Kreatif tetapi tidak bijak. Begitulah yang saya boleh katakan kepada kartunis dalam akhbar Charlie Hebdo. Kreatif sebab pandai melukis karikatur, tetapi sangat tidak bijak bila gunakan karikatur untuk hina agama lain, terutama sekali agama Islam yang merupakan antara agama terbesar dan paling ramai penganut di dunia.

Saya seorang beragama Islam. Saya percaya apa yang disampaikan oleh Islam. Islam ada lima rukun yang didokong setiap penganutnya bersama enam rukun iman. Tiada di dalam rukun-rukun tersebut yang menyatakan bahawa Islam menyokong keganasan, malah Islam adalah agama suci yang mengutamakan kesejahteraan bagi seluruh umat.

"Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maaidah, 16)

Al Quran diturunkan bukan hanya untuk Islam, tetapi untuk semua manusia. Di dalamnya, terkandung segala perincian dalam hidup untuk menjadi manusia lebih baik. Kitab suci ini tidak sesekali membenarkan sesuatu kezaliman dan keburukan.

Kreatif Tetapi Tidak Bijak


Apa yang berlaku di pejabat akhbar Charlie Hebdo adalah kesalahan yang seharusnya mereka elakkan. Menggunakan agama untuk tujuan melariskan akhbar adalah sesuatu yang sangat tidak kena, lebih-lebih lagi menggunakan pendekatan karikatur untuk menghina Nabi Muhammad S.A.W dan juga Islam secara am.

Akhbar Charlie Hebdo akhirnya dilabel sebagai akhbar Anti-Islam utama di Peranchis, malah boleh saya katakan di dunia.

Agama adalah sesuatu perkara yang sangat-sangat sensitif. Andai anda bukan ahlinya, maka jangan mudah-mudah untuk menilai. Malah dalam agama Islam sendiri, jika seseorang Muslim itu tidak ada ilmu mendalam mengenai sesuatu perkara terutama mengenai hukum, kena dan wajib mencari rujukan dan guru alim sebagai panduan.

Jadi, agak tidak bijak bagi saya untuk editor Charlie Hebdo membenarkan penyiaran karikatur berkaitan Islam secara terus-terusan walhal mereka sendiri tidak mendalami sepenuhnya mengenai Islam. Paling tidak bijak, bila menggunakan karikatur berserban dengan nama Mahomet sebagai merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Tuduhan Dunia Terhadap Islam

Dunia akan menuduh Islam sebagai punca serangan dan korbannya 12 manusia di pejabat Charlie Hebdo ini, namun jika anda seorang bijak akal, dah boleh tahu mengapa dan sebab ia berlaku. Siapa yang mulakan provokasi sehingga ada yang menyebabkan segolongan orang bertindak sedemikian.

"Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan ugamanya); sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan bersabar mematuhi perintah Kami)." (As-Sad, 17)

Dunia Islam sudah menasihati dan menegur tetapi Charlie Hebdo tidak ambil endah. Islam tidak memerangi mereka, tetapi mereka yang mulanya memerangi Islam dengan serangan-serangan menjijikkan menggunakan karikatur hasil kreatif Stephane Charbonnier dan tiga pelukis karikatur terkenal Peranchis yang lain.

Kreatif tetapi tidak bijak.

Dan ini adalah ujian untuk umat Islam keseluruhannya, untuk sama-sama kita fikirkan.

12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Beginilah pemikiran orang kafir.. Menggunakan kebijaksanaan/kreativiti/ilham (yang hakikatnya Allah beri) pada saluran yang salah.. Sarang tebuan kalau sengaja dijolok, memang mencari nahas. Apapun, menjadi iktibar juga kepada kita sebagai umat Islam untuk menangani isu ini dengan baik..

    ReplyDelete
  2. bakat yang tidak digunakan dengan cara yang betul inilah padahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah bahayanya kalau bakat pada org yang salah - kedaionlinemy.com

      Delete
  3. banyak betul masa org2 kafir ..berdancer suka hati kat bumi ALLAH ni.

    ReplyDelete
  4. Bukannya tidak bijak, sebenarnya sangat bijak. Harus diingat, sejarah sudah membuktikan bagaimana YAHUDI menggunakan peperangan dan penguasaan EKONOMI untuk mengawal dunia. Nak baca? Ada di blog SP..:)

    ReplyDelete
  5. Betul tu! Kreatif tapi tak bijak kan.

    ReplyDelete
  6. Saya juga isu yang sama di blog. Isu agama dipermainkan ...

    ReplyDelete
  7. Semoga melingkup lah mereka yg menghina agama ni

    ReplyDelete
  8. Charlie Hodoh adalah syarikat n manusia provokasi yang paling biadap dan bodoh di dunia..

    ReplyDelete
  9. Semoga Allah melaknati mereka dan syarikat mereka sesungguh2nya...

    ReplyDelete
  10. bakat kalau disalurkan ke jalan yg baik, insyaAllah baik jugalah hasilnya. tapi kalau sebaliknya, paham2 sendirilah..hm..

    ReplyDelete
  11. Siapa dalang disebaliknya satu hal, yg sememangnya kita Islam sentiasa diserang, Dr kejadian ni yg pasti satu pengajaran besar buat akhbar lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement