Tajuk panjang. Satu perkongsian pengalaman mengenai cara nak buat duit dengan blog - letak iklan banyak bukan cara terbaik buat duit dengan blog. Ok. Mungkin kenyataan dan pendapat saya ini takkan semua bersetuju, tetapi jika mahu blog betul-betul buat duit, anda kena baca ulasan saya dari awal sehingga habis.

Telan mati mak, luah mati bapak. Ramai blogger terutama blogger baru yang terdesak nak buat duit dengan blog sehingga blog penuh dengan iklan. Persepsi bahawa ada banyak iklan maka akan lebih income dari blog sepatutnya diperbetulkan.

Letak Iklan Banyak Bukan Cara Terbaik Buat Duit Dengan Blog

Letak Iklan Banyak Bukan Cara Terbaik Buat Duit Dengan Blog
Saya sendiri secara terang-terang telah melakukan kesilapan ini.

Mahu benar-benar buat duit dengan blog - adalah bukan dengan meletakkan terlalu banyak banner iklan, atau link iklan. Cara itu memang berkesan untuk permulaan. Tetapi lama-lama ia akan sekadar menyemakkan blog tanpa ada sebarang income pun dijana menerusinya. Kalau ada pun, susah nak claim ia sebagai sumber income terbaik untuk blogger sepenuh masa, terutama seperti saya.

Sedar Cara Ini Silap Bila Baca Ebook Teknik SEO Merah Jambu

Jika anda sudah membeli ebook Teknik SEO Merah Jambu, anda tentu sudah menukar teknik anda untuk mendapat income dari blog, khususnya menerusi program affiliate. Hanya mereka yang tak beli sahaja (terutama saya) akan buat pendekatan yang tidak menguntungkan untuk jangkamasa panjang ini.

Setelah saya beli dan baca dari awal hingga habis Teknik SEO Merah Jambu, barulah saya sedar bahawa letak iklan banyak bukan cara terbaik buat duit dengan blog, apatah lagi bila melibatkan banner yang penuh di sisi sidebar, atas, bawah dalam blog. Ia satu teknik yang memakan diri, kerana Google tidak suka dengan blog yang ada terlalu banyak iklan ini - sebab menjadikan ia blog tidak mesra pengunjung dan blog jadi lambat untuk loading.

Meletakkan iklan tidak salah. Yang salah ialah bila ia terlalu melampau sehinggakan apa yang anda ingin capai menerusi blog terbantut dan tersekat-sekat. Apatah lagi jika tidak amalkan konsep yang sering kita lupa mengenai Harta Yang Diberkati

Apakah Tips Terbaik Jana Income Blog?

Cara terbaik untuk buat duit dengan blog ialah mendapatkan ilmu-ilmu berkaitan pemasaran online. Saya telah banyak kali dedahkan mengenai bab pemasaran online ini. Jika anda dah baca, alhamdulillah. Jika anda dah praktik, alhamdulillah. Jika anda konsisten, alhamdulillah. Dan anda akan ketinggalan jauh dan lebih jauh jika tidak mulakan dari sekarang - baca, praktik serta konsisten melakukannya.

Jangan takut dengan ayat-ayat besar ditunjukkan kepada anda, kerana mereka juga dulu macam anda juga. Beranikan diri untuk bertindak.

Saya kagum dengan blogger muda yang tak tunggu untuk rebut peluang belajar ilmu buat duit online, terutama dalam bab pemasaran online ni. Itu sebab ada blogger baru yang setahun jagung join program affiliate percuma boleh dapat income 4-5 angka dalam masa singkat. Jauh meninggalkan saya yang lebih dulu ada blog, dan lebih dulu bercerita pasal buat duit dengan blog ni.

Anda jangan buat silap seperti saya. Jika anda blogger baru, cuba baca Kitab Teknik SEO Merah Jambu, dan cuba belajar dari blogger bernama ReezLuv yang dah terbitkan sebuah ebook terbaik Rahsia Klikjer.com - untuk anda merasai apa itu cara terbaik buat duit dengan blog.

Jangan buat silap macam diri saya. 

24 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Setiap orang ada punca rezeki yg berbeza-beza. Terpulang kapada empunya blog utk menentukannya. Jika mahukan lebih...perlulah tahu caranya dan berpandukan kpd mereka yg telah berjaya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian. bagi mereka yang benar ingin berjaya pasti mencari ilmu untuk terus berjaya

    ReplyDelete
  3. Betul tu! Jangan banyak sangat iklan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesilapan blogger ialah obses untuk dapat income walhal blog tak ada benda yang boleh dijadikan arah untuk itu. :)

      Delete
  4. Terima kasih atas peringatannya.
    Masa mula letak iklan rasa suka je tengok.tapi lama kelamaan blog dah jadi berat.
    Memang dah target lepas mula affiliate ni nak repair blog.tak sangka dah kena sebiji awal2.hehe

    Xpe...maknanya saya kena cepat bertindak.siapa yang nak tengok contoh blog iklan jom terjah blog saya sebelum saya buat proses pemulihan.hehe,

    ReplyDelete
  5. Saya setuju..kerana ada sesetengah blog tu perlu close banyak benda utk baca entry dia.last saya terus pangkah jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap bukan blog ini yang diperkatakan tu .. huhu .. :)

      Delete
  6. terima kasih berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  7. kalau tak ada iklan langsung juga..iklan ini macam penambah seri blog

    ReplyDelete
  8. =( dulu masuk blog sifu HH takde iklan (video) di awal nya.. tapi sekarang awat letak iklan video? kalau buka kat henfon memang takleh nak buka blog.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iklan tu datangnya dari Innity, tak leh nak buat apa dik ... kecuali ada yang sanggup bayar untuk keluarkannya dari blog .. hehehe.... :P

      Delete
    2. Satu kerugian trafik juga ni kerana yg melayari guna hp kini sudah melebihi pengguna desktop dan tablet.

      Delete
  9. Info yg bermanfaat ni HH. Bnyk lagi yg saya perlu belajar. Setakat ni blog amat membantu menyokong kerjaya. Sambil menulis dpt juga meyakinkan prospek sedia ada dlm bidang saya yg kebanyakkan bukan blogger. Tahun ini mmg ada bercadang nak mendalami ilmu berblogging dgn lebih baik lagi disamping menambah lagi sumber pendapatan melalui blog. Ebook pun kena sambar juga ni.. Thanks sharing sifu!

    ReplyDelete
  10. Ye memang benar..jika terlalu banyak iklan bermakna bukan mesra pengunjung kerana kebanyakan pengunjung ingin membaca artikel tanpa banyak gangguan dari iklan di blog kita...

    ReplyDelete
  11. Sikit iklan tapi ada artikel sentuh pasal iklan pun dah kira power dah...

    ReplyDelete
  12. dua ebook yang pasti akan dicari oleh mereka yang mahu jana duit gna affiliate

    ReplyDelete
  13. Betul apa yang ditulis oleh saudara HH..
    Meletak iklan yang banyak akan meyesat dan melambatkan loading dan kurang SEO..
    Mengenai Kitab SEO merah jambu pula saya kasi 5 bintang..cukup simple dan satai.. TAPI ilmu yang dikongsi cukup2 SUPERRRRR...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah. Untung siapa yang dah dapat kitab seo merah jambu ... tak rugi memiliki dan baca segala ilmu di dalamnya. Tinggal nak gunakan untuk kebaikan blog sahaja.

      Delete
  14. Ada ketikanya... cara terbaik mendapatkan hasil...
    Ialah dengan mengikut jalan yang sudah ditempuhi oleh si-berjaya
    Apa pun cuba dulu dan cek apa yang bersesuaian dengan cara kita dan pelanggan kita.
    Content bagus… itu KING.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak dari dulu lagi kita perlu pastikan kandungan blog kita adalah yang terbaik dan paling bermutu, hatta hanya menulis resepi ibu yang kita buat tengahari semalam. :)

      Delete
  15. memang betul pun kita sebagai pembaca juga kadag-kadang memang rimas dengan iklan yg terlalu banyak. mak jemah juga akui pernah buat kesilapan yg sama..

    ReplyDelete
  16. Fokus pada satu-satu iklan dulu.
    Takut yang dikejar tak dapat yang di kendong keciciran

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement