Tapi, nasib baiklah saya tidak menambah propa pada gambar dan kisah murid sekolah beg kotak susu tu. Cuma satu komen ringkas je saya nyatakan bila gambar tersebut saya share di ruang wall fanpage blog ini. Ramai juga yang melihat gambar dengan caption atau komen ringkas 'Erti Syukur'.
Jika sekali pandang, akan ada yang menilai bahawa apa yang saya maksudkan ialah kena bersyukur walaupun guna beg kotak susu. Tapi dari sudut yang lain pula, kena syukur sebab anak-anak kita dibantu dapat minuman susu skim yang ditaja oleh kerajaan di sekolah.
Andai katalah, saya yang mungkin disulami emosi tak keruan terus membayangkan sesuatu yang lebih sadis, mungkin gambar itu boleh jadi salah tafsir dengan komen yang berlainan.
Salah saya. Itu diakui.
Kisah Murid Sekolah Beg Kotak Susu
Disebabkan ia menjadi viral di media sosial, akhirnya kebenaran terungkai jua. Ada yang menggunakan gambar tersebut untuk tujuan yang tidak bagus sehingga memperdaya orang ramai yang melihat dan membaca status mengenai murid ini yang sengaja ditokok tambah.
Salah Guna Gambar Murid Sekolah Beg Kotak Susu
Malah, didakwa terdapat segelintir yang menggunakan gambar murid sekolah beg kotak susu untuk mendapatkan 'dana' dan 'derma' bagi disalurkan kepada 'mangsa' tersebut. Lihat sahajalah komen-komen yang ditinggalkan berkaitan gambar murid sekolah ini di page-page lain ... hak tu anda kena cari sendirilah ... hoho.Kisah Sebenar....
Sebenarnya, daripada apa yang telah diberitahu kepada saya, gambar dan kisah murid sekolah beg kotak susu ini sebenarnya gambar lama. Ianya dirakam semasa pemberian stok susu kotak di salah sebuah sekolah di pendalaman daerah Pensiangan, Sabah. Gambar itu diambil pada hari terakhir persekolahan di mana anak-anak murid kebanyakan sudah tidak membawa beg ke sekolah.Atas sebab itu, murid ini ambil inisiatif menggunakan tali rafia untuk mengikat kotak susu tersebut bagi tujuan dibawa balik; dan bukannya kerana murid ini sangat miskin atau terlibat dalam banjir besar yang melanda Malaysia terutama di Kelantan.
Uh. Terkena lagi.
Ramai yang terkena... takpe.. takpe...
ReplyDeleteOhh begitu ceritanya..mmg jadi viral gambar ni sampai tak tahu mane betulnye
ReplyDeleteItulah... Rasa macam penah tengok dah. Tapi tak tau la. Hmmm
ReplyDeleteYe..saya pun tahu itu adalah gmbr lama tp bila tgk org dok viral gmbr tu, terasa bahawa netizens di Malaysia rata-rata malas utk mencari fakta sebenar, dan terima sesuatu tu bulat2.
ReplyDeleteBanyaknya pembohongan sekarang ni hatta oleh pihak yang mengaku memperjuangkan Islam sekalipun..sadis....
ReplyDeletewalau dah tahu asal pic tu..still nampak sedih jugak tgk pic tu ha..
ReplyDeleteBerhati-hati di jalanraya
ReplyDeleteberhati-hati di lebuhraya siber...
Ramai yang terkena viral ni kan, tapi dari segi positif pula pastinya ramai yang akan faham erti bersyukur
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.