhu
ReplyDeleteWahh alhamdulillah, dan tahniah kerana dapat Job Review menerusi Advertorial.MY; saya pun dapat beberapa job review dari sana.
DeleteGood tips.
ReplyDeleteWah..terbaik HH. Kalau saya dah bersedia nanti saya akan korek balik ilmu ni.. terima kasih atas penerangan yg jelas, dan yg paling penting, terima kasih kerana sudi berkongsi..
ReplyDeleteowh..mcam tu caranya :D
ReplyDeleteNak cuba InshaAllah.. mana tahu 1-2 job .. lepas 3-5 job sebulan .. hehehehe .. eceh
ReplyDeleteOo..baru tahu ade platform utk advertorial..ann br je dpt job review produk mggu lepas..ann sndri pun trkejut..mcm xpecaya ^_^
ReplyDeletekalo ann join advertorial.my ni insyallah la kot ade rezeki kan..kan
assalamualaikum HH...masih tak pernah buat...macam menarik jer ni...nanti leh cuba la...;)
ReplyDelete** Mama Maszull
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.