Mengapa pilih Hotel Aston Braga, Bandung, Indonesia? Pengalaman pertama menginap di hotel bertaraf bintang di Kota Bandung memang mengujakan. Inilah kali pertama saya ada kesempatan untuk bercuti dan menginap di hotel luar negara yang diberikan penarafan 4 bintang, malah ada yang kata hotel Aston Braga selayaknya mendapat taraf 5 bintang atas servis dan khidmat yang terbaik.

Pengalaman pertama berada di Bandung Indonesia sangat seronok kerana dapat menginap di hotel ini. Ada banyak kemudahan yang sangat sesuai dengan diri saya sebagai seorang blogger sepenuh masa, malah isteri dan anak-anak juga menyukai menginap selama 4 hari 3 malam di Hotel Aston Braga ini.

Review Hotel Aston Braga Bandung

Review Hotel Aston Braga Bandung
Hotel ini merupakan hotel pilihan yang bagus untuk blogger, pelancong dan usahawan dari Malaysia. Kemudahan yang ada memang tepati kehendak yang sememangnya jarang akan dapat di mana-mana hotel lain di Kota Bandung. Hotel Aston Braga adalah antara pilihan terbaik dan saya akan berikan sebab-sebabnya.

12 Sebab Memilih Hotel Aston Braga

12 Sebab Memilih Hotel Aston Braga
  1. Kemudahan Lengkap Untuk Pelancong Malaysia - Kemudahan seperti soket antarabangsa sudah tersedia di bilik-bilik hotel, jadi tidak perlu buat pelancong Malaysia mengeluarkan belanja untuk dapatkan soket tambahan bagi tujuan mengecas bateri.
  2. Kemudahan Wifi Percuma - Kemudahan Wifi percuma boleh dikatakan terdapat di segenap ceruk hotel ini. Maka, untuk kekal berhubung dengan sanak saudara dan rakan-rakan di Malaysia tiada masalah, apatah lagi tanpa mengeluarkan sebarang kos.
  3. 12 Sebab Memilih Hotel Aston Braga
  4. Bilik Hotel Selesa - Selain kemudahan penting lengkap, saiz dan suasana bilik juga amat selesa.
  5. Keramahan Staff Hotel - Sesuatu yang sangat menyenangkan apabila setiap kali berselisih dengan staff hotel ini, anda akan ditegur dan disapa dengan ramah mesra. Apatah lagi bersama senyuman manis yang sentiasa menguntum.
    12 Sebab Memilih Hotel Aston Braga
  6. Kemudahan Parkir Selamat - Ada ruang parkir disediakan di bahagian bawah hotel (underground) yang terhindar dari kesesakan. Ia khusus dan khas. Tambahan lagi ada sekuriti yang menjaga keselamatan kenderaan - sekiranya anda menyewa kenderaan sendiri semasa melancong di Bandung.
  7. Kemudahan Pejalan Kaki Selamat - Di bawah hotel atau ruang parkir hotel ini ada akses ke gedung beli belah berdekatan dan hotel-hotel lain. Jadi, anda tidak perlu harungi kesesakan jalanraya atau keluar daripada bangunan hotel untuk ke lokasi-lokasi menarik yang berdekatan.
  8. Lebih 50 Siaran TV Satelit - Sesuatu yang jarang saya dapati di Malaysia. Hotel ini menyediakan siaran TV satelit lebih 50 siaran. Jika anda mahu habiskan masa di dalam bilik hotel, pasti tidak akan berasa bosan dengan kepelbagaian rancangan menarik yang boleh anda tonton secara santai di atas katil empuk.
  9. Kemudahan Penggunaan Komputer - Di ruang lobby hotel Aston Braga, ada dua buah komputer yang dilengkapi akses internet untuk anda gunakan sepanjang masa. Malah, anda boleh buat kerja-kerja penting menggunakan komputer tersebut.
  10. Kemudahan Kolam Renang - Hotel Aston Braga ada dua kolam renang, satu untuk kanak-kanak, dan satu lagi untuk dewasa. Lokasinya pula bersebelahan dengan cafe atau tempat makan hotel ini.
  11. Makanan Juadah Pelbagai Rasa - Hotel Aston Braga menyediakan breakfast yang kena dengan selera saya, ada hari menyediakan Nasi Lemak, Mee Goreng, Nasi Goreng dan Bihun Goreng. Tidak dinafikan, juadah menu tempatan turut disediakan. Jadi, masalah tidak kena selera memang tak berlaku.
  12. Review Hotel Aston Braga Bandung
  13. Lokasi Hotel Strategik - Lokasi hotel ini sangat strategik, bukan setakat hampir dan berdekatan dengan tempat beli belah terkenal di Bandung iaitu Pasar Baru, malah berdekatan dengan beberapa pusat liburan sekeluarga dan beberapa restoren hidangan tempatan terbaik.
  14. Harga Berpatutan - Salah satu faktor memilih Hotel Aston Braga ialah kerana harganya yang berpatutan. Anda boleh tempah secara online samada terus di laman web Hotel Aston Braga atau menerusi laman web lain seperti Agoda dan seumpamanya.
Review Hotel Aston Braga Bandung
Ada banyak lagi sebab untuk memilih hotel ini. Anda mungkin akan tertarik dengan menu unik lagi istimewa Hotdog Besar Aston Braga Bandung yang membolehkan anda menikmati supper dengan penuh selera dan kekenyangan. Harganya pula sangat menarik dan tidak membebankan.
Review Hotel Aston Braga Bandung
Review Hotel Aston Braga Bandung
Review Hotel Aston Braga Bandung
Review Hotel Aston Braga Bandung
Review Hotel Aston Braga Bandung
Review Hotel Aston Braga Bandung
Dan, semasa di hotel ini, saya nampak ada produk dari Malaysia sedang dipromosikan ... iaitu Anis Choc Moist. Baru saya tahu hotel ini pernah dijadikan tempat oleh pasangan jutawan ini yang juga rakan belajar saya dahulu untuk perkenalkan produk kek coklat Anis ke pasaran Indonesia, terutama di Jawa Barat.

Ada banyak kisah Bandung yang telah saya kongsikan di blog ini, juga tips berkaitan untuk anda merasa seronok berada di Bandung. Cubalah geledah ye .. in Sha Allah, ia pasti dapat membantu kelak bila ada cadangan nak bercuti makan angin di Kota Bandung, Paris Van Java.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement