Uhh, saya tak sangka pula ada dalam pembelajaran di sekolah. Baru-baru ini, anak lelaki saya minta saya sediakan bahan-bahan untuk buat sandwich. Eh eh .. ada belajar masak-masak pulak di sekolah ye. Hmm ... cuba nak ingat balik samada saya dulu masa di sekolah rendah, ada aktiviti begini ..

Dah godek kepala otak, rasanya masa saya sekolah rendah tak ada pula belajar bab ni. Yang ada cuma perdagangan, lukis duit syilling atas kertas dengan gores-gores gula warna tertentu. Pastu buat proses jual-beli di belakang kelas. Tak ingat pula dalam buku kerja ketika itu ada belajar memasak atau resepi buat sandwich.

Bila Anak Lelaki Belajar Memasak di Sekolah

Bila Anak Lelaki Belajar Memasak di Sekolah

Hmm .. mungkin di zaman sekarang, bab-bab begini dah makin penting. Yelah, jika dulu bab memasak ni lebih kepada perempuan. Rasanya masa belajar sekolah rendah tu ada kelas suri rumahtangga ke apa ke ... yang tu memang adalah belajar masak-masak tapi khas untuk perempuan ... hoho.
Bila Anak Lelaki Belajar Memasak di Sekolah

Zaman sekarang, lelaki lebih hebat dari perempuan dah dalam bab masak-memasak ni. Atau mungkin, ia ada dalam buku kerja sekolah rendah sebab dah susah nak cari anak dara atau perempuan yang pandai memasak .. hoho .. lalala... sampai kena masukkan dalam syllabus sekolah rendah gitu.

Baguslah kalau anak lelaki belajar memasak di sekolah, mungkin lepas ni saya boleh beri kepercayaan untuk anak lelaki saya yang dua orang untuk cuba masak resepi Daging Masak Kicap atau Masak Lemak Cili Api Udang Galah .. hoho ...

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mungkin juga itu text procedure dalam bahaa inggris pak

    BalasPadam
  2. Sebenarnya kelas-kelas komunikasi Bahasa Inggeris selalu buat macam ni. Sebab bila bercakap pasal topik makanan, hampir semua orang boleh bercakap dan ada pandangan masing-masing, terhadap sesuatu makanan. Kelas komunikasi akan lebih berkesan bila melibatkan aktiviti yang ramai orang tahu. Jangan terkejut jika ke kelas Bahasa Inggeris untuk dewasa professional pun diajar benda begini.

    BalasPadam
  3. Setau saya, koki terkenal kebanyakan laki-laki ya, apa memang sebenarnya laki-laki lebih jago masak dibanding perempuan? Tapi memang memasak harus bisa baik laki-laki maupun perempuan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement