Tamat dah zaman prasekolah buat anak saya, Zikri. Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun berada di dalam persekolahan pra, akhirnya anak saya naik juga ke atas pentas untuk terima sijil. Hoho ... anak saya Zikri, sebelum ini pernah masuk prasekolah Tadika Perpaduan selama 2 tahun iaitu di umur 4 dan 5 tahun sebelum masuk ke prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di umur 6 tahun.

Saya sebelum ini pernah membuat perbandingan antara Tadika Islam dan Tadika Perpaduan. Sekadar perbandingan umum dari kacamata seorang ayah. Ada pro dan kontra. Namun, pendidikan anak kecil ini sebenarnya bermula dari rumah, jika kita bentuk dengan baik, in Sha Allah, walau masuk mana-mana sekolah pun akan jadi lebih baik.

Tamatnya Zaman Prasekolah Buat Zikri

Tamatnya zaman prasekolah untuk Zikri, fasa baru akan bermula. Masuk darjah satu tak sama masuk ke prasekolah. Darjah satu sudah mula kena serius dengan pelajaran. Ada markah diambil dan dinilai. Prestasi dicatat untuk jadi rujukan. Saya dan isteri selalu ingatkan pada anak-anak bahawa bila sudah masuk sekolah, kena belajar dan faham apa cikgu ajar.

Sebelum ini, anak saya Zikri tak pernah ada kesempatan untuk naik ke pentas terima watikah (erkk), tapi ntah bagaimana tahun 2014, dia sudah ada keberanian untuk naik ke pentas ambil sijil tamat prasekolah. Tak seperti abangnya yang ada semua sijil tamat prasekolah dari Tadika Islam Perak, sama juga dengan Maira, yang juga ada sijil tamat prasekolah umur 4 tahun.

Layan beberapa gambar 'aksi' tanpa riak wajah Zikri atas pentas terima sijil tamat prasekolah...hoho . alahai anak. Majlis ini berlangsung pada bulan November 2014 di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, Seberang Perai Selatan.






8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. InsyaAllah semoga menturuti jejak ayahnya...

    ReplyDelete
  2. samalah dgn anak saya, Danish..tahun 2015 mereka masuk Tahun 1..semoga terus berjaya dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...suka die pakai jubah

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Zikri memang seorang yang berani ... kalau kat rumah dialah champion .. hoho

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement