Haha. Dato' Siti Nurhaliza pun terkejut bila dapat tahu bahawa beliau salah seorang wanita terkaya di Malaysia di samping beberapa nama tokoh lain termasuklah Datuk Nicol David dan Datuk Michelle Yeoh. Sejauh mana kebenaran mengenai senarai wanita paling kaya di Malaysia itu tidaklah dapat dipastikan. Ada sebab kenapa laman web tersebut menyenaraikan mereka, itu pasti.
Apapun, samada benar atau tidak, saya suka nak kongsikan mengenai senarai 10 wanita Muslim yang dianggap tercantik dan terkaya di dunia. Senarai ini telah dikeluarkan pada tahun 2013, dan saya fikir ia masih lagi relevan memandangkan kekayaan yang sangat hebat dimiliki oleh 10 wanita Muslim ini.
10 Wanita Muslim Terkaya Tercantik di Dunia
Senarai 10 wanita Muslim tercantik dan terkaya di dunia ini telah dilaporkan oleh Daily Bhaskar. Jom lihat siapakah wanita-wanita ini.Ameera Al-Taweel
Lalla Salma
Rania Al Abdullah
Fathima Kulsum
Hafizah Sururul Bolkiah
Nur Zahirah
Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah adalah isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong ke-13. Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1973. Keluarga beliau tidak pernah mendedahkan nilai aset yang mereka miliki. Namun begitu, terdapat sumber mengatakan kekayaan mereka adalah hampir atau lebih daripada $15 bilion.[Baca] Infografik - World's Richest People
Sheikha Mozah
Sheikha Mozah telah dilahirkan pada tahun 1959 dan merupakan isteri kedua daripada tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani. Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad dianggarkan lebih daripada £7 bilion. Negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli yang luas, Qatar adalah antara negara-negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia, dan salah satu negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan.Sheikha Maitha Binti Mohammed
Majeedah Nuurul Bolkiah
Anak keempat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 16 Mac 1976. Puteri Majeedah, ibu kepada seorang anak lelaki, telah berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Pembantu Pegawai Eksekutif di Pejabat Perdana Menteri. Mereka berkahwin pada Jun 2007.Sheikha Hanadi
Seorang pegawai bank, pelabur dan usahawan hartanah, Sheikha Hanadi merupakan salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dalam sejarah ekonomi Qatar. Selain daripada menjadi penasihat khas di Standard Chartered Bank, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City. Hanadi juga adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Nasser bin Khaled Al Thani & Sons Group. Kekayaan keluarga Thani dianggarkan hampir $15 bilion.Kagum? Mereka kaya samada disebabkan oleh bersuamikan orang (Muslim) paling kaya, datang dari keluarga Muslim kaya raya atau kerana kerjaya mereka.
Moga boleh dijadikan inspirasi untuk wanita-wanita lain ... chaiyokkk. Err siapa yang tak nak jadi kaya .. kan kan? Nak jadi kaya .. nak jadi kaya.