Saya secara jujurnya tidak tahu menahu, tetapi apabila melihatkan trafik blog tetiba mencanak kerana satu entri lama saya mengenai kekasih hati Hanis Zalikha, maka saya pun mencarilah sebab mengapa ia berlaku. Dan... nah ... Hanis Zalikha dilamar oleh Hairul Azreen secara siarang langsung dalam satu konsert akhir anjuran Astro. Perghhh .....
Hanis Zalikha Dilamar Menjadi Isteri Hairul Azreen
Rentetan Peristiwa Hanis Zalikha Dilamar Menjadi Isteri Secara Langsung oleh Hairul Azreen
Berikut adalah kronologi peristiwa 4 Januari 2015 kira-kira jam 11:00 malam yang sempat saya cedok dan olah dari laman Mangga Online.Pelakon kacak Hairul Azreen muncul bersama barisan penari latar semasa persembahan kumpulan Kristal. Pada ketika itu, pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse menjemput Hanis untuk naik ke pentas.
Hairul Azreen ucap pada Hanis Zalikha bahawa dia mahu Hanis menjadi isterinya.. dan penonton bersorak tanda terkejut bercampur gembira (kot).
Maka, dipertontonkan di skrin besar satu klip video yang menunjukkan apa yang akan dilakukan oleh Hairul Azreen mendapat restu keluarga Hanis Zalikha dan ...
Kemudian, Hairul keluarkan sebentuk cincin belah rotan lalu keluarlah dialog ini:
“Ini bukan cincin tunang dan bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan saya. Sudikah awak menjadi isteri saya?” ujar Hairul.
Tersipu-sipu Hanis Zalikha di situ sambil tersenyum.
Hanis yang agak terkejut dengan lamaran tersebut dan membalas jawapan, “Insya-Allah, thank you."
Sekali lagi Hairul mengulangnya dengan bertanya "Yes or No?".
Hanis membalas, "YES'.
.. begitulah adanya.
Tahniah buat Hanis Zalikha. Tahniah juga buat pelakon Hairul Azreen.
Perkenalan mereka berdua ni bukan singkat, saya fikir dah lama, cuma tak nampak hubungan mereka itu sebagai satu pasangan kekasih. Cuma akhir-akhir ini nampak ada keakraban luar biasa sedikit walaupun mereka berdua menafikan yang ada apa-apa di antaranya.
Akhirnya kisah cinta Hanis Zalikha sudahpun terjawab... hoho.
Jodoh dah sampai mungkin buat kedua - Hanis Zalikha 24 tahun dengan Hairul Azreen 27 tahun. Hoho ... bagai pinang dibelah dua ye tak?
Tahniah. Tahniah. Saya ucapkan tahniah dan semoga apa yang telah dipaparkan ke seluruh rakyat Malaysia yang menonton itu cepat-cepat direalisasikan. Tak perlu nak tangguh lagi sebab ia perkara baik. In Sha Allah, permulaan baik didoakan agar berakhir dengan baik.
Hmm ... teringat mengenai tips menjadi blogger masyhur yang pernah Hanis kongsikan bersama. :)
wau tak sangka abg HH ni romantika orang nya hahah - kedaionlinemy.com
BalasPadamErkkk apsal pulak tu? Hoho ..
Padamtip top mereka pagi ni.macam goreng pisang panas tajuk ni.
BalasPadamTahniah buat mereka berdua... sejujurnya tak tau pun yang mereka bercinta... ha ha ha
BalasPadamhttp://madey09.blogspot.com/2015/01/oh-google-kita-terima-kasih.html as'salam HH minta klik blog Etuza dengan hormat please....) wah tahniah blogger Hanis agaknya ada tak yang nak lamar Etuza pula..muahhha!!!! cabut lari!!!
BalasPadam:) terima kasih.
Padamdua2 retis ni Etuza minat..selain Daruk Siti ....)
BalasPadamterus ja mereka bertunagnan...bagus kurang gosip..aman lah jadi retis macam mereka ni
BalasPadamTahniah hairul,awk mmg berani buat secara live..semoga berkekalanlah sehingga ke akhir hayat ye.
BalasPadamKita doakan ... in Sha Allah hindar dari segala fitnah.
Padamhairul yang berlaku misi ku kuza kan..huuuu dia lah yang anak perempuan Etuza minat tu tonton kuza misi dia tak jadi kahwin lak katanya...dalam drama..
BalasPadamSemoga ke jinjang pelamin buat mereka berdua..
BalasPadamMesti majlis pun dah tak lama
Hmm hrapnya begitulah, rasanya Abang Ensem tu tahu detail benda tu rasanya ..hoho
PadamWah.
BalasPadamSungguh sangka la mereka pasangan kekasih.
Bagus nie. Hanya cerita career je kan.
Semoga hingga ke jinjang pelamin hendaknya.
Suka tengok Hanis Zalikha ni..Lembut je org nya..Memang bagai pinang dibelah dua.. Moga hubungan mereka terus berkekalan ke jinjang pelamin dan hingga hujung nyawa hendaknya kan..Sama2 kite doakan..^_^
BalasPadamTahniah pada pasangan sensasi ni. Walaupun ada pendapat luar pasal cara propose atas pentas tu tak betul. Tapi apa2 pon harap drg kahwin dan bahagia. Tak separuh jalan jer.
BalasPadamMoga mereka ni berbahagia hingga ke syurga..
BalasPadamTahniah...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.