Pantas delivery dari Lazada Malaysia. Saya dapat powerbank yang saya beli dari Lazada ini hanya dalam tempioh sehari! Saya beli 12 Disember 2014, dan saya terima pada 13 Disember 2014 iaitu hari Sabtu. Saya ingatkan akan terima pada hari Isnin, tetapi rupa-rupanya ... hmm memang puas hatilah bab penghantaran ni.
Lazada Pineng PN-913 10000mAh Berbaloi Beli
Lepas saya beli powerbank Pineng PN-913 dari Lazada Malaysia, saya pun surveylah harga asal dia di tempat lain. Ya, memang sah, Lazada Malaysia jual online lebih murah. Kalau di kedai biasa, rata-rata yang jual powerbank ni dalam RM70-RM80 seunit, original set. Tapi, saya beli dengan harga lebih kurang sama, saya dapat dua powerbank Pineng original daripada Lazada...syok.... memang banyak syok.
Hari ini, saya lihat tawaran harga powerbank Pineng PN-913 10000mAh dalam jualan Hello 2015 ini adalah RM88.00 .... perghhh ... untung RM2. Inilah sebab saya suka beli semasa Lazada buat sale gila-gila. Mula tu risau juga kejadian jualan 11.11.2014 berlaku pada saya, seperti ramai rakan yang telah mengadu sehingga saya buat entri Lazada Malaysia Patut Lebih Tahu
Walaupun ada kes yang pembeli yang dapat produk yang cikai dan 'palsu' apabila beli online, tetapi alhamdulillah, perkara ini tidak berlaku pada saya setakat ini.
Tips Beli Belah Online di Lazada Malaysia
Sedikit tips untuk beli belah online di Lazada Malaysia:- Bandingkan harga.
- Bandingkan syarikat yang handle pembelian.
- Lihat terma dan syarat yang diberikan.
- Buat carian mengenai syarikat yang sediakan penjualan jika selain dari Lazada Malaysia.
- Gunakan baucer kod yang disediakan untuk dapatkan lebih potongan.
- Lihat kaedah penghantaran yang disediakan untuk produk yang dibeli - samada bayar kad kredit/debit, guna CIMB, guna Maybank, atau COD. Setengah tawaran ada lagi diskaun tertentu jika beli guna kad kredit/debit contohnya CIMB mahupun Maybank.
- Langgan newsletter dari Lazada Malaysia untuk dapatkan tawaran-tawaran 'tersembunyi'.
Setelah anda dapat barang, anda boleh periksa ketulenan sesetengah produk. Anda boleh Google sendiri, dan untuk powerbank Pineng, anda boleh semak kod di laman web Pineng sendiri untuk tahu samada produk anda itu original atau palsu. Nanti saya akan ceritakan lagi di entri akan datang.
Sekarang, saya dah ada dua powerbank Pineng PN-913 10000mAh, satu untuk saya, dan satu untuk isteri ... tak perlu rebut-rebut dah .. hoho ...