Salah satu cara blogger buat duit online adalah dengan meletakkan Google Adsense di blog. Google Adsense adalah satu bentuk pengiklanan online yang sangat popular dan paling berpengaruh di dunia. Saya boleh katakan ia mendominasi saluran pengiklanan online di internet tanpa ada ganggu gugat dengan mana-mana platform pengiklanan online.

Ciri unik dan terbaik yang ada pada plaform pengiklanan Google Adsense ini telah menyebabkan ia menjadi platform pengiklanan antara paling lumayan untuk blogger. Apatah lagi ia membayar dalam bentuk matawang yang boleh dimanipulasi untuk mendapat lebih income. Income dari Adsense memang lumayan.
Tips Mendapatkan Akaun Adsense Penuh
Ada banyak cara untuk membolehkan anda membuat income online menggunakan Google Adsense ini. Anda boleh gunakan untuk dapat income menerusi blog mahupun menerusi YouTube. Dua kaedah ini adalah dua kaedah yang sedang saya gunakan untuk peroleh income menerusi akaun Google Adsense penuh.

Jika anda seorang blogger blogspot, telah ada cara mudah untuk anda dapatkan satu akaun Google Adsense, tetapi kaedah tersebut tidak membolehkan anda untuk mendapatkan akaun Google Adsense penuh. Saya ada berikan tutorial ringkas untuk letakkan iklan Adsense di blogspot untuk anda baca.

Untuk mendapatkan satu akaun Google Adsense penuh yang boleh anda gunakan kod HTML (banner) yang disediakan dan letakkan di mana-mana blog - termasuk blog bahasa Melayu, anda perlulah buat permohonan terus ke Google Adsense.
Tips Mendapatkan Akaun Adsense Penuh Blog Bahasa Melayu

Tips Mendapatkan Akaun Adsense Penuh

Tetapi sebelum anda boleh berbuat demikian, pastikan anda ikuti tips yang akan saya berikan ini. Ini adalah penting supaya nanti anda tidak kecewa berulang-ulang kali untuk mendapatkan akaun Adsense penuh.

Ok. Pertama sekali anda perlulah ada sebuah blog berbahasa Inggeris. Blog bahasa Inggeris adalah antara perkara paling utama untuk dapatkan sebuah akaun Adsense penuh. Pastikan anda set bahasa blog tersebut ke bahasa Inggeris (lihat pada dashboard blogspot anda).

Semua perkara, termasuk tajuk blog, meta tag, search description blogspot anda mesti ditulis dalam bahasa Inggeris. Elakkan anda menulis blog description seperti "Ini blog peribadi saya" atau "Blog Informasi Terkini Terbaik".

Kemudian lihat dan ikuti tips berikut:

  • Beli satu domain berbayar untuk blogspot anda. Domain tersebut mestilah dalam bentuk domain tld seperti .com, .net, .org yang bersifat umum. Untuk dapatkan domain, anda boleh rujuk entri saya mengenainya di sini - Cara Nak Dapatkan Nama Domain Blog Sendiri
  • Gunakan template blogspot yang mesra SEO dengan navigasi yang baik, dan mudah untuk pengunjung blog anda. Template mestilah minimal dan tiada masalah loading.
    Pastikan anda telah sediakan paling kurang 30 entri unik dengan minima 300 perkataan setiap entri di dalam bahasa Inggeris. Entri ini mestilah ada kaitan dengan tema blog anda. Jangan sesekali anda terbitkan entri copy-paste atau yang mengandungi gambar yang bukan hak milik anda.
  • Pastikan blog anda ada kenyataan Privacy Policy page, anda boleh lihat contoh di sini - Polisi Blog
  • Dapatkan trafik blog anda dari enjin carian. Google Adsense hanya akan benarkan anda ada akaun full Adsense jika blog anda ada keupayaan untuk menarik pengunjung dan pembaca dari enjin carian Google. Ini adalah kerana ia merupakan konsep utama Google Adsense untuk paparkan iklan di blog anda.
  • Elakkan guna widget seperti Busuk.org, Kartikel.com, Apesal.com dan seangkatan dengannya.
  • Letakkan juga Disclaimer untuk blog anda. Dan gunakan Google Plus Profile di dalam blogspot anda.
  • Biarkan blog anda menerima trafik dari Google dalam 2-3 bulan.
Setelah anda ikuti tips yang diberikan di atas, terus sahaja buat permohonan akaun Google Adsense penuh menerusi pautan ini - http://www.google.com/adsense

Login guna id Google yang sama dengan login id akaun blogspot anda. Lengkapkan borang yang disediakan, dan masukkan link atau URL blogspot anda tadi. Pastikan butiran adalah benar dan betul. Jangan sesekali masukkan nama yang bukan-bukan atau alamat yang salah, kerana anda mungkin akan hadapi masalah untuk terima bayaran nanti.

Tunggu email daripada pihak Google Adsense untuk pengesahan, beserta status permohonan akaun Google Adsense penuh anda. Jika tiada masalah, anda akan terima email pemberitahuan seperti di bawah ini:
Tips Mendapatkan Akaun Adsense Penuh Blog Bahasa Melayu
Di dalam email itu nanti, akan ada lagi beberapa tips dan pemberitahuan penting daripada pihak Google Adsense terutama berkaitan polisi mereka mengenai iklan.

Bila dah dapat pengesahan, maka boleh terus login ke akaun penuh Google Adsense anda untuk dapatkan banner-banner iklan yang pelbagai saiz dan gunakan kod HTML yang diberikan untuk letak di mana-mana sahaja blog yang anda ada, termasuklah blog berbahasa Melayu.

Contoh Blog Bahasa Melayu Iklan Adsense

Contoh dari blog berbahasa Melayu saya yang gunakan platform iklan Adsense akaun penuh:
Adsense di blog Bahasa Melayu

Adsense di blog Bahasa Melayu

Manakala blog sedia ada untuk daftar Adsense ini bolehlah anda maintain dari semasa ke semasa, dengan memastikan ia hidup dan terupdate.

Seandainya anda mahu panduan lebih lengkap dan cara-cara nak optimasi pendapatan online menerusi platform Google Adsense ni, bolehlah anda rujuk Jana Wang Adsense Versi Terkini

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. singgah sini ye . jom join segmen shahril yang terbaru .

    http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/segmen-jom-masuk-ke-bloglist-shahril.html

    ReplyDelete
  2. mas , misalkan saya pake email satu akan tetapi saya memiliki dua blog , seandaikan saya mendaftarkan blog satunya terus ditolak , dan saya mendaftarkan blog satunya lgi apakah bisa dan masih menggunakan email yang sama ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa saya anda perlu guna email lain jika email tersebut telah di tolak. Jika nak selamat, bina satu blog dalam bahasa Inggeris. Lepas dapat akaun adsense baru boleh but bahasa Melayu. Tak pun teruskan dengan blog bahasa Inggeris tersebut.

      Delete
    2. Perkara paling penting untuk Adsense ialah alamat rumah. Jika alamat sama, ia akan dikira satu akaun walaupun email berlainan.

      Saya guna 3 email berlainan tetapi akaun Adsense saya satu. Tiga2 akaun boleh saya login dan tgk hasilnya.

      Delete
    3. Boleh. Tidak ada masalah guna login email saya untuk dua blog. Satu blog itu ditolak, jadi jangan gunakan blog itu sebagai rujukan untuk permohonan kedua, gunakan blog satu lagi.

      Delete
  3. Salam HH,nak request cara masukkan kod adsense boleh tak ?Terima Kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ok. In Sha Allah, saya akan tulis dalam masa terdekat.

      Delete
  4. bagaimana saya ingin memohon google adsense ? saya telah cuba memohon google adsense tempoh hari tetapi melalui alamat web akaun saya dengan docstoc... saya telah memohon agar admin memadam akaun saya dengan docstoc. .dan pihak admin docstoc telah memadamkannya.. tetapi ketika saya ingin memohon google adsense yang terbaru.. nama link @ website saya masih lagi nama file saya didalam docstoc.. saya mohon tunjuk ajar atas masalah ini.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah link tersebut boleh diubah?

      Delete
    2. masalah saya link tersebut tidak boleh diubah... sudah banyak kali saya cuba mengubah dan mengeditnya.. tetapi tidak boleh... bila saya klick di link tersebut.. ini nota yang diberi...

      In order for us to complete the review process, please enter a URL on which you'll place ad code. If we do not detect ad requests with your publisher ID on the domain listed above, we'll be unable to approve your account. You're welcome to place ad code on multiple domains, as long as you request ads from the domain listed above as well.

      Delete
  5. Buat email baru, pastu pindah owner ke blog tersebut. Kemudian, cuba apply login emai baru dan link blog.

    ReplyDelete
  6. baiklah. saya akan membuat email baru. jutaan terima kasih atas tunjuk ajar tuan hasrul hassan.

    ReplyDelete
  7. tapi adsense kerap la ban hahaha.. adoi.. masalah btol la..

    ReplyDelete
  8. Lepas baca entry ni baru jelas sebab data no available... Insha Allah, akan usaha ke arah pengaktifan full akaun... tengah usaha slow2 ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement