Komik Abu Nuwas cukup menarik untuk dibaca. Bukan sebuah komik biasa. Ia sebuah komik berkualiti terbaik fizikal dan rohaninya sesuai dibaca semua peringkat umur. Tua, muda, kanak-kanak semua boleh. Walaupun ada bait-bait ayat dan dialog yang sedikit mendalam, namun in Sha Allah, jika komik itu dijadikan bacaan sekeluarga, ia akan dimanfaatkan segala isinya.
Komik Abu Nuwas Mendidik Menjadi Insan Hebat
Anak saya Amri siap bertanya ..."Abah, tak logiklah Abu Nuwas ni, kat padang pasir ada KLCC" - merujuk halaman 12, Abu Nuwas #1.
Saya kata ... "Jangan lihat gambar dia, tapi baca dialog dia tu ... faham betul-betul..."
Anak saya diam, kemudian berkata ...."Ok... faham faham ..."
Harga Tidak Ternilai Komik Abu Nuwas
Sebuah komik yang mendidik, lalu ia bukan jadi harga untuk satu perkara yang boleh dimanfaatkan seumur hidup."Kita memberi bukan kerana jumlah, tetapi kerana Allah" - Abu Nuwas #1, halaman 15.
Di halaman 22 komik Abu Nuwas, saya tertarik dengan paparannya bilamana kita sebagai manusia boleh memanfaatkan alam untuk kebaikan dan kegunaan orang lain walaupun ia merupakan sedekah beberapa biji batu!
Halaman 24 memaparkan pula bagaimana seorang budak boleh jadi lebih kaya daripada seorang berharta dunia.
"Setiap manusia lahir dalam keadaan baik. Tetapi tidak akan menjadi lebih baik tanpa ilmu dan pengalaman" - Abu Nuwas #1, halaman 52.
Komik Abu Nuwas terbitan pertama ini telah pun capai penjualan sebanyak 1000 nashkah, ia sebuah komik dengan gred kertas berkualiti art card 128gsm. Halaman 100 peratus berwarna 54 muka, dalam saiz A5 yang dibinding sempurna.
Cara Nak Dapatkan Komik Abu Nuwas
Setakat entri ini ditulis, bagi yang berminat nak mendapatkan nashkah pertama komik Abu Nuwas boleh lakukan sekarang menerusi pautan ini - http://www.projekiqra.com/product/komik-abu-nuwas-siri-1/Dan setelah memdapatkan komik ini, boleh join komuniti Abu Nuwas di sini - Gang Abu Nuwas
Anda juga boleh support Projek Iqra' yang lain dengan mendapatkan info di laman web Projek Iqra' dan juga Facebook Projek Iqra'.
p.s: Kantoi anak saya Zikri kuku panjang ... lepas ambil gambar terus nak potong kuku ... haha.
Kecik Kecik dulu rajin baca kisah abu nawas ni... Memang best banyak unsur unsur pengajaran dan tauladan
BalasPadamwau bgus untuk kanak2 - kedaionlinemy.com
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.