Alhamdulilah, dua orang anak saya telah pun menjalani satu proses dalam kehidupan seorang Muslim. November 2014, dua orang anak saya, Amri 10, dan Zikri 6 tahun dah selamat berkhatan.

"Kami dah sunat!"

Begitulah adanya. Anak-anak dah sunat, dah berkhatan juga satu pengalaman baru bagi diri saya sebagai seorang ayah, seorang House Husband. Di kala isteri saya ke tempat kerja, maka penjagaan dua orang anak saya yang dah selamat berkhatan akan menjadi tanggungjawab saya. Sebut di bibir macam mudah, tapi sebenarnya ... hmmm .... kasihan sangat.

Kami Dah Sunat

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Hospital Parit Buntar
Nasib baik dua orang anak saya ni tak banyak karenah. Bab makan tiada masalah, mana yang saya dan wife kata larang dan pantang makan, mereka takkan makan, tanpa banyak songeh pun. Mereka kekal berpantang sehingga luka khatan benar-benar sembuh. Kagum jap, bagaimana dua orang anak berumur 10 dan 6 tahun boleh tahan makan itu dan ini tanpa mengadu apa-apa.

Berselera makan walau hanya berlauk kicap dan ikan bilis. Malah makan berpinggan-pinggan pulak tu.

Program Berkhatan Beramai-Ramai Hospital Parit Buntar 2014

Majlis khatan anak-anak saya dilakukan di Hospital Parit Buntar secara beramai-ramai. Ada kenduri makan, ada mandi bomba, ada perarakan .. memang seronok melihat anak-anak mandi air pancur bomba. Keriangan jelas tanpa fikir selepas itu kena hadap doktor dan pembantu perubatan di bilik pembedahan.
Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Hospital Parit Buntar
Saya ok je. Wife saya je sedikit kerisauan. Risau takut anak nombor dua saya, Zikri tu lari atau menjerit.

Pada mulanya, anak saya Zikri tak mahu bersama abangnya untuk bersunat, tetapi selepas digula-gulakan dengan hadiah, dia terima juga. Lagi-lagi lepas buat kenduri doa selamat di kampung halaman saya. Mana taknya, setiap seorang dapat kumpul duit sunat RM200 setiap seorang. Hoho .. kira banyak tu bagi seorang budak ... income affiliate blog saya pun tak leh dapat camtu dalam masa 1 jam!

Bila Rasa Ada Keseronokan, Hilang Rasa Takut Nak Bersunat

Bila dah rasa keseronokan, maka tak susah nak pujuk. Malah makin berani dan beriya-iya pula nak sunat cepat. Bukan apa, jika sunat cepat, leh baik cepat. Bila luka sunat dah baik, mereka ada plan macam-macam nak buat sebab dah ada modal RM400!

Majlis khatan anak-anak saya berjalan sangat baik. Alhamdulillah, dua anak saya tak ada masalah sangat. Anak saya nombor dua nampak ok je .. bila ditanya ...

"Adik nangis tak?"
"Tak pun .. bukan sakit pun .. " kata Zikri.
"Macam gigit semut je, tipu je macam kena gigit harimau .. " tambah dia lagi.

Sempat juga si Zikri buat pose santai dalam bilik pembedahan (tak boleh disclose gambar sebab dilarang).

Semasa majlis sunat, anak saya Zikri ditemani oleh ayah dan ibu angkat dia (pengasuh masa kecil). Jadi, mudah sikit kerja saya memandangkan wife saya sibuk dengan perjalanan majlis bersunat beramai-ramai tu.

Sebaik sahaja disahkan nurse yang bertugas yang anak saya ok dan boleh dibawa pulang, maka memang saya pimpin slow-slow masuk kereta. Nak diangkat dukong .. tak dibaginya ... huh .. segan kot.

Sampai rumah, dah sedia segala tilam bantal .... tinggal nak baring je dengan kain pelikat ..

Selesai.
Majlis Khatan Beramai Ramai Hospital Parit Buntar 2014
Majlis Khatan Beramai Ramai Hospital Parit Buntar 2014
Majlis Khatan Beramai Ramai
Majlis Khatan Beramai Ramai
Semasa majlis berkhatan tu, ada juga anak-anak yang meraung menjerit. Ada yang siap baca doa kuat-kuat dalam bilik pembedahan. Ada baca 3 Khul, ada yang marah doktor ... macam-macam hal berlaku.... tapi kes lari .. non hado, semuanya ok.

"Doktor .. dah la doktor .. sakitla .. sakitla ... sakit la .. dah la dah la .. " tu yang antara kedengaran dari bilik persunatan .. hoho.

Sekarang dua anak saya dah sunat, dah selesai segala benda. Nanti saya cerita pula kisah nak menjaga anak-anak saya ni ketika terlantar selepas berkhatan ... :)
Majlis Khatan Beramai Ramai Hospital Parit Buntar 2014
Majlis Khatan Beramai Ramai Hospital Parit Buntar 2014
Majlis Khatan Beramai Ramai Hospital Parit Buntar 2014
Majlis Khatan Beramai Ramai Hospital Parit Buntar 2014
Majlis Khatan Beramai Ramai Hospital Parit Buntar 2014
Kami dah sunat

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. HH ni hanya imbasan saja kan..anak bongsu Etuza seorang ja bersunat. Etuza nak cepat agar urusan buat IC cepat selesai...selain nak dia bercuti panjang dengan selesa

    ReplyDelete
  2. bila ramai2 budak2 jadi berani kan heheh - kedaionlinemy.com

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement