Awek Itali jadi penebar roti canai. Uhh siapa sangka ye kan? Disebabkan awek cun dari Italy bernama
Chantal Viola ini, ia telah menarik minat orang ramai, lalu melariskan gerai atau warung roti canai.
Bukan setakat tu je, gambar-gambar yang merakamkan aksi Chantal Viola telah dimuat-naik ke laman sosial dan telah menjadi viral di beberapa page tertentu. Maka, makin larislah warung roti canai tempat Chantal Viola menunjukkan skillnya.
Awek Itali Jadi Penebar Roti Canai
Sebenarnya awek Itali ini merupakan pelajar yang mengikuti satu program pertukaran pelajar di Kedah. Dia dikatakan membantu jirannya berniaga di warung roti canai di waktu hujung minggu. Penampilan
awek Itali ini yang bertudung juga merupakan salah satu tarikan kepada pengunjung ke warung roti canai tersebut, walaupun sebenarnya dia bukan beragama Islam.
Awek yang dikatakan boleh berbahasa Melayu ini yang berasal dari Rome, Itali mengambil ikhtiar untuk membantu jirannya kerana mahu memahirkan diri dalam penguasaan bahasa Melayu, selain belajar mengenai cara berkomunikasi dengan orang kampung. Bertudung adalah salah satu cara untuknya lebih mudah dan mesra berhubung dengan penduduk kampung dan pelanggan gerai roti canai tersebut.
Hmm .. ini bukan pertama kali kisah gadis cantik, awek 'mari' jadi penebar roti canai, dan jadi viral di internet. Sebelum ini kisah gadis cantik jadi penebar roti canai di Singapura juga telah jadi viral dan berjaya menaikkan nama kedai ibunya seantero Singapura. Anda boleh saksikan video gadis penebar roti canai dari Singapura tu di sini -
Kisah Gadis Penebar Roti Canai di Singapura
Saya nak highlight bagaimana gambar serta video boleh menjadi pelaris untuk sesebuah perniagaan dan bisnes. Apatah lagi apabila ia dikongsikan di laman sosial seperti Facebook, Instagram mahupun Twitter.
memang laris la kedai tu ...pandai die tebar roti..
ReplyDeleteHmm .. tebar roti susah ke ehh?
Deleteyang pasti awek itali itu sangat cantik..walaupun bertudung..
ReplyDeletepelaris ni..hehee
ReplyDeleteHaha. Ye, pelaris ... wanita memang pelaris.
DeleteMemang havoc cerita penebar roti canai dr Italy yg bertudung manis di laman sosial.
ReplyDeletepandai dia menebar roti canai tu..brp lama dia belajar utk jadi pandai....motivasi utk semua, jika ada kemahuan pasti ada jalan..
ReplyDeleteAgaknya makan sekeping pun tak cukup roti canai tu kalau minah Italy ni tebar...
ReplyDeleteDia ikhlas nak tolongnya.... semoga dia mendapat hidayah Allah.
ReplyDeleteSerius beliau pandai tebar roti. Memang perlaris terbaik. :)
ReplyDeleteJadi bini pun dah boleh ni...mesti terer tumbuk sambal belacan dan buat gulai tempoyak ni...
ReplyDeleteNi baru betul2 kawin mat saleh kampung namanye...
ReplyDeleteComelnye lahai awek ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.