Isu artis K-Pop peluk gadis muslimah dalam satu fanmeeting telah mengundang pelbagai reaksi. Apatah lagi setelah isu ini diviralkan menerusi laman sosial terutama sekali di Facebook. Malah, ramai rakan blogger yang telah ceritakan dari segi kronologi peristiwa peluk cium artis K-Pop, dan punca ianya berlaku. Perkara sudah berlaku, ianya telah terjadi.

Kita sering sudah terhantuk baru tengadah. Bukan sahaja isu K-Pop peluk gadis muslimah, sebelum ini pun ada gak adegan peluk-peluk atas pentas berlaku. Dulu, kesedaran itu mungkin tak seperti sekarang bilamana semua orang dah ada pengetahuan dan ilmu yang lebih sedikit dari dulu. Almaklumlah, dah banyak saluran nak dapatkan ilmu.

Bagus ada ilmu yang baik ini, cuma jangan salah guna dah la.

Isu Artis K Pop Peluk Gadis Muslimah

Isu Artis K Pop Peluk Gadis Muslimah
Saya nak ulas pun terasa macam menuang air ke daun keladi, tetapi secara jujurnya saya memang agak kecewalah sikit apabila perkara ini berlaku. Sepatutnya perkara ini boleh dielakkan seandainya semua orang yang terbabit di dalam acara membabitkan artis K-Pop dan pertemuan dengan peminat itu fahami budaya masyarakat di Malaysia. Apatah lagi bila ia melibatkan peminat-peminat daripada kalangan gadis dan wanita beragama Islam serta bertudung.

Kita Semua Sering Lupa Akan Sensitiviti Bila Berkata Soal Hiburan

Sensitiviti yang kurang inilah yang menyebabkan isu artis K-Pop peluk gadis muslimah ini menjadi perbualan, perdebatan dan viral di laman sosial. Kritikan demi kritikan telah diberikan.

Penganjur sepatutnya memberikan garis panduan untuk artis-artis luar dalam apa sahaja aktiviti yang ingin dilakukan di negara ini. Mereka harus faham, Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada tatasusila, apatah lagi Islam sebagai agama rasmi yang sepatutnya dihormati tak kira siapapun diri anda.
Isu Artis K Pop Peluk Gadis Muslimah
Dan buat peminat pula, terutama dalam isu ini yang membabitkan artis K-Pop; mengapa harus terlalu taksub pada meraka. Nak minat boleh, tetapi jangan sehingga membenarkan sesuatu perkara yang tidak manis dan boleh mendatangkan aib berlaku. Ada akal, fikirlah. Elak jika mampu.

  • Penganjur perlu beri taklimat dan beritahu mengenai adab tatasusila di Malaysia kepada artis luar negara.
  • Artis luar perlu tahu dan buat 'homework' mengenai adat, budaya dan agama sesebuah negara yang mereka kunjungi.
  • Peminat tidak harus terlalu taksub dan berikan lampu hijau buat artis yang mereka minat untuk lakukan apa sahaja.
  • Peminat harus tahu dan ingat mengenai tatasusila sebagai rakyat Malaysia, dan implikasi sesuatu tindakan.
  • Letakkan akal lebih daripada nafsu.

Kasihan saya pada mereka yang menjadi 'mangsa' dalam isu ini. Kasihan pada ibu bapa dan keluarga. Saya pasti peristiwa ini telah makan dalam, dan akan menjadi satu sejarah hitam dalam diri mereka yang terlibat, apatah lagi pada gadis dan wanita yang diwatakkan dalam perkara ini.

Isu artis K-Pop peluk gadis muslimah akan menjadi satu ingatan (sekali lagi) buat semua terutama sekali diri saya; dan harapnya apa yang terjadi kali ini kekal tetap dalam ingatan agar ia tidak berlaku lagi. In Sha Allah.


p.s: Banyak lagi perkara dalam industri hiburan tanahair yang tidak kena dengan adat dan budaya Malaysia. Mana yang boleh kita cakap, kita cakap ... tapi biarlah dengan pendekatan yang tidak menjatuhkan maruah.

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mudahnya bagi peluk dan cium...seolah tercabut iman dibuatnye..

    ReplyDelete
  2. Ini bukan peluang yang sepatutnya direbut oleh wanita bertudung...tapi kerana kelemahan kita sendiri...tak sepatutnya bole dipengaruhi sehingga begini...kalau boleh dapat yang lebih lagi, dah tentu mampu buat yang bukan2 lagi...

    ReplyDelete
  3. Akibat terlalu taksub dengan artis Korea.. Dah takde rasa malu berpeluk cium macam tu.. Apa nak jadi dengan dunia sekarang.. Akhir zaman..

    ReplyDelete
  4. Tak payah adakan konsert k-pop lagi bagus rasanya...sebab lebih banyak keburukannya. dah jadi macam ni siapa nak disalahkan...banyak pihak...

    ReplyDelete
  5. Sangat menyedihkan.. Perkara dah berlalu. Apa yang penting sekarang bagaimana tindakan agar perkara sebegini tidak berulang lagi. Moga individu yang terlibat diberikan hidayah dan mahu bertaubat dan sedar dengan kesilapan..

    ReplyDelete
  6. ramai yang patut dipersalahkan..Kpop menjadi fenomena..sampai mengabaikan tatasusila dan hukum

    ReplyDelete
  7. Minta dijauhkan daripada perkara seperti ini. Zaman sekarang jadi ibu bapa ni memang mencabar. Risau2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement