5 cadangan Google Webmaster untuk membolehkan blog anda berada di dalam enjin carian Google. Ok. Sesiapa yang ada menggunakan servis percuma Google Webmaster Tools, tentu sudah arif mengenai 5 perkara penting ini. Lima perkara ini boleh dianggap sebagai tips penting oleh Google Webmaster Tools untuk membolehkan blog anda, terutama blog baru berada di dalam pengkalan data enjin carian.

Apakah 5 cadangan oleh Google Webmaster Tools ini? Susah ke nak buat? In Sha Allah, saya akan terangkan secara ringkas mengenai 5 cadangan Google Webmaster Tools ini untuk blogger baru manfaatkan. Ini merupakan antara teknik SEO asas yang semua blogger Malaysia patut gunakan, terutama untuk blogger blogspot Malaysia.

5 Cadangan Google Webmaster Bolehkan Blog Berada di Enjin Carian

Letakkan Variasi URL Blog Anda

Jika anda gunakan blogspot, masukkan dua variasi utama untuk URL blogspot anda di dalam Add a Site di Google Webmaster Tools; iaitu www.BLOG-ANDA.blogspot.com dan BLOG-ANDA.blogspot.com.

Pilih Variasi URL Utama

Pilih URL atau alamat blog anda yang mahu diserlahkan di laman enjin carian Google. Contohnya blog ini, saya mahu ia ditampilkan di enjin carian dengan URL - hasrulhassan.com di sebalik URL penuh - www.hasrulhassan.com

Pilih Negara Sasaran Carian

Saya pernah kata, jadilah ikan besar di kolam kecil, jadi skop yang lebih kecil akan beri impak lebih baik untuk blog anda menyerlah di enjin carian. Pilih skop carian ini. Tips saya, gunakan salah satu variasi untuk target Malaysia, dan satu lagi untuk target dunia.

Pemilik Blog

Jika anda ada dua atau lebih profile di Google atau blogger.com; masukkan ia ke dalam Manage Site Owner. Lebih banyak Google Profile untuk sesebuah laman web, menunjukkan ia ada autoriti tertentu - ia ibarat seperti ada Guess Writer di blog anda - walaupun ia sebenarnya adalah profile anda sendiri.

Hantar Sitemap

Bab paling penting bila menggunakan Google Webmaster Tools. Anda perlu hantar sitemap blogspot anda untuk digelintar enjin carian. Bagaimana nak hantar sitemap ini? Boleh baca - Cara Hantar Sitemaps Menerusi Google Webmaster Tools

Mudah ye tak? Ikut je apa kata Google Webmaster Tools ini, in Sha Allah, dalam masa seminggu dua, anda akan dapati trafik blog anda akan berubah, dan entri-entri blog anda akan berada di enjin carian secara automatik!
Tips SEO Blog - 5 Cadangan Google Webmaster Bolehkan Blog Berada di Enjin Carian

Tengok saya sendiri buat ... variasi blog saya dalam Google Webmaster Tools untuk dapatkan lebih impak dalam SEO dan juga domain Autoriti .. hoho...

Cubalah. Ikut je apa Google Webmaster Tools tu suruh buat .. mudah, in Sha Allah.

Tips SEO Blogspot

Semoga dimanfaatkan ilmu ini.

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih Tuan HH.

    Kalau guna wordpress, banyak ke perbezaan dia? Yang saya selalu buat tu, hantar sitemap

    ReplyDelete
  2. Saya syorkan setiap 2 minggu sekali hantar sitemap ... sysss jangan bagitahu orang tau .... resia ni.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian.. nanti saya cuba..

    ReplyDelete
  4. Pending takpe .. jangan fail. Pending tu sbb dia tgh memolek tgk blog kita .. tunggu esok lusa ok tu.

    ReplyDelete
  5. Malangnya ramai blogger malas nak buat semua tu..

    ReplyDelete
  6. terima kasih bro hh..dah buat semua :)

    ReplyDelete
  7. memang harus diperhatikan hal ini jika ingin dapat visitor dari google

    ReplyDelete
  8. perlukan sedikit kerajinan buat benda ini semua..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Benda tak biasa memang akan pening. Kena selalu 'bermain' dengan Google Webmaster Tools baru akan ok ..

      Delete
  10. nantilah datang check semula... tak dan nak study nieh

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement