Alhamdulillah, inilah pertama kali saya jejakkan kaki ke Bandung. Sebelum ini, saya cuma dengar-dengar cerita dari sanak-saudara dan rakan-rakan, betapa seronoknya dapat berliburan di Bandung yang terkenal sebagai tempat shopping murah-murah di Asia Tenggara.
Berliburan di Kawah Putih, Bandung, Indonesia
Keunikan Kawah Putih
Kawah putih merupakan sebuah danau yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha. Keunikan yang ada di Kawah Putih ialah airnya yang kadangkala boleh berubah warna. Ia dinamakan Kawah Putih disebabkan oleh tanah yang bercampur belerang di sekitar kawah ini yang berwarna putih, yang juga menyebabkan warna air yang berada di kawah ini berwarna putih kehijauan. Kawah ini berada pada ketinggian lebih 2090 meter dari aras laut yang dibawah puncak atau titik tertinggi Gunung Patuha.Kawah Putih Sejuk
Ontang Anting Kawah Putih
Untuk ke Kawah Putih yang terletak lebih 2000 meter dari aras laut, kami perlu menggunakan khidmat pengangkutan khas yang disediakan. Pengangkutan khas ini dikenali sebagai Ontang Anting. Ia merupakan sebuah kenderaan seperti van tetapi terbuka. Ia persis dengan perkhidmatan pengangkutan yang ada disediakan di Gunung Jerai, Kedah dan juga di Bukit Larut, Taiping, Perak.Lupa nak beritahu, memandangkan Kawah Putih ini adalah danau terhasil dari letusan gunung berapi, jadi bau belerang di Kawah Putih sangat menyucuk hidung. Anda perlu pakai penutup hidung (mask) semasa berada di kawasan 'puncak' Kawah Putih ini. Jika tak tahan, ia boleh buat anda pening kepala kerana terhidu bau belerang.
Masya Allah, pemandangan di Kawah Putih sangat cantik sekali disebalik ia merupakan hasil tinggalan letusan Gunung Berapi Patuha pada abad ke 10.
Seperti di awal entri ini, keunikkan yang ada di Kawah Putih bukan hanya pada suhu rendah sejuk menyucuk tubuh dan bau belerang yang kuat, tetapi juga pemandangan serba damai dengan tiupan angin yang membawa bersama kabus-kabus di tengahari. Sesekali terasa seram juga bila fikirkan suasana Kawah Putih di waktu malam. Unik. Saya belum pernah melihat pemandangan kelam tetapi menarik ini.
Ada beberapa servis disediakan untuk pelancong oleh peniaga tempatan - sesi foto 10 minit siap proses dengan bayaran Rp 30,000. Ada servis penyediaan payung (jika hujan) dan penjualan topeng hidung.
Ok. Meh layan beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa berliburan di Kawah Putih, Bandung Indonesia. Gambar yang diambil adalah menggunakan kamera DSLR Nikon D5100 dan juga kamera telefon Asus Zen 6.