Bakar Al Quran. Baru-baru ini, wife saya telah hadiri satu kuliah berkaitan cara melupuskan Al Quran. Banyak yang wife kongsikan kepada saya tentang topik tersebut. Tahukah anda bahawa cara melupuskan Al Quran ialah dengan membakarnya? Saya pasti ramai yang tahu hal ini. Jika tidak tahu, saya syorkan anda baca blog post ini.

Bakar Al Quran untuk tujuan pelupusan bukan boleh dibuat secara melulu. Ada tertib dan tatacara yang perlu anda ikut. Ramai yang tidak tahu, bukan setakat Al Quran yang perlu dibakar untuk melupuskannya. Malah, mana-mana buku termasuklah buku agama, buku teks agama, kitab rujukan, majalah, buku cerita dan tafsir ... mana-mana terbitan yang ada ayat Al Quran perlulah dilupuskan dengan cara yang betul.

Lupus Bahan Yang Ada Ayat Al Quran Dengan Betul

Dan dari penerangan wife saya kongsikan, proses ini juga termasuk kepada kalendar, tulisan-tulisan khat, sticker doa malah diari Islam yang ada ayat-ayat Al Quran, walaupun separuh atau sebahagian.

Ada pendapat mengatakan bahawa mana-mana buku yang bercampur tulisan rumi dan ayat Al Quran seperti tafsir, seandainya ayat Al Quran tidak melebihi tulisan rumi yang ada, ia boleh dikecualikan; namun untuk menjaga kesucian ayat-ayat Al Quran ini, adalah lebih baik ia dilupuskan dengan cara yang sama. Lagipun, setakat mana keyakinan kita bahawa satu-satu terbitan itu ayat rumi lebih 'dominan' lebih banyak dari tulisan ayat-ayat suci Al Quran?

Bagaimana Cara Betul Membakar Al Quran Untuk Tujuan Pelupusan?

Mungkin ramai yang nak tahu apakah tertib atau prosedur yang patut diikuti untuk melupuskan Al Quran dan bahan-bahan yang mempunyai cetakan dan ayat-ayat suci Al Quran ini. Berikut adalah cara-cara yang betul untuk lupus bahan dan terbitan yang ada ayat-ayat suci Al Quran, rujukan dari eFatwa.

  1. Bahan yang mengandungi ayat-ayat Al Quran perlu dicarik-carik ke bahagian lebih kecil supaya dapat dibakar secara menyeluruh.
  2. Bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.
  3. Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.
  4. Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang kedalam laut/sungai yang mengalir airnya.
  5. Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut.
Setiap ayat-ayat Al Quran perlulah dijaga akan kesuciannya. Ia bukan ayat manusia tetapi ayat-ayat daripada Allah S.W.T. Setiap Muslim hendaklah memelihara kitab dan ayat-ayat Al-Quran dengan sebaik-baiknya. Kitab dan ayat Allah S.W.T ini tidak boleh dibuang merata-rata, dikoyak atau diletak pada tempat yang menjejaskan kesuciannya. Sebaliknya hendaklah dihormati, disimpan pada tempat-tempat yang suci dan terpelihara.

Syarikat Urus Pelupusan Al Quran

Di Malaysia, ada beberapa syarikat yang menguruskan pelupusan Al Quran ini dengan cara membakar. Saya difahamkan syarikat-syarikat ini akan membakar Al Quran dengan suhu tinggi dan mengumpul abu Al Quran dalam keadaan terkawal, dan melepaskannya jauh ke tengah lautan.

Untuk anda yang mahu melupuskan Al Quran, dinasihatkan untuk mendapatkan pertolongan dari jabatan agama Islam di tempat masing-masing, kerana kadangkala pihak berkenaan ada buat kempen khas yang mengumpulkan nashkah-nashkah lama Al Quran yang usang untuk dilupuskan.

Pejabat Agama Tidak Syorkan Bakar Sendiri

Tidak disyorkan untuk membakarnya sendiri kerana menjadi keraguan samada proses itu benar-benar mengikut prosedur - abunya tidak berterbangan, dan ditanam di kawasan tidak dilangkah manusia dan haiwan. Ia juga untuk mengelakkan fitnah berlaku. Pembakaran tidak boleh dibuat secara terbuka takut nanti akan menimbulkan salah faham.

Jual Pada 'Surat Khabar Lama'

Apabila wife saya menyampaikan hal ini kepada saya, terus teringatkan buku-buku dan majalah lama yang ada tulisan Al Quran yang pernah dijual ke pihak lain - kitar semula dan seumpamanya. Saya terus rasa bersalah kerana langsung tidak memikirkannya, apatah lagi ayat-ayat suci Al Quran haram disentuh oleh orang bukan Islam, apatah lagi yang ada hadas besar.

Masalah nak buang ke laut atau air sungai mengalir? Ada pendapat ulama yang mengatakan cukup sekadar membakarnya bagi memastikan tiada lagi ciri-ciri Al Quran dan tiada lagi menampakkan ayat Al Quran tersebut masih lagi wujud.


Moga entri ini akan bakal mengingatkan saya mengenai perkara ini, dan seterusnya memastikan setiap ayat-ayat Al Quran, walaupun sebaris dilindungi dan dipelihara kesuciannya. In Sha Allah.

Boleh muat turun panduan melupuskan bahan mengandungi ayat Al Quran dikeluarkan oleh JAWI - Panduan Pengurusan dan Pelupusan Bahan Ayat Al Quran

p.s: Kejadian banjir besar di Pantai Timur telah banyak merosakkan Al Quran yang tersimpan di surau-surau, masjid dan rumah. Harapnya ada pihak prihatin mengenai cara nak melupuskan Al Quran, kitab-kitab dan buku agama yang telah rosak.


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Baru tahu cara cara bakar Al Quran dengan betul. Satu pendedahan yang baru bagi ena. Selama ni ingat tak boleh bakar. Terima kasih abang HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh saya ingatkan Ina memang tahu .. hmm saya memang tahu sejak sekolah lagi, tapi tak pasti cara yang ikut prosedur betul

      Padam
  2. Kita bakar aje.. bakar aje.. Adehh,,
    Sharing yang menarik dan berguna sebagai panduan. Tqvm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gementar juga saya bila wife tanya samada pernah jual buku yang ada tulisan al quran pada india atau cina surat khabar lama.

      Padam
  3. Terima kasih atas perkongsian. Barut au cara yg benar.

    ZH Blogger

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. MasyaAllah perkongsian yang sangat berguna. ilmu baru yang saya pelajari hari ini. Moga Allah merahmati cik. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, sudikan share ilmu ini kepada orang lain, tak dapat tulis di blog sendiri, share di wall laman sosial sudah memadai.

      Padam
  5. yg kejadian al-Quran musnah kat pantai timur tu, ada pihak, kalau tak silap, group media prima kot yang kutip dan serahkan kat pihak yang membakar al-Quran
    wallahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sebenarnya banyak grup yang proaktif dalam hal ini. Pertubuhan Islam yang buat juga banyak. In Sha Allah, Al Quran dipelihara sebaiknya. Untuk kita jadikan ini sebagai panduan berguna untuk hormati Al Quran di tempat sepatutnya.

      Padam
  6. thanks for the info. esp pusat2 yg ada tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement