Sukar sebenarnya untuk menjiwai blog. Bagaimana nak menulis sesuatu yang bermanfaat tetapi pada masa yang sama ada soul, ada jiwa dalam penulisan? Saya tak pandai. Serius saya tidak tahu cara untuk menulis entri yang ada jiwa ini. Ramai blogger terdahulu ada nilai ini, ada jiwa ini, tetapi tidak pada saya. Saya kalah bab ini.

Saya tidak seperti blogger Fatin Liyana Asri, Ben Ashaari, Denaihati, KeretaMayat, Shakiddo, Eyriqazz dan beberapa nama lain yang hebat-hebat dan ramai pengikut. Saya akui ini kekurangan yang dah lama cuba untuk ditutup, tetapi seperti sukar ya amat.

Menjiwai Blog

Bagaimana nak menjiwai blog seandainya bentuk penulisan lebih kepada perkara yang berbentuk seperti teknikal dan ilmu? Sukar rasanya.

Jaki melihat blogger-blogger hebat yang ada kekuatan ini, seperti blog Fatin Liyana yang tidak gunakan pendekatan SEO... tapi trafik mencanak, pengikut blog bertambah. Fuh .. memang hebat!

Tapi teguran-teguran rakan blogger untuk saya lebih menulis entri berbentuk soul ini sangat berterima kasih. Saya tahu mereka mahu saya dikenali di dalam dunia blog untuk menghasilkan blog yang benar-benar ada tarikan tersendiri, dan bukan semata mengumpan. Bukan hanya gunakan teknik SEO untuk dapatkan trafik blog.

Mungkin tahun 2015 ini adalah satu langkah baru untuk saya perbaiki cara penyampaian dan penulisan. Kena tukar. Pemerintahan negara pun bertukar, apalah sangat untuk tukar teknik menulis blog... hoho. Mungkin akan rasa kehilangan, tetapi itu adalah kesan yang harus saya hadapi.

Ramai rakan blogger yang dulunya kerap kongsi teknik SEO, tips blogspot sudahpun slow down. Mereka sudah beralih, dan bertukar cara. Mungkin saya juga perlu mengikut jejak langkah mereka yang terdahulu di dalam tips blogging ini.

Menjiwai blog bukan mudah. Itu pasti. Buat mereka yang dah berjaya buat tu, memang saya tabik hormat seratus dua puluh empat kali.

17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Itulah namanya bakat dan bersyukurlah mereka yang berbakat. Bakat boleh diasah walaupun mungkin jadi pensil kontot. Mungkin juga sukar nak tukar kepimpinan 'satu negara', tukarlah satu 'negeri', dan jadikan 'negeri' yang hebat..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghh .. terbaiklah SP bagi perumpaman .. terima kasih juga tips diberikan.

      Delete
    2. amboi smpai kluar pensel kontot - kedaionlinemy.com

      Delete
  2. Jdi dri sendiri yg penting. Knl psti kekuatan. Tuan dah ada kekuatan tersendiri. Teruskn momentum

    ReplyDelete
  3. Tapi iday suka baca blog Hasrul Hassan , sape cakap takde soul, banyak tip ida belajar kat sini.

    Kalau cikgu ajar, ikhlas, sure anak murid faham.

    Hasrul Hassan kongsi tips berguna, ramai orang baca dan praktik maknanya ilmu tu ada soul. gituuuuuu. Hehehe

    Heheheh, apa-apa, keep doing a great job :)

    ReplyDelete
  4. fyna pun cuba menjiwai blog fyna sendiri. sampai sekarang masih lagi mencari dan cuba menjiwai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm ... saya tgk blog fyna pun dah makin tinggi trafik dia ehh

      Delete
  5. kalau dah kenal blog sendiri, dah kenal reader sendiri, tak susah mana nak menjiwai..:D

    ReplyDelete
  6. bukan senang nak ada jiwa, eh nak menjiwai penulisan yg dipertontonkan pada semua pembaca blog. tp mak jemah suka je datang ke blog HH ni sebab bnyk tips menarik

    ReplyDelete
  7. Saya pun tak tahu samaada saya dah menjiwai ke belum, sebab saya menulis ikut apa saya nak tulis erkkk

    ReplyDelete
  8. marilah kita sama-sama belajar...banyak lagi benda yang kita kena belajar bila kita tau sesuatu perkara...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya sendiri rasa banyak lagi perkara mengenai dunia blog yang saya tak tahu. Selalu je silap langkah.

      Delete
  9. Betul tu. Kita kena menjiwai penulisan dalam setiap entri yang kita hasilkan. Silalah Encik HH jenguk blog saya pula dan berikan sedikit pandangan untuk penambahbaikan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Sama2 kita belajar untuk menjiwai blog kita sendiri ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Kena tahu apa yang pengunjung dan pembaca betul2 nakkan.

      Delete
  11. assalamualaikum HH...yer betul tu mmg susah...byk benda yg kita perlu pelajari lagi..:)

    ReplyDelete
  12. Bro, kadangkala kita kena stand alone from the crowd supaya nampak unik. Kalau nak berubah tu tak salah, cuma kekalkan keunikan kita. Saya suka cara penulisan bro.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement