Pernah berliburan di Kawah Putih, Bandung, Indonesia? Jika anda pernah sampai ke Bandung, Indonesia, tentu sudah sedia maklum akan tarikan yang ada di Kawah Putih ini. Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk berkunjung berliburan di Kawah Putih, Bandung, Indonesia. Inilah destinasi pelancongan pertama setibanya saya dan keluarga di Bandung.

Alhamdulillah, inilah pertama kali saya jejakkan kaki ke Bandung. Sebelum ini, saya cuma dengar-dengar cerita dari sanak-saudara dan rakan-rakan, betapa seronoknya dapat berliburan di Bandung yang terkenal sebagai tempat shopping murah-murah di Asia Tenggara.

Berliburan di Kawah Putih, Bandung, Indonesia

Kawah Putih, Bandung, Indonesia
Bandung. Bukan sekadar destinasi beli-belah untuk warga Malaysia, malah ia merupakan destinasi pelancongan menarik terutama di Kepulauan Jawa, Indonesia. Di Bandung, terdapat beberapa kawah gunung berapi yang tidak aktif yang menarik untuk dilawati. Saya dan keluarga telah berkesempatan ke Kawah Putih, yang terletak di daerah Ciwidey, Bandung, Jawa Barat Indonesia.
Gambar Kawah Putih, Bandung, Indonesia

Keunikan Kawah Putih

Kawah putih merupakan sebuah danau yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha. Keunikan yang ada di Kawah Putih ialah airnya yang kadangkala boleh berubah warna. Ia dinamakan Kawah Putih disebabkan oleh tanah yang bercampur belerang di sekitar kawah ini yang berwarna putih, yang juga menyebabkan warna air yang berada di kawah ini berwarna putih kehijauan. Kawah ini berada pada ketinggian lebih 2090 meter dari aras laut yang dibawah puncak atau titik tertinggi Gunung Patuha.
Sulfur Kawah Putih
Gambar Kawah Putih, Bandung, Indonesia
Walaupun ia merupakan kawah gunung berapi, tetapi cuaca di sini amat sejuk sekali. Nasib baik saya dan keluarga diingatkan oleh peniaga tempatan mengenai cuaca yang berlipat kali ganda sejuk berbanding di kaki kawah (tempat kami tiba); jadi kami sempat juga sambar beberapa baju tebal untuk anak-anak yang mungkin tidak tahan dengan cuaca ekstrem sejuk.

Kawah Putih Sejuk

Gambar Kawah Putih, Bandung, Indonesia

Ontang Anting Kawah Putih

Untuk ke Kawah Putih yang terletak lebih 2000 meter dari aras laut, kami perlu menggunakan khidmat pengangkutan khas yang disediakan. Pengangkutan khas ini dikenali sebagai Ontang Anting. Ia merupakan sebuah kenderaan seperti van tetapi terbuka. Ia persis dengan perkhidmatan pengangkutan yang ada disediakan di Gunung Jerai, Kedah dan juga di Bukit Larut, Taiping, Perak.
Ontang Anting Kawah PutihKawasan Parkir Kawah Putih
Sebuah Ontang Anting boleh memuatkan sehingga 12 orang dewasa dengan bayaran setiap seorang sebanyak Rp 50,000. (harga pelancong luar). Ada lebih 50 Ontang Anting beroperasi di Kawah Putih ini.

Lupa nak beritahu, memandangkan Kawah Putih ini adalah danau terhasil dari letusan gunung berapi, jadi bau belerang di Kawah Putih sangat menyucuk hidung. Anda perlu pakai penutup hidung (mask) semasa berada di kawasan 'puncak' Kawah Putih ini. Jika tak tahan, ia boleh buat anda pening kepala kerana terhidu bau belerang.

Masya Allah, pemandangan di Kawah Putih sangat cantik sekali disebalik ia merupakan hasil tinggalan letusan Gunung Berapi Patuha pada abad ke 10.

Seperti di awal entri ini, keunikkan yang ada di Kawah Putih bukan hanya pada suhu rendah sejuk menyucuk tubuh dan bau belerang yang kuat, tetapi juga pemandangan serba damai dengan tiupan angin yang membawa bersama kabus-kabus di tengahari. Sesekali terasa seram juga bila fikirkan suasana Kawah Putih di waktu malam. Unik. Saya belum pernah melihat pemandangan kelam tetapi menarik ini.
Gambar Kawah Putih, Bandung, Indonesia
Apabila anda berada di puncak Kawah Putih, anda akan nampak beberapa prasarana disediakan di situ, antaranya tempat parkir, ruang menunggu Ontang Anting, tandas, kedai cenderahati (dalam pembikinan) dan laluan ke Tasik atau Danau Kawah Putih.

Ada beberapa servis disediakan untuk pelancong oleh peniaga tempatan - sesi foto 10 minit siap proses dengan bayaran Rp 30,000. Ada servis penyediaan payung (jika hujan) dan penjualan topeng hidung.

Ok. Meh layan beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa berliburan di Kawah Putih, Bandung Indonesia. Gambar yang diambil adalah menggunakan kamera DSLR Nikon D5100 dan juga kamera telefon Asus Zen 6.
Berliburan di Kawah Putih
Berliburan di Kawah Putih
Berliburan di Kawah Putih
Berliburan di Kawah Putih
Berliburan di Kawah Putih
Berliburan di Kawah Putih
Berliburan di Kawah Putih
Berliburan di Kawah Putih
Nantikan kisah lain mengenai percutian saya dan keluarga di Bandung, Indonesia. Ada banyak cerita dan gambar akan saya kongsikan ... In Sha Allah, saya juga akan kongsikan beberapa tips menarik yang ada kaitan dengan Bandung.
 
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement