Caliph Buskers satu fenomena. Siapa sangka tertubuhnya kumpulan Caliph Buskers hampir setahun lalu membawa fenomena tersendiri di dalam dunia muzik tanahair. Sejenak sebelum Anugerah Juara Lagu (AJL29), tiada siapa yang mahu mengenali kumpulan ini lebih mendalam. Tetapi hari ini, rezeki menang persembahan terbaik di AJL29 telah menaikkan nama kumpulan ini di persada dunia hiburan sekaligus mewujudkan satu fenomena Caliph Buskers.

Sekalung terima kasih kepada Edry Abdul Halim dan Mojo yang telah membawa kumpulan ini di pentas akhir AJL29. Persembahan hebat tanpa prop keterlaluan ini telah mengangkat persembahan Mojo featuring Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta mendapat anugerah persembahan terbaik.

Caliph Buskers Satu Fenomena

Apakah yang menjadikan persembahan mereka menyerlah di pentas akhir AJL29?
Sejujurnya saya katakan, persembahan mereka itu bukan sekadar persembahan biasa. Mereka tidak pernah merasa dunia glamor, malah saya boleh katakan, kehadiran mereka hanyalah untuk membawakan lagu Romancinta sebaik mungkin atas kesempatan yang diberikan oleh Edry Abdul Halim.

Enam Anak Muda Berbakat Caliph Buskers

Terdiri daripada Fendy, 24; Mohd. Zaki Ismail, 36; Nirwan Zainal Abidin, 26; Khairul Azmi Saad, 28; Nor Nadira Rubiana, 24; dan Syahzmeen Abdul Rahman, 24. Kesemua mereka adalah insan golongan kelainan kekurangan upaya (OKU) - kekurangan penglihatan. Hampir kesemua mereka boleh menyanyi dan mempunyai suara yang merdu. Seperti sebuah kumpulan atau band persembahan yang sempurna - Caliph Buskers mempunyai penyanyi utama, pemain gitar pertama dan kedua, pemain gitar bass, dan pemain temborin.

Persembahan Caliph Buskers Menyentuh Jiwa, Hati dan Perasaan

Persembahan yang diberikan oleh Caliph Buskers nyata istimewa di AJL29 disifatkan persembahan berjiwa yang menyentuh hati hampir semua orang yang menonton pentas akhir AJL29 kali ini. Malah persembahan mereka trending di laman sosial Twitter dan menjadi bualan hangat di laman sosial Facebook.

Tanpa kekok, dan dengan persembahan selamba bertenaga, ramai menyifatkan nyanyian Khairul Azmi Saad, vokal utama Caliph Buskers memang layak malah lebih baik daripada vokal asal lagu ini. Standing ovation buat mereka di pentas akhir AJL29 memang tidak dapat dipertikaikan.

Saat chorus utama ketika persembahan kaku dan diam selama beberapa saat adalah momen yang terbaik dalam persembahan hebat Caliph Buskers - Mojo - Romancinta.

Video Persembahan Caliph Buskers di AJL29



Caliph Buskers satu fenomena. Bukan itu sahaja, nama Caliph Buskers menjadi antara tajuk-tajuk entri ramai rakan blogger Malaysia. Bukan bermaksud untuk mengambil kesempatan untuk menjana trafik, tetapi mahu sama-sama mengangumi bakat hebat yang ada pada setiap anggota Caliph Buskers ini.

Pernah satu ketika dahulu saya naikkan entri berkaitan golongan OKU yang mencari sesuap nasi dengan menyediakan hiburan sepertimana Caliph Buskers yang selama ini diminati di hadapan Sogo Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Avenue K. Mereka bukan peminta sedekah.

Hanya Kerana Satu Persembahan di Pentas AJL29

Rezeki masing-masing tidak sama. Dulu mereka hanya dikenali menerusi persembahan jalanan dan di laman YouTube, tetapi kini mereka dikenali dan menjadi fenomena dunia muzik hanya kerana satu persembahan cukup bertenaga di pentas akhir AJL29. Tambahan lagi bila persembahan tersebut dikongsi cerita oleh mereka yang terdiri dari golongan selebriti dan artis yang nyata punyai puluhan ribu pengikut di laman sosial masing-masing.

Hebat penangan dunia hiburan ini yang mengangkat Caliph Buskers terkenal seantero Malaysia.

Walaupun Caliph Buskers telah menjadi satu fenomena, namun menurut Azmi Saad yang membawakan vokal lagu Romancinta di AJL29, mereka tidak berhasrat untuk berada di dalam persada perdana dunia hiburan tanahair, tetapi lebih selesa untuk kekal sebagai pemuzik jalanan.

Azmi Saad berkata demikian kerana beranggapan jiwa mereka lebih kepada cara sebegitu, dan mahu terus bersama dengan peminat-peminat sebenar yang selama ini menyokong dan menonton persembahan mereka di jalanan.

Facebook - https://www.facebook.com/caliphbuskers

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. persembahan yg luar biasa,
    best dia bawak lagu ni. ulang2 iena dgr (^_~)

    ReplyDelete
  2. semoga rezeki caliph buskers terus dimurahkan oleh Allah SWT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, asalkan tak ada yang cuba nak ambil kesempatan ..

      Delete
  3. Memang impress sangat2 dengan mereka. Umi anis sampaikan menitik air mata tengok persembahan diorang. Anis dah berapa kali ulang tengok persembahan diorang, memang goosebumps dibuatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anis .. saya pun, ulangkali tngok .. ulangkali jugalah meremang bulu roma.

      Delete
    2. :) Masih lagi best walaupun dah tgk banyak kali

      Delete
  4. Terharu dan bangga dengan mereka... Sentiasa sokong!

    ReplyDelete
  5. Rezeki manusia tak siapa boleh duga... statement yg baik... hanya dengan satu persembahan saja menaikkan nama mereka... sekalung tahniah untuk mereka dan seluruh kerabat kerja mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Respek pada ahli kumpulan yang kekal utuh dengan prinsip untuk terus berada di jalanan.

      Delete
  6. Bagi saya vokal dia mmg mantap.. tak payah nak beraksi lebih.. menyanyi dgn berdiri tegak je dah cukup memukau. Dah lama saya tak dengar vokal yg hebat mcm tu.. mmg terbaiklah caliph buskers ni. Memang rezeki diaorg dan mmg layak.

    ReplyDelete
  7. Allah bagi die kekurangan, namun kelebihan yang dia ada mengatasi kekurangannya. Allah maha adil kan

    ReplyDelete
  8. kan, caliph buskers menyanyi dengan ikhlas...sampai ke jiwa

    ReplyDelete
  9. memang terbaik dan berbakat kump caliph buskers ini

    ReplyDelete
  10. Mencetuskan satu fenomena baru dlm seni hiburan kita..dah dampai masanya golongan oku juga diberi peluang sama dlm dunia hiburan kita...well done AJl 29 !

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement