Paku Rawan ni terkenal di kalangan masyarakat Jawa dan Banjar. Mudah dijumpai di tali air sawah. Kalau dipandang sepintas lalu, ada kata ia merupakan pokok Keladi Bunting, tetapi hakikatnya ia berlainan sama sekali.
Ulam Paku Rawan Sejukkan Badan
Sejujurnya sebelum ini saya tidak pernah tahu pun pokok ini boleh dijadikan ulam-ulaman. Emak saya sendiri pun terkejut, sebab depan rumah di kampung ada banyak pokok Paku Rawan, tapi tak pernah terfikir pun nak diambil untuk dijadikan ulam.
Paku Rawan Untuk Dibuat Ulam dan Masakan Bertumis
Bila saya datang 'berhijrah' ke kawasan Parit Buntar, baru saya tahu bahawa pokok ini sangat sedap dijadikan ulam. Untuk dijadikan ulam, Paku Rawan kena dicelur terlebih dahulu atau direbus. Ia sedap dimakan dicecah dengan sambal belacan. Ada juga yang jadikan ia sebagai masakan bertumis.Daunnya tidak dimakan, tetapi yang dibuat ulam adalah bahagian batang yang menjurus dengan hujungnya ada satu kudup.
Bantu Selesaikan Sembelit dan Untuk Sejukkan Badan
Kata orang tua-tua di sini (Parit Buntar), pokok Paku Rawan elok dijadikan ulam kerana ia boleh membantu selesaikan masalah sembelit dan juga dapat menyejukkan badan.Paku Rawan mudah ditemui di bahagian utara sebab ada dijual di pasar basah biasa. Kalau di tempat lain, anda boleh cari di Pasar Tani atau peniaga yang menjual hasil kampung.
Cubalah. Sedap.
Ya Allah... sedap nya paku rawan.... kat Ampang ni cam susah nak dapat... Sha memang suka cicah sambal belacan je.,.. ada ikan kembung goreng... cukup.... bertambah nasik :D
ReplyDeleteTak pernah rasa. Hope one day dapat merasa paku rawan. First time tengok ni.
ReplyDeleteHaaa Aina kena mai sini la .. leh la merasa makan ulam ni ... syok ooo ..
DeleteBoleh untuk sembelit sekali ye sayur ni.. Zaza suka sgt first time mkn ms kt kndri.. Dia bt masakan mcm2 kerabu.. 2 tiga kali tambah
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.