Saya, sebagai bapa sangat tidak setuju dengan cadangan ini. Bagi saya, adalah menjadi hak untuk ibu bapa menggunakan cara mereka mendidik anak-anak, termasuklah mendisiplinkan anak dengan cara merotan. Dengan menggubal undang-undang sehingga membolehkan ibu bapa dikenakan hukuman kerana merotan anak, bagi saya adalah kurang wajar.
Bila Ibu Bapa Hilang Hak Didik Anak Ikut Acuan Sendiri
Ibu bapa yang mahu menghukum terpaksa 'terikat' dengan udang-undang hanya tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Merotan Anak Tidak Ditegah Dalam Islam
Nak merotan anak yang tidak sholat akan jadi satu kesalahan jenayah, walhal ianya merupakan satu tuntutan dan saranan dari Rasulullah S.A.W., Asalkan ikut apa yang telah disyaratakan. Nak menghukum anak dengan merotan kerana ponteng sekolah, hisap rokok, berjudi, lumba haram, mencuri ... dah tak boleh.... kerana ia salah di sisi undang-undang ... uhhh what?Anak-Anak Tanggungjawab Kami Bukan Kerajaan Menentukan
Biarlah anak-anak, kami ibu bapa yang jalankan tanggungjawab. Jangan ambil hak kami untuk didik anak-anak ikut acuan sendiri. Kami semua mahu anak kami berjaya dunia akhirat. Kami mahu waris kami mendoakan kesejahteraan kami bila telah tiada.Apa yang saya cadangkan ialah pihak kementerian lebihkan kepada pendidikan kekeluargaan Islamik yang libatkan anak-anak dan ibu bapa. Cuba perkenalkan hukuman rotan di rumah oleh ibu bapa dengan cara yang sebenar, yang mengikut apa yang disebut (sabdakan) oleh Nabi Muhammad S.A.W; dan bukannya menidakkan satu-satunya hukuman yang dibenarkan Islam ini dalam institusi kekeluargaan di Malaysia.
Jika hari ini tidak dibenarkan merotan anak, tidak mustahil nanti ... akan jadi satu kesalahan pula menengking anak .... nah nyata, tanda kiamat sudah hampir tiba bila anak-anak menjadi tuan kepada ibu bapanya ...
terlalu ikut sgt cara Barat..
ReplyDeleteBetul. Akhirnya kita yang memusnahkan institusi kekeluargaan negara kita.
DeleteHmm... Menunggu dan mencari kupasan lanjut isu ni...
ReplyDeleteKerajaan mudah sangat tanda tangan meterai perjanjian itu ini dengan barat ... itu cara barat perangkap kita semua untuk ikut telunjuk mereka.
Deletememang setuju dengan pendapat saudara...argghhhh!!...kegilaan apakah ini??? hakikat dunia akhir zaman...
ReplyDeleteTu la masalahnya apabila kepimpinan negara dikuasai cara didikan barat, Islam diketepikan sedikit demi sedikit..cukup halus
ReplyDeleteBetul tu anak-anak tanggungjawab kami bukan kerajaan yang menentukan. Dalam islam pun tidak melarang untuk merotan anak-anak yang degil selagi cara rotan ibubapa itu mengikut lunas-lunas agama. Agaknya kementerian berkenaan dah kehabisan isu sangat sehinggakan mahu menggubal undang-undang nak menghukum ibubapa merotan anak.
ReplyDeleteDalam islam pun sarankan jika setahun masih belum solat boleh dirotan apatah lagi kesalahan yang lain.
ReplyDeleteCikgu dulu-dulu pun lebih hebat sebab diberi lebih kuasa. Kita ingat guru yang garang kerana mereka membentuk murid jadi 'manusia'. Begitu juga dengan ibu bapa. Saya sokong tekankan cara Islamik berbanding cara ini.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.